Cinta 3

609 69 0
                                    

Ainan yang berdiri antara kami berdua nampak tersepit sebab tiba - tiba saja dia terheret sekali dengan perang dingin aku dan Aidan. Terdiam dia hanya menyaksikan pertengkaran kami berdua tanpa tahu meleraikannya.

" Bila kau nak buka pintu keramat ni, Aidan? Nak tunggu tahun depan? Tunggu kiamat?"

Merengus, Aidan mula membuka pintu asrama untuk membenarkan aku dan beberapa orang pelajar yang lain keluar.

Waktu itu, cepat - cepat aku meloloskan tubuhku keluar dari situ dengan debaran di dada. Gila tak berdebar? Buatnya Aidan tarik dan korek biji mata aku, macam mana?

Sempat kami berdua berbalas jelingan maut. Nasib tak keluar elektrik macam cerita Naruto. Silap hari bulan, aku boleh jadi Hokage dibuatnya. Masing - masing memang tak mahu kalah.

Belum habis mempertahankan diri aku, aku menambah lagi. Kali ini aku balas dengan ayat pedas kasi sama orang bajet gengster ni.

" Oh... Sorrylah, Aidan. Aku bukan bagi alasan, aku cakap benda betul je. Awek...," aku pandang Aidan sinis, " kau tu bukannya nak tolong kejutkan aku. Lagi dia suka ada la, kalau aku lambat datang."

Mulut aku masih laju terkumat kamit, " kata nak #teamspirit tapi hampeh...," tempelakku sengaja mahu mencucuh api yang sedia menbara.

Aku tahu, dalam diam - diam Aidan dan Shahirah itu bercinta monyet di sekolah ni. Buktinya, aku ternampak berdua terkantoi sedang berpelukan di sebelah lorong McDonalds sewaktu outing.

Sweet sangatlah kononnya...

Nasib baik mereka berdua tak sempat nampak kelibat aku yang menyorok di belakang tiang waktu tu. Kalau tak, memang naya juga aku boleh kena dengan Si Mawas hitam itu.

Cis! Bila difikirkan semula... Kau nak sorok apa dengan aku ni, Aidan? Ini detektif Surihana. Okay! Detektif terunggul di sekolah tapi itulah orang— tak tahu pun kewujudan aku.

Kau nak tahu tak apa riak Aidan bila aku cakap macam tu? Pucat lesi muka dia bila aku petik nama si Shahirah.

Hahaha. Padan muka!

Disebabkan jiwa aku masih bersisa erita kemanusian, aku berkeputusan untuk membiarkan kenyataan itu sebagai satu persoalan saja.

" Kau! Mulut tu memang tak pernah tak kurang ajar, kan?! Apa bukti kau tuduh aku bercinta dalam sekolah ni? Main ikut sedap mulut kau je." 

Aidan sedikit menjerit. Geram sungguh dia dengan Minah Kerek a.k.a aku sendiri ni agaknya.

" Eh! Siapa yang kunyah cili, dia yang kena pedasnya, kan?"

Oi, mulut... Beragak la sikit.

" Kau jangan macam - macam dengan aku...," ugut dia dengan muka ketat. Ingat aku kisah?

" Eh salah ke apa aku cakap? Betul tak, Ainan? Lagipun kau yang selalu macam - macam dengan aku. Bukan aku... Kan? Ainan?"

Aku menongkat kening menunggu kata setuju dari ketua pengawas perempuan bertudung labuh itu. Namun, Ainan hanya menggeleng melihat telagah kami berdua.

Ish! Sikit pun tak mahu back up member.

" Sekarang! Hari ni, kejap lagi, aku nak kau... berdiri depan perhimpunan pagi," suruh Aidan sambil dia menunding hujung batang pen ke arahku.

Aku jadi melopong longgo.

Hambek... Padan dengan muka kau, Surihana. Carilah pasal lagi dengan Aidan.

Tapi, sebab si Surihana Baiduri (aku) ni tak mahu kalah. Akhirnya, dia hanya tersenyum sinis. Alah, kacang je kalau kena berdiri depan perhimpunan tu.

" Dan untuk kasi hangat lagi pagi ni, kau kena buat apa yang aku suruh." Kata Aidan dengan senyuman bermakna. Bukan! Senyuman jahat yang maha jahat! Lagi jahat dari senyuman pak cik pembunuh bersiri! Dasyat gila.

" Kau panggil aku naik Aidan, siap kau nanti. Aku akan sebarkan pasal kau dengan Syahirah." 

Aku cuba mengugut Aidan tapi macam tak makan saman je si Aidan ni. Dia hanya menyunggingkan senyum herot padaku.

" Kau berani ke Surihana?" Dia buat tak tahu je dengan aku. Diam - diam dada aku mula terasa laju dan perutku terasa senak. Habislah aku... menyesal pula cari fasal dengan dia pagi - pagi begini.

" J—Jangan cabar aku Aidan!"

" Ee, kamu berdua ni, bawalah berbaik. Dah lima tahun kat sini pun bergaduh je kejenya. Nanti aku kahwinkan korang berdua, baru tahu!" Kata Ainan sedikit bimbang melihat hubungan aku dan Aidan yang tak ubah macam anjing dan kucing. 

Tapi ada kami peduli? Memang tidaklah...

" Kahwin dengan dia ni? Mimpi jelah... Banyak lagi lelaki lain yang aku boleh pilih," balasku angkuh tapi Aidan tidak pula membedal, cuba mempertahankan diri dia. Malah, aku lihat wajahnya berubah rona. Rona apa, aku pun tak pasti...

Usai menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah, Aidan mula naik ke pentas seperti selalunya untuk membacakan apa - apa hal mustahak yang berkaitan dengan sekolah dan asrama. 

Kebiasaannya memang berginilah hari - hari di asrama, pasti ada perhimpunan bagi sebelum ke sekolah. Tempat untuk Aidan jadi besar kepala, jadi serupa taiko.

Kalau tak ada benda yang penting nak ditunding, dia bakal mengorek segala jenis perkara yang tak masuk akal untuk diutarakan. Contoh macam dua minggu lepas bila si Qaim yang terjatuhkan pasu bunga di hadapan pintu keluar Aspura dan mengotorkan susur gajah sekitar situ.

Itupun nak dipointkan Aidan. Sebab apa? Sebab dah tak ada kesalahan yang menarik yang dia boleh sembur pelajar lain.

Bila diingatkan balik perhimpunan sepanjang hampir setahun ini. Aidan memang tip top, tak perlu disangkal. Tapi dia punya autokrasi... Fuhlamak! Mengalahkan Hitler kumis nipis.

Pernah satu kali aku pernah dipaksa Aidan untuk membuka lilitan tali kasut yang aku lilit pada bahagian hujung betis sewaktu aku tengah bergegas nak jumpa Teacher Browns untuk menghantar kertas ujian bertulis yang dia buat di kelas.

Kau tahu apa jadi, aku dapat kosong untuk ujian tu. Semuanya gara - gara Mawas Hitam tu. Sumpah sampai hari ni aku rasa dia berhutang ujian markah Bahasa Inggeris itu dengan aku.

Surat CintaWhere stories live. Discover now