Bab 3

956 41 6
                                    

Seusai itu senja jadi Sendu
Awan pun mengabu
Kepergianmu menyisakan duka dalam hidupku
Ku memintal rindu menyesali waktu mengapa dahulu
Tak ku ucapkan aku mencintaimu
sejuta kali sehari

Selesai membacakan yasin, Adam termenung seketika. Afeef dan Farahin. Kalau tidak kerana egonya, dua nyawa ini tidak akan pergi meninggalkannya. Sampai sekarang rasa bersalahnya masih belum hilang. Wajah Ain yang meraung menangisi dan merayu rayu kepadanya tiba tiba menyentak sekali lagi ruang fikirannya. Sekali lagi Adam Fiqri lemah berair mata.

" Abang! Bagitahu Ain! Dekat mana kubur Afeef! Tolonglah Ain! Ain nak jumpa Afeef sangat sangat! Abang tolonglah Ain. Ain janji lepas ni Ain tak akan ganggu keluarga abang lagi. Tapi tolonglah bagi Ain peluang. "

Suara itu. Suara itu masih terngiang ngiang di kotak ingatan. Jeritan itu masih lagi kedengaran sayu di telinga miliknya. Namun dia langsung tidak peduli. Seminggu Ain begitu. Merayu, melutut, meminta,  menagih dan menjerit namanya dengan tangisan. Tapi apa yang dia lakukan?

" Pergi baliklah! Aku tak nak tengok muka kau lagi. Tolonglah Ain. Aku merayu sangat dekat kau. Kau baliklah! Jangan datang sini lagi. Anggap jelah kau bukan ibu kandung Afeef. Aku yang jaga dia! Aku yang bersusah payah untuk dia! Dan sekarang, kau senang senang je ambil dia daripada aku. Tolonglah. Aku merayu. Jangan keruhkan lagi keadaan aku.  "

Dia sendiri cuba mengawal perasaan marahnya. Dia tidak tergamak melihat Ain begitu. Tapi, dia tidak peduli. Dia juga terseksa.

" Abang tolonglah Ain. Sekali ni je abang. Sekali je. Ain minta tolong sangat sangat. "

Adam tidak mengendahkan rayuan itu sebaliknya hanya berdiam diri. Membuang pandang ke arah lain. Melihat Ain sahaja dia tidak kuat. Kejam! Ya aku kejam! Memang aku kejam! Tapi itu harga yang dia patut bayar atas apa yang dia lakukan.

" Kau yang patut mati, Ain. Kau yang sepatutnya hilang daripada dunia ni untuk selama lamanya! Dah cukup! Kau merayu sampai bila bila pun aku tak akan sesekali izinkan kau untuk tengok Afeef! Sampai mati aku tak akan maaafkan kau! Kau berambus! "

Adam dengan amarahnya terus meninggalkan Ain di situ. Bersaksikan langit yang terbentang luas, dia mengaku dia memang lelaki yang terlalu kejam dan tiada hati. Tapi di turutkan hati makin menyeksa diri. Biar! Biar kedua duanya sama turut terseksa. Dia tidak pernah mahu menafikan hak yang satu itu. Hakikat bahawa hak Ain sebagai ibu kandung Afeef. Tapi cukuplah derita.

Semakin hebat tangisan bekas isterinya di luar perkarangan rumah. Tapi dia sikit pun tidak peduli. Hatinya benar benar sakit. Sakit kaki dan kepalanya yang menjalar akibat kemalangan langsung tidak diendahkan. Hatinya lebih sakit! Kita sama sama terseksa Ain. 

Selepas pemergian Afeef, Ain kekal setiap hari cuba merayu kepadanya. Pernah sekali dia sendiri menyaksikan Ain terkulai di depan pagar rumah. Tapi hatinya ketika itu diundang hebat dengan kebencian. Rayuan Ain langsung tak diendahkan. Itulah juga kali terakhir dia melihat bekas isterinya merayu. Hari esoknya, Ain tidak datang lagi seperti biasa. Mungkin Ain jatuh sakit. Tapi dia tidak peduli.

Ketika mereka bertemu di mahkamah syariah, Ain diam membisu. Dia tidak mengucapkan sepatah pun. Tetapi wajahnya tampak lesu dan tidak bermaya. Fitrah pula kelihatan disisi Ain membantu. Sakitkah dia?

Kamu dan segala kenangan
Menyatu dalam waktu yang berjalan
Dan aku kini sendirian
Menatap dirimu hanya bayangan

Biar Aku Jadi Kaktus 2 (On Going)Where stories live. Discover now