Bab 9

931 39 7
                                    

Adam melangkahkan kakinya masuk ke butik Fitrah seperti biasa. Namun tidak semena mena kakinya terhenti melihat kelibat Hanif di depan matanya sekali lagi. Urgh! Dia ni lagi! Hanif terus menghampiri Adam Fiqri. Dia cuba berlagak tenang.

" Bro, kan aku dah cakap banyak kali. Jangan kacau Ain lagi. Tengok apa dah jadi? Disebabkan kau, Ain kena tampar semalam! Kau tak payah susah susah risaukan Ain. Aku boleh jaga Ain. Aku nak ingatkan kau sekali lagi, she's mine! Ain tu milik aku! Kau dengan dia dah tinggal sejarah. " Laung Hanif geram. Dadanya merombak menahan marah. Matanya tajam merenung ke arah mata Adam Fiqri.

" Ni semua salah awak tahu! Tak pasal pasal isteri tak jadi awak tu serang Ain. Buat kecoh je datang kedai orang. Perempuan sewel tu datang sini terus dia lempangnya Ain tahu tak! Eh dahlah cukup cukuplah lepas apa yang jadi selama ni. Jangan gunakan alasan Afia untuk awak sakitkan hati Ain lagi! "

Adam Fiqri terkesima. Syaqira ada datang jumpa Ain? Kenapa Ain tidak memberitahunya tentang itu? Kata kata Hanif dan Fitrah seakan merobek robek hatinya. Minggu lalu dia langsung tidak berjumpa dengan Ain dan Afia. Dia hanya diam membeku selepas kejadian itu. Gara garanya, Syaqira sampai berani naik tangan pada Ain. Dia? Hanya mampu mendiamkan diri lebih daripada seminggu. Panggilan Ain juga tidak disambut. Kalau betul apa yang dikatakan Hanif, dia akan mengalah mulai dari sekarang. Kehadirannya hanya menambah luka di hati semua orang.

" Sampai bila eh you nak mengelak daripada I? Ke you masih tergila gilakan sangat bekas isteri you tu? Habis tu I macam mana? You dah janji nak kahwin dengan I, Adam! Tup tup tak jadi. Eh you ni memang nak mainkan perasaan I ke apa? " Marah Syaqira.

Syaqira tiba tiba sahaja menyelinap masuk ke dalam kereta dan menyerangnya. Sudah berkali kali Adam membatalkan niat untuk memperisterikan Syaqira namun itu semua tidak diendahkan. Syaqira tetap memaksanya. Tapi Adam enggan. Baginya, cukuplah dia terseksa sendiri dengan perbuatan lampaunya ini.

" Eh dahlah I penatlah. Tolonglah Qira. Lepas apa yang jadi you ingat I ada masa ke nak fikir semua benda ni? I serabutlah! Berapa kali I nak bagitahu yang I tak ada hati dengan you lagi? Can you understand and move on please? I'm begging you, Doctor Syaqira. I betul betul minta maaf. I tak boleh terima you. " Sedaya upaya Adam cuba menjelaskan keadaannya yang sudah lama tersepit.

Syaqira kawannya. Tetap akan menjadi kawannya. Dia tidak mungkin akan menerima Syaqira semata mata ingin menyakitkan hati Ain. Dia sudah sedar. Menyakiti hati Ain bukan jalan pintas untuk dia bahagia. Malah lebih mendera hatinya sendiri. Lantas itulah yang dia sesalkan.

" Memanglah you takde masa nak fikir pasal kita sebab you kemaruk bayang bayang bekas isteri you tu! " Syaqira sudah di tahap hilang kesabaran. Bukan dia tak tahu yang lelaki ni masih tergila gilakan bekas isteri dia tu! Walaupun perempuan tu dah buat macam macam dekat you, you still nak terima dia! Eh I ni tak cukup bagus ke untuk you ha Adam?

" Eh you faham ke tak faham? Keluarga I tengah porak peranda you tahu tak! You tak habis habis nak desak I. You ingat I tak penat ke? Enoughlah! "

Kesabaran Adam Fiqri juga sudah sampai ke tahap maksimal. Itulah. Jangan bermain api di tepi bara. Kelak diri sendiri merana kerana percikan api bara yang dinyalakan. Adam Fiqri memarahi tindakannya sendiri.

" Habis tu I ni apa? You dah janji nak kahwin dengan I. Lepas tu you senyap. Ingat I apa? Tunggul kayu? Tiang elektrik? Patung yang you boleh layan macam budak budak? Answer me, Adam! Sampai bila eh you nak macam ni? Terhegeh hegeh dekat bekas isteri yang langsung tak hiraukan pasal you tu! Lagi pun dia dah ada pengganti you. So just let them be.  "

Syaqira masih tidak berganjak. Kali ini diluahkan segala rasa sakit yang disimpan di dalam hatinya. Urgh! Adam sudah melampau! Tergamak Adam mempermaikan hidupnya selama ini.

Biar Aku Jadi Kaktus 2 (On Going)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon