Bab 8

839 34 1
                                    

Datin Adibah merenung sayu ke arah rumah mewah milik keluarganya. Rumah yang menjadi saksi terhadap pelbagai perkara yang berlaku dalam hidupnya dan keluarganya selama ini. Perlahan lahan kakinya melangkah lemah memasuki ruang rumah itu. Langkahnya berat.

" Apa lagi termenung tu? Awak yang kata nak balik sini. Sekarang kita dah balik. Apa lagi yang awak nak? " Dato Mukhlis memandang riak wajah isterinya yang seakan berat apabila mereka telah sampai ke rumah ini.

" Rumah ni harap je besar, bang. Tapi kosong. Anak anak kita dah jauh daripada kita. Semua ni balasan kita. " Datin Adibah mengeluh berat. Terasa sebak memenuhi dadanya ketika ini. Perasaanya masih kosong dibalut dengan kain luka oleh peristiwa yang berlaku dalam keluarga nya.

" Nanti saya call Nazrul dan Yazid suruh balik. Sekarang ni kita masuk dulu. Awak tu tak berapa nak sihat. Jangan paksa diri. " Dato Mukhlis memaut tubuh isterinya. Begitulah keadaannya. Sentiasa merindukan anak anaknya yang sudah semakin menjauh.

" Berambus! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Kau dah bunuh cucu aku! Kau pernah cuba racun suami aku! Kau cuba untuk racun aku. Sekarang ni aku mintak kau berambus daripada sini! Jangan berani kau tunjukkan muka kau depan kami lagi. "

Segala kata hinaan itu seakan memenuhi segenap ruang rumah ini. Dia bersalah. Dia berdosa. Aku menyesal dengan apa yang aku buat. Tolonglah kembalikan semula anak anak dan menantu aku. Datin Adibah menangis sendiri. 

Adam Fiqri membiarkan sahaja Afia bermain sendiri di buaian. Fikirannya jauh melayang entah kemana mana. Panggilan yang diterima daripada abangnya, Nazrul menyesakkan fikirannya.

" Ni aku nak bagitahu kau. Papa dengan mama dah balik sini. "

Itu yang diberitahu oleh Nazrul abangnya. Jadi mama dan papanya sudah kembali ke sini. Untuk apa? Sudah letihkah mereka lari daripada masalah yang tidak selesai sama sekali? Atau kembali ke sini untuk menimbulkan masalah lain?

" Lepas tu kau nak aku buat apa? " Soal Adam lantang.

Dia langsung tidak berminat tentang kepulangan mama dan papanya. Baginya, mereka telah menyebabkan dia menjadi seorang lelaki, suami yang gagal untuk Ain dan papa yang gagal untuk Afeef dan Afia. Gara gara mereka juga, dia bertindak di luar batas. Kejam dan tiada hati perut. Melayani Ain seperti anjing kurap. Segala galanya masih segar di kepalanya. Betapa dia seorang lelaki yang benar benar bodoh kerana orang tuanya sendiri.

" Nak suruh kau balik rumahlah. Kau tak kesiankan ke dekat mama dengan papa? " Itu kemahuan abangnya itu. Jangan harap! Sampai kapan pun dia tidak akan pulang ke rumah itu. Biarlah kehidupannya dijalani dengan penuh sederhana. Asalkan tiada siapa yang boleh mengganggu kebahagiaan yang baru dia rasakan bersama Ain dan Afia.

" Aku tak nak dan buat apa aku nak kesian? Kau tahu tak disebabkan mama dengan papa, aku hilang apa yang aku ada? Aku hilang isteri aku. Aku hilang anak aku. Aku jadi lelaki yang paling bodoh disebabkan mama dan aku jadi lelaki tak guna disebabkan papa. Disebabkan dia orang aku dah aniaya isteri aku sendiri. Aku sumpah dengan kau, aku tak boleh nak hadap dia orang lagi. " Cukup dengan jawapan itu. Dia sudah lelah gara gara kedua orang tuanya sendiri.

Biarlah saat ini dia sendiri merangkak mencari kebahagiaanya sendiri. Dia tidak mahu lagi kehidupannya ditentukan oleh Datin Adibah dan Dato Mukhlis. Cukuplah derita yang dia pernah tanggung selama ini. Semua itu terlalu banyak mendera hati semua orang termasuklah dirinya sendiri.

" Kau nak tunggu mama papa merayu dan melutut dekat kau, baru kau nak maafkan dia orang? Kau nak mayat dia orang depan mata kau baru kau nak menyesal? "

Kata kata terakhir Nazrul membuatkannya tersentak. Berat. Memang berat dia rasakan kepalanya saat ini. Semua masalah yang timbul menjadi satu dengan masalah yang sedia ada dan itu sangat membebankan fikirannya.

