Bab 7

897 32 5
                                    

Hari itu hari minggu. Adam sudah terpacak di depan rumahnya untuk membawa Afia keluar untuk spend time dengan anaknya itu. Hubungan ayah dan anak ini semakin hari semakin akrab. Terbit rasa bahagia di hatinya melihat kemesraan di depan matanya. Kalaulah mereka tidak memutuskan untuk berpisah... Hubungan yang terjalin sebagai satu ikatan kekeluargaan akan masih utuh.

" Afia jangan nakal nakal okey? Dengar cakap papa. Jangan nak merayau sorang sorang. Ikut je mana papa pergi. "

Aku menasihati Afia. Aku memberi izin kepada Adam untuk membawa Afia jalan jalan dan meluangkan masa berdua dengan papanya. Dia tidak mahu menganggu hubungan itu. Baginya, cukup Afia bahagia dia pun turut bahagia.

" Tak duduk sekali ke minum? " Soal Adam mempelawa Ain duduk dihadapannya. Sudah lama rasanya dia tidak bercakap berdua dengan bekas isterinya itu. Seakan Ain cuba mengelak daripadanya. Ain hanya akan berbicara tentang Afia kepadanya. Mungkin. Mungkin bekas isterinya sudah menguburkan semua perasaan itu.

Ke aku je yang tak berganjak daripada perasaan lama? Macam mana pula dengan Ain? Hati Adam Fiqri menjerit.

" Ain ada kerja dekat dapur. " Aku beredar ke dapur secepat mungkin. Kalau boleh dia mahu mengelak daripada berduaan dengan Adam Fiqri. Tidak mahu apa apa perasaan datang mengusik hatinya.

Ukasyah turut menyertai ruang tamu itu. Abangnya itu terpaksa mengambil cuti kerana tidak sihat. Semalam terkena hujan semasa perjalanan balik ke rumah. Malam tadi sudah menunjukkan tanda tanda abangnya itu mahu demam. Ukasyah memerhati tingkah laku Adam di depannya. Tak sangka akhirnya dia sendiri dapat bersemuka dengan bekas suami adiknya ini.

" Maaflah ganggu pagi pagi ni. Saya datang nak bawa Afia keluar. Katanya nak pergi zoo negara. " Kata Adam sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Ukasyah. Huluran tangannya disambut baik.

Sebenarnya hatinya masih tertanya tanya. Benarkah yang berada di depan matanya ini suami Ain atau bukan? Hatinya tiba tiba bergelora.

" Mana ada ganggu. Hari tu saya tak sempat nak kenalkan diri. Saya ni sebenarnya abang kandung Ain. Panggil je Abang Syah. " Ukasyah memperkenalkan dirinya dengan cukup tenang dan bersahaja. Adam di renungnya dengan pandangan yang biasa. Sesekali dia sendiri mahu mengenali bekas suami adiknya ini lebih dalam.

Adam tergamam. Abang kandung? Sejak bila bekas isterinya ada abang kandung? Kehidupan bekas isterinya di masa lalu cukup membuatkan dirinya tertanya tanya dan speechless. Belum cukup rupanya dia mengenali Ain selama ini.

" Abang kandung? Ain tak pernah cakap pun dengan saya selama ni. Saya ingatkan suami.. " Adam menelan liurnya. Terasa pahit. Tapi.. Ahh rasanya mahu diheret Ain di depan matanya sekarang juga. Macam macam yang ingin ditanyakan. Entah apa lagi rahsia yang dia sendiri tidak tahu tentang keluarga bekas isterinya ini. 

" Kami semua tiga beradik. Seorang lagi dah meninggal, arwah Haziq namanya. Takpe Adam. Abang faham. Erm kau pulak selalulah jenguk Afia ni. Abang tengok dia macam langsung tak boleh nak berenggang dengan kau. Bila lagi kau nak bina hubungan dengan anak kau ni kan? Pasal Ain tu abang minta maaflah. "

Lama Adam dan Ukasyah berborak. Aku tidak menyertai perbualan itu. Makin lama kehadiran Adam, perasaannya makin ingin tercekik. Entah apa yang dibualkan dia sendiri tidak tahu. Mungkinkah Adam menceritakan tentang peristiwa ibu dan keluarganya? Tak boleh! Abang Syah tak boleh tahu. Aku tak ingin merumitkan keadaan ini lagi. Kalau boleh dia mahu segera menghilangkan bayang bayang peristiwa daripada ingatannya.

Jam menunjukkan ke angka empat petang. Hanif melirik ke arah sejambak bunga di sebelah tempat memandu. Dibelikan bunga itu untuk Ain. Walaupun dia tahu Ain jarang sukakan bunga. Hanif masuk ke dalam butik melambai lambai ke arah Ain. Huluran bunga disambut daripada tangannya.

Biar Aku Jadi Kaktus 2 (On Going)Where stories live. Discover now