Bab 4

924 40 3
                                    

Lukman berdiri tegak di hadapan meja  Adam Fiqri. Jam sudah pun menunjukkan pukul 1.

" Eh aku nak keluar lunch dengan awek aku. Nak ikut tak? " Ajak Lukman.  Bukan selalu dia ajak Adam makan tengah hari bersama.

" Tak nak. Apalah kau ni. Nak dating dengan awek ajak aku. Pergilah. " Tolak Adam perlahan. Dua tiga hari ini fikirannya melilau entah kemana. Menanti Ain dan Afia muncul di depan matanya suatu hari nanti. Itu kenyataan yang sangat dia harapkan. Tapi, buat sementara waktu, dia rasakan penatiannya hanyalah sia sia.

" Ala jomlah. Awek aku sporting. Dia banyak cakap. Kau takkan kekok punya. Lagi pun dia bawa kawan dia. Ramai ramai nanti banyak cerita boleh sembang. Jomlah. " Ajak Lukman dengan sedikit paksaan. Malu pula jika teman wanitanya membawa kawan. Maka dia memaksa Adam untuk menemaninya.

" Kau belanja " Adam sudah tersegih sengih. Daripada dia termenung sambil buat kerja, ada baiknya dia keluar sebentar mencari udara segar. Sekurang kurangnya dapat melegakan ruang kepalanya yang sudah mahu meletup.

" Ons. " Laju Lukman memberikan kata putus. Mereka berdua segera keluar daripada bangunan. Menuju ke arah kereta milik Lukman di tempat letak kereta.

Lukman mendapatkan teman wanitanya yang sudah menunggu di hadapan cafe berdekatan dengan butik Fitrah. Lebih kurang lima belas ke dua puluh minit perjalanan ke sini.

" Mana kawan awak? Kata nak lunch sekali. Ke ambil anak dia sekolah? " Soal Lukman. Kelihatan Fitrah hanya bersendirian.

" Haah. Sekejap lagi dia sampai. Ni, awak kata awak bawa kawan awak. Mana? " Fitrah mempersoalkan pula. Tadi Lukman ada beritahu yang dia mahu mengajak rakannya sekali makan bersama sama.

" Tu. " Lukman memberikan pandangan ke arah Adam yang berjalan menuju mereka.

Adam? Biar betul? Fitrah terkejut dengan kehadiran Adam di depan matanya saat ini. Argh bencinya. Muka yang paling menyampah dia mahu lihat. Eh kecik betul dunia ni! Adam pula juga kelihatan membatu melihat dirinya di depan mata.

" Man, awak ajak kawan awak masuk dulu eh? Saya nak call kawan saya sekejap. " Fitrah cepat cepat mencipta alasan untuk mengelak.

Adam dan Lukman segera masuk ke dalam
cafe. Sekilas Adam memandang Fitrah dengan pandangan yang penuh beribu persoalan. Rasa ingin di soal dimana keberadaan Ain saat itu juga walaupun dia akan dikatakan muka tak malu. Tapi dia tidak peduli. Dia yakin Fitrah ada jawapan pada soalan di fikirannya. Kelihatan Fitrah seakan mahu mengelak daripadanya.

" Ain! Kau dekat mana? " Soal Fitrah laju. Rasa dadanya ingin meletup. Ain tak boleh datang ke sini!

" Aku baru keluar daripada sekolah Afia ni. Kenapa? " Soalku pula dengan penuh tanda tanya. Pelik. Semalam Fitrah ada ajak aku makan bersama sama. Ish apa pula masalah Fitrah kali ini?

" Jangan datang sini! " Laung Fitrah kuat. Dia sudah mula merasakan tekanan yang hebat. Ingin dia mengelak tetapi tak sempat. Adam sudah pun berada di depan matanya.

" Kenapa? Asal tiba tiba tak bagi aku datang? Kata nak lunch sekali kan? " Aku menyoal lagi dengan penuh hairan. Mungkin nak berdua duaan dengan Lukman?

" Dekat butik nanti aku cerita. Chat aku kau nak makan apa, nanti aku belikan. " Fitrah terus membuat keputusan sendiri. Dia tahu Ain tak bersedia untuk itu. Sekurang kurangnya dia akan memberikan masa dan ruang kepada kedua dua belah pihak untuk berjumpa. Waktu sekarang dirasakan tidak tepat padanya.

" Yelah yelah. Hish kau ni buat suspen je. "

Aku terus mematikan telefon. Afia disisi sudah memejamkan mata. Penat agaknya. Hari ini anaknya itu bersukan. Takpelah. Bagi dia tidur dulu baru ajak Afia makan. Aku terus memandu kereta ke arah butik tanpa menyoal panjang.

Biar Aku Jadi Kaktus 2 (On Going)Where stories live. Discover now