Bab 5

904 39 3
                                    

Adam Fiqri merenung dalam ke arah langit yang kosong terbentang tanpa sebutir bintang. Fikirannya sekali lagi menerawang. Pertemuannya dengan Fitrah tengah hari tadi betul betul menyesakkan.

Kenapalah aku bodoh sangat? Aku sepatutnya tanya pasal Ain dan Afia dekat dia tadi. Tapi lain pulak yang aku tanya. Hah lepas tu sekali lupa nak minta nombor telefon Ain dekat Fitrah. Aku yakin Fitrah mesti tahu Ain dah balik ke belum. Aduh! Bodohnya aku ni.

Adam mengusap rambutnya kasar. Marah kepada diri sendiri. Peluang sudah di depan mata. Tapi dia terlalu bodoh untuk itu. Lukman yang duduk di ruang tamu, dihampiri segera. Lukman sahaja yang boleh diandalkan saat ini.

" Man. Aku minta tolong sikit boleh. " Adam menyusun kata. Mahu meminta bantuan Lukman untuk mendapatkan nombor Ain daripada Fitrah. Itu pun kalau Fitrah mahu membantunya.

Tengok sahaja tadi. Macam macam wanita itu perli tentangnya dengan Syaqira. Ish rasa geram juga dan panas juga hatinya. Tapi segera dia cuba menepis perasaan itu. Takut Lukman berburuk sangka tentangnya.

" Tolong apa? " Lukman memandang wajah Adam pelik. Tiba tiba sahaja meminta  bantuan darinya. Bunyinya agak serius. Lukman penasaran.

" Aku nak call Fitrah sekejap. Boleh? " Adam cuba menyusun kata. Takut salah faham pula nanti. Lukman membalas soalannya dengan pandangan yang berkerut.

" Kau nak menggatal dengan awek aku ke? Kau jangan macam macam. Aku lempang kau sia sia je hidup. " Lukman memandang riak wajah Adam dengan pandangan tak puas hati. Rasa menyesal pula bawa Adam tengah hari tadi kalau akhirnya dia tahu Adam sudah tangkap cinta dengan kekasihnya.

" Ish bukan maksud aku macam tu. Sebenarnya kan.. Okey macam ni.  Sebenarnya aku dah lama dah kenal Fitrah tu. Kalau kau nak tahu, dia tu keluarga bekas isteri aku. " Adam menerangkan dengan panjang lebar. Sebelum Lukman berfikiran bukan bukan tentangnya, dia harus menjelaskan keadaan yang sebenar. Takut salah faham yang akan membawa kepada pergaduhan.

" Kau biar betul? " Lukman tergamam. Patutlah serius sahaja mereka berdua tengah hari tadi. Macam ada masalah yang besar. Rupanya.. Fitrah dan Adam sudah saling mengenali. Dia sendiri pun tidak pernah tahu tentang hal itu. Adam pula terlalu banyak berahsia. Dia hanya tahu tentang Adam yang rindukan anaknya sahaja.

" Sebab tulah aku nak minta tolong kau. Aku nak mintak dekat dia nombor Ain. Aku yakin dia masih berhubungan lagi dengan Ain. Tolonglah aku, Man. Aku terdesak sangat. Kau tahu kan aku rindukan sangat anak aku? Tolong aku, Man.  " Pujuk Adam. Ini sahaja jalan yang dia ada. Mahu atau tidak, dia harus berdepan dengan Fitrah walau dengan kebencian yang mendalam sekali pun. Dia tahu Fitrah tidak suka akan kehadirannya. Pandangan Fitrah tengah hari tadi terlalu menusuk bebola matanya.  Tidak mampu ditentang. 

Dia sendiri sudah lelah dengan hidupnya selama ini. Sisa sisa hidup yang tinggal telah lama dihabiskan untuk mengenangkan nasibnya. Mengenangkan juga tentang kegagalannya dalam membina rumah tangga bersama Ain. Dia adalah lelaki yang betul betul bodoh dan tak layak untuk diberi peluang kedua. Macam macam dia lakukan kepada Ain. Dia sendiri tidak mampu untuk memaafkan dirinya sendiri. 

" Eh kejap kejap. Aku rasa macam pernah dengarlah nama Ain ni. Tak silap aku, ada sorang kawan Fitrah yang kerja sekali dengan dia, nama dia Ain. Dia ada sorang anak perempuan. Tu ke yang kau maksudkan? " Lukman cuba mencungkil kembali ingatannya.

" Kau serius ke ni? Maknanya kau pernah nampak Ain datang situ? " Soal Adam teruja. Dalam hatinya sudah memanjatkan syukur yang tidak terkira. Maknanya Ain sudah pulang ke sini. Semoga dia akan berpeluang untuk berjumpa dengan Afia. Gelora hatinya sebentar tadi tidak dirasakan lagi. Hatinya penuh dengan rasa teruja.

