Bab 1

1.8K 53 16
                                    

Adam Fiqri membuang pandang ke arah luar balkoni. Tapi pandangannya kosong seperti jiwanya. Hidupnya kosong seperti jasadnya. Jasad yang masih merindukan seseorang. Jasad yang masih menagih sebuah kemaafan dan peluang kedua...

Ahh bodohnya aku. Sudah sudahlah Adam. Tak perlu mengharap orang yang tak akan mungkin lagi berpaling. Jelas, dia tidak ingin ada kena mengena dengan kau lagi.

Tapi. Nur Afia. Aku merindukan dia. Rindu yang sangat dalam. Hanya sekali itu dia diberi peluang untuk menemui satu satunya zuriat yang dia ada. Sampai bila Ain.. Sampai bila kau nak bawa Afia jauh daripada aku?

Tanpa sedar keluhan berat dilepaskan. Air matanya diseka perlahan. Segala galanya senang ditangiskan.

Ahh lemahnya aku!

Lukman memerhati Adam Fiqri yang jauh termenung. Hampir dua tahun juga dia kenal Adam Fiqri. Banyak yang dia tahu dan tidak tahu tentang kawan serumahnya itu. Setiap malam termenung. Memikirkan sesuatu yang berat. Lukman yakin Adam sedang mempunyai masalah tapi tidak mahu berkongsi.

" Adam. Tak tidur? " Sapa Lukman. Wajah Adam Fiqri ditenung dalam. Terbit keluhan daripada mulut kawannya itu.

" Tak ngantuk. Kau? Tak tidur lagi asal? " Soal Adam Fiqri kembali. Diseka air matanya yang masih bersisa.

" Tak ngantuk ke tengah fikir sesuatu? " Lukman cuba berdialog. Kali ini Adam tak boleh menipu perasaannya. Setahu dia, Adam pernah berkahwin dan rumah tangga itu retak dan Adam kerap menyalahkan dirinya sendiri. Tapi dia sendiri tidak pasti.

" Fikir apanya? Aku fikir kerjalah. Apa lagi aku nak fikir. " Adam Fiqri tersenyum kelat. Kadang kadang Lukman sering cuba mendalami isi hatinya tetapi sepantas itu dia cuba mengelak.

" Bukan sekali dua kau macam tu. Kadang kadang termenung. Bukan aku tak nampak. Eh kau macam tu sejak kau bercerai dengan bekas isteri kau kan? Mengaku jelah kau ingatkan dia. " Lukman cuba serkap jarang. Ditenung lagi wajah Adam. Tapi hampa. Hanya senyuman paksa yang diterbitkan darinya.

" Orang dah takde dekat sini. Nak ingat ingat apa lagi. Aku sedar diri, Man. Dia dah jadi kenangan dalam hidup aku. . Takde maknanya lagi aku fikir pasal dia. Makin tambah seksa hidup je. Mati hidup balik pun dia tak nak dekat aku.. " Keluh Adam Fiqri. Getaran hatinya cuba dikawal. Sedaya upaya dia tidak mahu mengatakan bahawa Ain adalah hanya kenangan dalam hidupnya. Tapi, itulah yang tinggal. Sisa sisa bahagia yang langsung tidak ada. Yang hanya ada, adalah penyesalan demi penyesalan.

" Cuba kau cakap apa masalah kau ni sebenarnya? Dulu tak macam ni pun. Ke sebab Si Qira? " Lukman cuba korek lagi. Kali ini Adam perlu menjadi jujur dengan perasaan!

" Aku tak pedulik punlah pasal dia. Pergi mampuslah dia nak buat apa pun. Aku dah tak hamak dah pasal dia. Dia tu je yang terhegeh hegehkan aku. Aku cuma teringatkan dekat Ain. Teringat dekat anak aku. Takde masa aku nak ingatkan perempuan tu. Tahu paksa je.  " Marah Adam Fiqri. Tak guna dia marah. Dia sudah pun memberi Dr Qira harapan dalam sebuah hubungan. Tapi yang akhirnya tidak terjalin apa apa. Hatinya tak akan sesekali berubah. 

" Kau takde cuba cuba contact dia ke? " Soal Lukman ingin tahu. Seorang lagi mendesak. Yang sorang ni pulak, terhimpit dengan kenangan silam.

" Entah. Agaknya dah bahagia kut. " Adam Fiqri menundukkan wajahnya. Kesal. Ya memang dia kesal. Itu sahaja perasaanya ketika ini. Hampa dan kosong.

Sejak dia mengambil keputusan untuk tidak lagi bekerja di bawah syarikat keluarga, dia lebih tenang. Dia tidak mahu lagi meneruskan impiannya selepas mempergunakan Ain untuk itu. Sekarang, dia lebih suka dengan kerjanya sekarang. Tak stres. Kerja sebagai orang biasa di bawah syarikat tempat kerja bersama sama Lukman. Mama? Papa? Kedua dua insan itu sudah lama dia hidarkan.

Biar Aku Jadi Kaktus 2 (On Going)Where stories live. Discover now