Cinta 4

125 16 0
                                    

Sepanjang ucapan Aidan yang kononnya serupa perdana menteri itu, aku di bawah sudah terasa muak melihat wajah lelaki berkulit sowo matang itu di atas pentas.

Kalau ada petrol dekat tangan aku sekarang ni. Sah, memang aku bakar pentas tu sampai hangus. Pencen terus dia dari jawatan! Haha.

" Seorang manusia yang berjaya, dia haruslah berpegang pada lima perkara penting seperti yang tercatat dalam surah Al- Asr."

Lantas dia mulalah menjadi ustaz celup, memberikan ceramah agama percuma tanpa dipinta. Orang kiri dan kanan sudah menguap menahan kantuk.

Ey, skema tau dia ni. Skema! Macam kertas jawapan OMR.

Tak boleh salah!

" Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian."

ZUP!

Aidan menikam tepat pada renungan mataku. Eh! Berani betul mangkuk ni, ya? Depan - depan orang ramai dia mencerlung dekat aku?

Aku membalas dengan memjulingkan mata bundarku. Nampak bahunya terhinjut kejut, tahu, takut! Pelajar lain yang sudah tahu perang dingin kami berdua hanya menghamburkan tawa.

Mereka juga sudah lama melebel hubungan kami bagai Amerika Syarikat dan Russia yang takkan pernah berbaik.

Kemudian Aidan mendehem setelah dia nampak gaya sedikit kalah, "saya pantang betul dengan orang yang tak menghormati waktu."

Aku melepaskan batuk. Dia memandang dengan hujung mata.

" Kalau dah waktu masuk sekolah pukul 7.45 pagi,"

Lagi sekali.

UHUK!

Kali ini dia mencerlung lebih besar dari yang tadi.

" Saya lebih suka kalau kamu semua berada di dalam perhimpunan sekurang - kurangnya lima minit sebelum 7.40."

Sekali lagi, Aku sengaja melepaskan batuk yang kuat dan itu membuatkan Aidan semakin berang.

Tangan yang kemas pada mikrofon nampak mengetat. Darah dah naik kepala la tu! Hehehe.

" Lepas ni, kalau kamu semua lambat lagi! Saya akan kenakan tindakan lebih berat."

Pergh... Kan aku dah cakap. Dia ni memang skema habis.

" Lebih berat la kononnya...," bisik aku halus tanda memerli.

" Berani dia nak hukum - hukum orang macam tu? Ingat orang takut?"

Akhirnya, perhimpunan tadi berakhir dengan sepotong ayat nasihat dan amaran seperti kebiasaannya.

Aku merasa sedikit lega. Nampak gayanya Aidan sudah lupa agaknya untuk memanggil kami semua yang lambat untuk naik ke pentas.

Aku dah agak. Dia tak berani punya.

Aku mulai melepaskan senyum meleret. Yang lainnya turut mula menarik nafas lega.

Mana tak lega, nak melayan kerenah ketua pengawas yang terlebih rajin ni penat tau! Ada saja perkara dia nak betulkan.

Agaknya dulu, mak dia banyak tertelan pembaris waktu mengandungkan dia. Semacam betul anaknya yang satu ini.

" Oh! Saya terlupa. Maaf semua..."

" Saya mahu lepaskan awal perhimpuan ni tapi, untuk perhimpunan hari pagi ini..."

Bibir hujungku yang tadi melengkung, kini serta merta jatuh ke bawah. Aku mendonggak memandangi pentas.

Alamak!

Bulat mataku bila Aidan mula mengorak langkah ke arah aku dan lain - lain.

" Hari ni aku ada special presentation untuk korang semua yang lambat," kata dia bangga tatkala dia berdiri tegak di hadapanku.

Aku pancungkan pandangan pada Aidan dan mata Si Mawas itu membalas pandanganku dengan renungan mata kejahatan.

" Amacam?! Ada bran?!"

Surat CintaOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz