Bab 6

925 38 2
                                    

Kalau nak jumpa Afia, datang butik lepas Afia balik sekolah pukul 1 -Ain

Dengan yakin aku menghantar pesanan itu ke nombor Adam Fiqri. Tak. Aku sendiri tak mampu nak mengelak kali ini. Aku sudah terlanjur berjanji. Hari ini akan digunakan sebaiknya waktu yang terluang untuk memberi ruang kepada Afia dan Adam. Harap harap Afia akan teruja berjumpa dengan Adam selepas balik sekolah nanti.

Abangnya Ukasyah pula jarang ada di rumah. Dia bekerja sebagai penghantar makanan. Memang sibuk abangnya yang seorang itu. Katanya nak menghalalkan seorang wanita. Entahlah. Malas dia mahu ambil kisah.

" Betul ke keputusan kau ni? " Fitrah mengajukan soalan.  Dia takut Ain tersalah langkah. Tapi dia tidak mahu Ain bertindak kejam menghalang Afia daripada berjumpa sendiri dengan papa kandungnya. Perkara lama itu tidak boleh diulangi sejarahnya. Kelak akan makin banyak menyakiti semua hati. 

" Untuk Afia. Aku buat untuk dia. Aku pun tak tergamak nak halang Afia jumpa papa dia. Apa pun, Adam tu papa Afia. Tak ada sesiapa pun boleh padam takdir tu. " Aku hanya senyum kelat. Memandang Fitrah dengan perasaan yang kosong.

Aku bermonolog dalam hati. Betul ke tindakan aku ni? Macam mana kalau Adam tak berubah? Macam mana kalau Adam akan cuba sedaya upaya nak rebut Afia daripada aku? Aku tak nak kehilangan Afia. Getaran di hati mulai terasa. Aku cepat cepat beristigfar panjang. Apa pun aku kena bersedia dengan sebarang kemungkinan. Tak terbayang rasanya dia akan kehilangan Afia.

" Alhamdulillah. Aku dapat jumpa Afia. "

Adam Fiqri mengucapkan syukur selepas membaca peti mesej pagi itu. Senyuman terukir lebar. Rasa bahagia itu sudah lama dia tidak rasakan. Cepat cepat dia bangun daripada katil dan masuk ke dalam bilik air. Dia mahu keluar mencari hadiah untuk Afia. Selama ini dia tidak pernah ada peluang untuk membelikan apa apa hadiah untuk Afia. Dia mahu mengembirakan satu satunya anaknya itu.

" Afia tunggu papa okey? " Detik hati Adam Fiqri. Pintu rumah dikunci dan keretanya segera menuju ke tengah bandar raya Kuala Lumpur. Ingin dia membelikan macam macam untuk Afia. Rasa terujanya semakin tinggi. Tak lengkang bibirnya mengukir senyuman.

Bahagianya aku! Hatinya menjerit.

Hadiah untuk Afia dikerling di sisinya. Perasaanya sudah tidak dapat disorok lagi.  Sudah lama dia tidak merasakan bahagia sedemikian ini. Terima kasih Ain. Terima kasih sebab bagi abang peluang untuk jumpa Afia. Selepas membelikan Afia hadiah, kereta Adam terus meluncur laju ke arah butik milik Fitrah. Jam masih belum menunjukkan ke angka satu. Tapi dia sudah terpacak di depan butik Fitrah. Dia tidak mahu Afia tertunggu tunggu akan kehadirannya.

Papa datang Afia! Hadiah ditangannya digenggam erat.

" Masuklah. Ain tengah ambil Afia dekat sekolah. Sekejap lagi dia sampailah tu. " Fitrah mempelawa Adam Fiqri masuk ke dalam butiknya. Aik? Tak kerja ke?

" Terima kasih Fitrah. " Ucap Adam Fiqri sambil memandang Fitrah. Bungkusan kek cawan di letakkan di atas kaunter. Itu sebagai tanda terima kasihnya kepada Fitrah yang sudi membantunya kali ini.

" Tu pun sebab Afia yang nak jumpa awak sangat. Sebab tulah saya tolong. Kalau tak, jangan harap. Apa ni? Rasuah ke? " Fitrah memandang ke arah kotak di depan matanya. Dari kotak lut sinar itu, nampak beberapa ketul kek cawan yang tampak sedap pada pandangan matanya.

Macam tahu tahu je aku tengah craving. Fitrah bersorak dalam hati. Perasaannya bergelojak mahu menelan kek cawan tersebut. Tapi angannya dimatikan segera. Ish! Pura puralah jual mahal!

" Sebagai ucapan terima kasih saya. Makanlah. " Adam Fiqri terus pergi ke arah bangku dan duduk berlabuh di situ. Dengan penuh teruja dia menanti kepulangan dan kehadiran Afia. Anaknya sudah sekolah. Cepat benar masa berlalu. Walaupun terbit di dalam hatinya rasa terkilan yang mendalam.

Biar Aku Jadi Kaktus 2 (On Going)Where stories live. Discover now