Cinta 11

64 12 0
                                    

" Kau jangan cakap sebarangan, Surihana. Bapak dah la penipu, pembongkak! Anak dia pun sama juga rupanya!!" Orang ramai mengangguk seperti bersetuju.

Aidan membulatkan mata.

Nashriq pula tersengih - sengih serupa kerang busuk.

Suara bersorak dari atas koridor membuatkan badanku menggigil. Sungguh, aku terpempam mendengar komen sebegitu.

" Kau jangan sebut pasal bapak aku." Dada aku mula terasa sebak.

" J—jangan sebut pasal bapak aku."

Tangan, bibirku menggeletar. Air mata yang mula bertangkung di lereng mata mula terjatuh ke pipi tapi sepantas kilat aku kesat. Memang tak berhati perut betul.

" Suri..."

" Apa yang kau tahu pasal bapak aku, Aidan? Kau tak kenal bapak aku! Dia bukan orang macam tu!" Jerkahku sakit hati.

" Cakap—," belum habis aku bercakap, mereka semua sudah berpecah mencari jalan balik ke dorm masing - masing.

Ya! Mereka buat aku semua macam tunggul kayu.

Semacam kejadian tadi, ia hilang ghaib terus dari ingatan mereka.

Kelihatan, Aidan cepat saja menyuruh semua bersurai dari situ dan memberi amaran pada mereka semua akan apa yang bakal terjadi jika mereka ingkar akan arahan yang diberi.

" Bersurai. Jie, tolong bawakan Shera ke dorm. Aku tak rasa dia boleh berjalan tu,"  pinta Aidan penuh sopan dan membiarkan aku berdiri tanpa kata di hujung tangga.

" Iyalah, Aidan. Kami gerak dulu, ya? Jom, Shera."

Selamba, puluhan anak murid serupa sekawanan ikan sardin itu melepasi aku dengan muka kosong. Aku tetap berdiri di situ sehinggalah kawasan sekolah menjadi sebegitu sunyi.

Dadaku mula mencucuk sakit. Sakit yang amat sangat. Air mata yang mahu jatuh lagi aku tahan dengan mengetap bibir sekuat - kuatnya.

Tenaga yang bersisa aku kuatkan kakiku. Setapak yang aku ambil, aku rasakan seperti duri yang mencucuk. Sakitnya bukan kepalang.

Kenapa manusia terlalu kejam?

" Surihana Baiduri!"

Aku pekakkan telinga.

" Surihana!"

Aku memejam mataku rapat dan memujuk diriku untuk tidak menoleh dengan panggilan itu.

" Hana..."

" KENAPA?!"

Sekuat hati aku menjerit pada tampang wajahnya.

" Sakit tak?" Lelaki tinggi lampai itu tertunduk cuba memeriksa keadaanku.

" Kita pergi klinik. Kita tengok doktor kata apa."

" Sudahlah! Cukuplah! Penat!"

" Jom! Nampak tak okay ni...," suara itu meluahkan risau. Wajahnya tampak buntu dan bergeluman dengan kerisauan.

" Tak perlulah pura - pura kisah. Pergilah...," tersendu - sendu aku menghamburkan tangis di hadapan lelaki itu.

" Janganlah menangis. Nanti orang dengar, Hana."

" Biarlah orang dengar! Kenapa tak boleh ke? Salah kalau menangis? Teruk sangat orang menangis?"

Air muka lelaki itu nampak gayanya berubah ketat sesaat dua.

" Salah lepaskan perasaan? Salah—," dia laju memotong ayatku.

" Dari dulu sampai sekarang langsung tak berubah."

Ayatnya membuatkan aku terdiam sepi. Bukan aku sudah cakap yang aku tak perlukan dia?

" Pergi..."

" Surihana. Jangan degil boleh tak? Sampai bila kau nak keep perangai macam ni?"

" Degil tu memang ada dalam darah. Pergi!"

Dia masih tidak berganjak dan sungguh aku tak faham tingkah dia yang ini. Bukan sudah lama dia tidak menegur aku? Kenapa hari ini pula?

Sebab kasihan? Ah! Tak perlu!

Aku tak perlu kasihan orang!

" Habis tu? Nak ketawa? Ha.Ha.Ha? Macam tu?" Bilang sambil aku mengajuk suara tawa.

" Dalam dunia ni tak semua beruntung, Surihana. Jangan disebabkan orang tak berpihak pada kita, kita tunjuk kekurangan dan kelemahan kita."

Waktu itu, aku merasa kabut di jiwa dengan apa yang sudah dituturkan dia. Bibirku keras tanpa kata - kata.

Dengan lelehan air mata, aku mengangkat belakang telapak tanganku dan menunjukkan dia apa yang sedang aku tahan sejak tadi.

" Ini!"

Darah yang bertompok itu dia pandang dengan kejut dan mata kepedihan. Halkumnya yang jelas kelihatan, nampak bergerak seperti dia sedang menelan sesuatu yang perit.

" Ini? Ini, belum cukup? Nak sembunyikan apa lagi?"

Aku sudah cukup amat patah hati untuk bertengkar dengan sosok tinggi lampai itu.

" Baliklah. Nanti waktu prep nak mula," pesanku baik - baik.

Nafas yang kuat kedengaran pada pendengaran dan sebegitu saja, dia pergi meninggalkan diriku sendirian.

Sekali lagi aku menangis. Ah! Aku memang cepat kalah.

Dengan cukup berat, langkah kakiku aku bawa ke stor sukan. Tempat paling tenang buatku. Nasib baik aku keuzuran hari ini. Jadi aku tak perlu ke surau untuk solat berjemaah.

Berhati - hati, aku menolak daun pintu dan saat anak mataku terjatuh pada kerusi dan meja aku yang dipenuhi pensel warna, tangisku meletus tanpa ada yang aku tahan. Semuanya aku lepaskan semahu - mahunya.

Perih...

Seakan ini sahaja tempat yang menerima aku. Tempat kecil dan berhabuk ini.

Aku jatuh melayut pada dinding stor. Beberapa ketika aku biarkan diriku menangis, meratap dengan nasib diri.

Telapak tangan yang bertompok darah kering itu membuatkan hatiku rabat seperti dicarik - carik tangan seseorang. Allahu...

Dengan tangisan, aku cuba memberanikan diri membuka kasut dan stokingku. Melihatkan darah merah dan bengkak buku laliku, aku menangis lagi.

Aidan jahat! Shahirah jahat! Semua orang jahat!

Surat CintaWhere stories live. Discover now