Cinta 5

486 55 3
                                    

" Amacam?! Ada bran?!"

Kedengaran orang ramai bersorak hebat pada barisan orang yang lambat. Seronoknya bukan main lagi, serupa baru dapat duit saku dari menteri.

Biasanya, memang menjadi kebiasaan untuk mereka bersorak bagai orang terputus akal bila sesuatu yang menyeronokkan terjadi di sekolah.

Iyalah, ini saja outlet entertaiment kita orang. Nak harapkan Televisyen tu? Itu pun skrin cenonet saja. Astro pun tak ada!

Aku kekagetan. Ah! Sudah!

Sudahnya, terus saja aku memegang perut. Pura - pura mahu tercirit dan merasa ia sudah di perhujungan. Demi Tuhan! Jujurnya, aku tak kuasa nak melayan kegilaan Si Mawas tu.

" Dan! Aku sakit perut ni. Nak tercirit."

" Kau makan apa semalam, Surihana?" Tanya dia kedengaran risau. Eh, aku salah dengar? 

" Makan nasi goreng basi kot? Aduh! Sakitnya, Dan. Bagi aku gerak dulu boleh tak?" Tempelakku sedaya upaya.

" Nasi goreng? Kau semalam aku tak nampak pun kat dewan makan. Jangan nak menipu aku, Surihana."

Kelongsong mataku naik mencari si tuan yang bercakap. Eh, macam mana dia tahu aku tak turun makan? Aneh...

Aku kehairanan lalu entah macam mana terus aku berdiri tegak, " aik! Tahu pula kau aku tak pergi dewan makan semalam?"

Aku saling beradu pandang atas bawah mengekori pandangan mata Aidan sebelum mataku tertangkap akan halkum yang bergerak - gerak menelan air liur. Aku mula membuat muka. 

" Aik, dah tak sakit? Dah tak nak tercirit?" Perli dia tatkala melihat aku yang tiba - tiba sihat walafiat. 

Oi, Surihana! Perut kau! Pekik suara hati yang sudah merayap - rayap rasa malu dengan kantoi yang aku sendiri cipta. 

Dengan muka tak malu, aku merundukkan tubuh dan segera perut tadi dipegang - pegang. 

" Aduh! Dan! Bagi aku pergi tandas dulu! Bahaya kalau aku kecebur kat sini, Dan!" 

Dengan dahi yang sedaya upaya aku kerut, cuba menunjukkan betapa hidup aku tertunggang terbaliknya kerana sakit perut yang aku alami. Dia kemudiannya, tersenyum herot.

" Cirit la kat sini. Dah! Tunggu!" 

Sebegitu saja dia berlalu dengan penuh berlagak. Dasar jantan tak guna!

Masing - masing sudah tampak tidak sedang kaki ingin melihat apa yang bakal dipertontonkan di atas pentas. Saat dia sudah berada di pentas, Aidan mula bersuara sumbang di atas lagak seperti seorang syaitan yang tidak sabar mahu menghukum pendosa seperti kami. 

" Dalam balang ni, ada bermacam - macam hukuman dan setiap hukuman ini, tidak boleh ditolak sama sekali. Nak tak nak. Perlu, mesti, wajib buat."

Orang ramai mula mengambil perhatian dan dari pandangan mataku, cukup jelas tertulis tidak sabar pada bola mata masing - masing. Kalau boleh aku gambarkan, mata dia orang macam mata anak kucing tunggu makanan. Bersinar - sinar dengan harapan.

" Jadi... Aku akan pilih seorang yang bertuah untuk ke pentas."

Dia mulai memberi senyum setan seraya bola matanya terpancung ke arahku tapi tak lama bila ia terkalih ke tempat lain.

Kuss semangat...

" Hmmm... Nak aku panggil Nizman naik atas pentas?" Soal Aidan serupa komando garang.

Nizman yang sememangnya Raja Lambat itu segera menggeleng sambil tersengih kambing. Lelah betul jadi jantan bernama Nizman ni. Tak tahu apa yang dia buat dalam dorm. Lambatnya mengalahkan perempuan bersiap! Jalan pun kadang aku tengok melenggang kangkung saja. 

Surat CintaWhere stories live. Discover now