Sudah lama dia menanti. Menunggu dan berharap Ain akan segera pulang ke sini dan memberikan dia peluang untuk berjumpa dengan Afia. Sungguhpun dia agak terkilan apabila Afia membesar bukan di depan matanya. Dia sendiri mensia siakan peluang itu.

" Yalah. Kan aku ada bagitahu kau hari tu aku jumpa kawan Fitrah dengan anak dia. Waktu tu Fitrah ajak aku makan dekat luar.. Kalau tak salah, dia orang baru je balik dari overseas. Aku tak sangka pulak tu bekas isteri dengan anak kau. Sorry, Adam. Aku sumpah tak tahu. " Lukman meluahkan rasa sedihnya.  Dia juga merasakan sedikit kecewa dengan cerita yang baru diketahuinya ini. Rupanya orang yang dimaksudkan berada dekat dengan orang yang dia sayang. 

" Tolong aku Man. Tolong minta dekat Fitrah nombor telefon Ain. Aku merayu sangat dekat kau. Aku rindukan anak aku. Aku betul betul nak jumpa anak aku. " Luah Adam dengan rasa sayu.  Itu sahaja pilihan yang dia ada. Sudah tidak tertahan lagi rasa rindunya. Cukuplah Ain menyiksanya selama beberapa tahun ini. Jiwa dan batinya sudah cukup tersiksa. Dia sudah cukup merasakan derita merindui. Sudah cukup tersiksa dengan peluang yang selama ini dia sia siakan.

" Kejap. Aku call dia dulu. "

Selepas beberapa minit, Lukman menyerahkan telefonya kepada Adam. Mulanya Fitrah enggan dan berkeras tidak mahu membantu. Tetapi selepas dipaksa, kekasihnya itu akhirnya setuju dengan cadangannya.

Nah. Kau cakaplah dengan dia sendiri. "

Lama mereka berbual di telefon.  Entah kekasihnya itu mahu membantu atau pun tidak. Tapi apa pun,  dia gembira akhirnya ada sedikit jalan untuk Adam. Setidaknya dapat mengurangkan sahabatnya itu daripada beban kerinduan yang agak panjang. Semoga dipermudahkan. Doa Lukman dalam hati.

" Fitrah kata nanti dia sent. Terima kasih Man, sebab tolong aku. " Adam melemparkan senyuman lebar kepada Lukman. Tubuh sahabatnya itu dipeluk erat. Puas juga dia memujuk Fitrah. Pada awalnya Fitrah tidak mahu langsung membantunya. Dia cuba merayu tetapi Fitrah tetap sahaja dengan alasannya yang dia sendiri tidak mahu mencampuri hal ini.

Fitrah takut Ain akan membencinya. Tapi dia sudah terlanjur janji untuk membantu Ain dalam mencari Adam untuk Afia. Mahu atau pun tidak dia sendiri terpaksa. Teringatkan anak saudaranya yang terlalu merindui Adam Fiqri hatinya jadi luluh semula. Akhirnya dia terpaksa memberikan nombor telefon Ain kepada Adam.

Adam jadi teringatkan tentang ultrasound yang dijumpai di dalam beg bekas isterinya dahulu. Kenapa waktu itu dia sendiri tidak sedar yang Ain membohonginya? Kenapa Ain sendiri tidak pernah jujur tentang hal itu?  Perlahan lahan dia mengeluh panjang.  Teringatkan tentang layanannya kepada Ain sebelum ini. Ain merayu dan melutut di kakinya dalam keadaan dia mengandungkan Afia.

Ya Allah kejamnya aku.

Kenapa kau bodoh sangat Adam? Kenapa kau layan dia macam sampah! Tak dapat dibayangkan keadaan Ain yang bersusah payah demi Afia selama ini. Dapatkah Ain memaafkan dirinya sendiri? Adam Fiqri mengucap panjang. Suami jenis apa aku ni? Sanggup aku biarkan dia terseksa dengan perbuatan aku. Aku kejam. Aku lelaki tak guna. Aku berdosa dengan isteri dan anak aku. 

Semuanya terlayar sekali lagi di depan matanya.  Suara Ain merayu kepadanya.  Wajah Ain yang pucat tanpa sepatah kata.  Dimana dia menemukan kekuatan itu selepas beribu ribu dugaan yang ditanggung dan digalas pada kedua bahunya?

Abang minta maaf Ain. Abang kejam sangat dengan Ain. Tak mungkin abang dapat maafkan diri abang sendiri. Disebabkan abang, Ain dah terlalu banyak menderita. Sudah waktunya Ain cari kebahagian Ain sendiri dan abang tak akan halang. Abang tak layak untuk mendapatkan apa apa peluang. Abang menyesal dengan apa yang abang buat. Abang menyesal Ain. Abang sanggup hidup dengan penyesalan untuk seumur hidup abang.

Biar Aku Jadi Kaktus 2 (On Going)Where stories live. Discover now