" Papa! " Jerit Afia menyentak lamunan Adam Fqiri yang panjang. Afia memeluk tubuhnya erat.  Adam membalas pelukan itu dengan memberikan kucupan hangat pada dahi anaknya itu. 

" Kenapa dengan abang ni? Dari jauh Ain nampak abang termenung. Abang ada masalah ke atau stres dekat tempat kerja? " Aku cuba menyelami masalahnya. Wajah Adam Fqiri berkerut kerut. Sesekali dia mendengar Adam Fiqri mengeluh panjang.

" Afia belajar apa hari ni dekat sekolah? " Adam mengalihkan tumpuannya kepada Afia tanpa menjawab soalan yang diajukan oleh Ain. Adam tidak mahu Ain cuba untuk tahu masalahnya. Cukuplah. Dia sendiri tidak mahu Ain terbeban tentang dirinya dan keluarganya lagi.

" Afia belajar mengira satu sampai sepuluh. Papa nak dengar tak Afia mengira? " Afia sudah teruja dengan ceritanya.

" Hah cepat, papa nak dengar. " Adam Fiqri setia melayan karenah anaknya ini. Afia mula mengira satu sampai sepuluh dengan jari Adam Fiqri.

" Pandailah anak papa ni. " Puji Adam. Pipi Afia dicubit lembut.

Angah. Nama itu tertera di kaca telefon milik Adam. Tapi. Sepi. Adam hanya membiarkanya sahaja. Kenapa? Itukah masalah yang dihadapi oleh Adam? Ahh kenapa aku pula yang ingin tahu tentang dua beradik ini?

" Abang, tadi angah call. Kenapa abang tak angkat? " Aku menyoal sekali gus memecah kesunyian di dalam kereta. Afia pula sudah terbaring kepenatan di belakang tempat duduk kereta.

" Tak penting. " Adam menjawab sepatah. Tidak mahu menjawab sekali gus ingin mengelak daripada soalan yang dilontarkan Ain padanya.

" Next time abang jawablah. Manalah tahu penting ke? Lagi pun Ain dah lama tak dengar khabar dia. Angah sihat ke? " Aku merenung ke arah Adam Fiqri yang khusyuk memandu. Riak wajahnya seakan tidak berminat langsung untuk menceritakan soal bekas keluarga mertuaku itu.

" Keluarga abang dah tak ada kena mengena dengan Ain dah. Tak payahlah tanya tanya khabar. Mereka semua sihat je. Ain tu tak payah kisahkan orang lain. Ain kena kisahkan diri Ain dulu sebab waktu Ain susah, tak ada siapa pun kisah. " Adam menjawab itu dengan nada yang tegas. Suaranya seakan tidak selesa dengan soalan yang diajukan oleh Ain. Ya dia tidak selesa dan dia tidak mahu Ain kisahkan tentang keluarganya lagi.

" Tapi tak salah pun kan.. Keluarga abang, keluarga Ain jugak. " Ujarku perlahan. Kenapa? Kenapa Adam seakan mengelak daripada menceritakan lebih lanjut tentang keluarganya? Aku hanya menyimpan persoalan yang timbul itu di dalam hati.  Namun semakin hatinya meronta ingin tahu. 

" Lepas apa yang abang dan keluarga abang dah buat dekat Ain, Ain tak serik serik lagi ke? Suka sangat seksa diri tu kenapa? Cukuplah Ain. Ain patut cari kebahagian Ain sendiri. Jangan terlibat dengan keluarga abang lagi dan abang tak nak sesiapa pun kacau Ain dengan Afia. Abang tak akan izinkan. Masalah abang dengan keluarga abang, biar abang settle sendiri. Sekarang ni Ain fokus je dekat diri Ain sendiri dan Afia. Jangan pedulikan abang dan keluarga abang. " Panjang lebar Adam meluahkan rasa hatinya.

Jawapannya cukup jelas yang dia tidak suka Ain ada kena mengena dengan keluarganya lagi. Adam tidak mahu Ain terseksa gara garanya. Keluarganya sudah cukup menyeksa Ain, orang yang dia sayang. Perkara itu tidak akan dibenarkan berlaku sekali lagi.

Adam mengangkat Afia yang tertidur dan direbahkan anaknya itu di katil bilik. Dahi Afia dikucup perlahan tanda kasih. Aku pula masih menunggu di luar kerana mereka berdua sahaja ada di rumah. Ukasyah pula bekerja dan masih belum pulang.

" Terima kasihlah hantar Ain dengan Afia balik. Hati hati drive. " Ucapku sebelum Adam hilang daripada pandangan matanya masuk ke dalam kereta. Adam Fiqri tidak menghiraukanku sama sekali. Mungkin masih marah dengan tindakanku yang lancang menyoal tentang keadaan keluarganya.

Biar Aku Jadi Kaktus 2 (On Going)Where stories live. Discover now