Bab 2

1K 38 5
                                    

Afia datang menjengah ke bilik. Ketika itu aku sedang mengemas ngemas pakaian untuk masuk ke dalam almari. Esok adalah hari pertama Afia sekolah di tahun satu. Hari yang cukup bermakna. Akhirnya dapat melihat Afia membesar di depan mata dan semakin membesar tumbuh menjadi kanak kanak yang baik.

" Kenapa tak tidur lagi ni sayang? " Soalku. Afia tampak sedih dan kecewa. Wajahnya menampakkan sesuatu yang gusar. Aku sendiri tidak dapat meneka apa yang sebenarnya berlaku. Kenapa Afia bersikap seperti itu? Sejak balik ke sini, Afia kurang bercakap. Sering cuba untuk mengelak daripada aku.

" Mama,  mana papa? Mama kata nak jumpa papa bila kita balik sini. Tapi mama tipu. Penat Afia tunggu.  " Balas Afia dengan nada yang menghampakan. Wajahnya terbit rasa kecewa.

Aku terkedu. Sepanjang seminggu mereka balik ke tanah air, Afia ternyata masih termakan dengan janji dan kata katanya. Ahh Ain! Bodohnya kau. Kenapalah kau pergi cakap nak bawa anak kau ni jumpa Adam? Mana kau nak cari Adam? Tapi tak mungkin. Tak mungkin aku akan cari dia.

" Papa sibuk, sayang. Nanti kita jumpa papa okey? " Aku cuba memujuk Afia. Tapi aku rasa, pujukan itu sendiri sudah basi. Sudah berkali kali aku berjanji dengannya. Tapi tetap sama. Adam tak kunjung tiba menemui Afia. Bukan. 

Bukan aku cuba menghalang Afia daripada berjumpa dengan Adam Fiqri.  Tapi aku takut.  Takut sejarah berulang kembali.  Aku takut Adam akan cuba ambil Afia sedangkan Afia sahajalah satu satunya harta yang aku ada saat ini.. Hartanya yang kedua selepas Afeef pergi.

" Papa ni... Selalu sibuk. Penat Afia tunggu. Ke papa tak nak jumpa Afia, mama? Papa dah tak sayang dekat kita ke? " Soal Afia sayu. Tubuhku dipeluk olehnya.

Ada perasaan yang mengusik hati aku saat ini. Afia benar benar rindukan Adam. Ya Allah, aku tak sampai hati pada Afia. Afia, maafkan mama! Maafkan mama sebab mama selalu tipu Afia! Tapi mama buat semua ni sebab mama tak nak hilang Afia!

" Afia.. Mama kan dah cakap.. Papa dah ada kehidupan baru. Mama dengan papa dah tak boleh sama sama lagi. Afia faham tak cakap mama ni? Kalau papa tak sibuk, papa jumpalah Afia nanti.  Sekarang papa sibuk. "

Ya. Aku cuba memujuknya lagi. Pujuk dan terus memujuk. Tapi semakin di pujuk, semakin itulah kerap Afia merindukan papanya. Terkadang aku sendiri tidak sampai hati. Tapi aku terpaksa! Kali terakhir aku berjumpa dengan Adam, ya memang aku akan benarkan dia berjumpa dengan Afia. Tanpa sedar, aku sendiri yang bawa Afia jauh daripada pandangannya.

Cukup. Cukup aku tanggung sendiri. Tak akan aku ulangi kesilapan yang berbeza dengan orang yang sama.

" Tapi mama selalu cakap papa sibuk. Papa ni... Asyik sibuk je. Bila nak jumpa Afia! Afia bencilah! Papa dah tak sayang Afia ke mama? Afia rindu sangat dekat papa. Jomlah jumpa papa. "

Afia sudah merengek. Wajahnya masam mencuka. Badanku digoncang goncangkan. Tapi aku tetap diam membatu. Seolah olah memekakkan telinga mendengar semua keluhan Afia. Akhirnya keluhan beratku lepaskan. Kali ini aku perlu bertegas dengan Afia walau perit sekali pun. Walaupun Afia memerlukan dan teramat amat memerlukan kasih sayang Adam. Tapi, aku egois kerana itu.

" Sekarang ni mama nak Afia pergi masuk bilik! Pergi tidur!  Esok Afia kan nak pergi sekolah!  Nanti bangun lambat! " Arahku dengan tegas sambil memaksa Afia keluar dan menuju ke biliknya.

Ya Allah Ain! Cubalah faham! Afia perlukan Adam. Itu sahaja yang dia nak. Kenapa kau tergamak Ain?

" Mama nak Afia tidur. Jangan cakap pasal papa lagi. Mama tak suka. " Aku merenung dalam wajah Afia dengan pandangan yang tajam. Sesekali dia sudah lelah untuk disoal tentang Adam. Penat.

Afia hanya menundukkan wajahnya. Diam tanpa berbicara apa apa. Matanya sudah bergenang. Astaghfirullahalazim.  Kenapa Ain? Afia cuma rindukan papa dia. Salah ke? Afia tak berdosa. Rindukan papanya sendiri sama sekali tidak berdosa. Aku lantas duduk di hadapan Afia dan mengenggam jari jemarinya.

Biar Aku Jadi Kaktus 2 (On Going)Where stories live. Discover now