Cinta 10

366 60 2
                                    

Loceng sekolah berbunyi keras menandakan waktu sesi pembelajaran pagi sudah tamat.

Tamat saja sesi mata pelajaran matematik, aku bersiap - siap memasukkan segala alat tulisku ke dalam beg galas.

Aku selalunya berkejar mahu menuju ke kelas prep petang kerana aku mahu habiskan kerja sekolah dengan secepatnya sebelum aku masuk ke dalam stor sukan, mahu melukis lagi.

Ya, aku terpaksa.

Aku harus cepat menyiapkan satu lukisan sebelum pendaftaran sekolah seni yang menjadi idamanku tutup.

Seperti biasa, aku turun dari tangga cuba menyamai langkah kaki pelajar lain tapi kali ini, entah macam mana kaki aku tersadung sesuatu dan membuatkan aku jatuh bergolek mengenai Shahirah yang akhirnya turut sama jatuh bergolek denganku.

Alah! Dia bukan jatuh pun, cuma tersandung satu tangga saja dari aku. Itupun kain dia terselak sedikit. Kalau dia nak marah aku pun, tak boleh juga sebabnya dia memang suka tayang betis dia.

" Eh! Sha!"

" Weh! Apa benda kau ni, Suri! Gila ke?! Nak bunuh orang pula?"

Aku pula masih cuba bangun dari jatuhku. Telapak tanganku berasa kebas. Aku masih belum mampu mengangkat tubuhku berdiri tegak dan Shahirah pula tidak putus - putus memerli aku.

" Eeee, bencilah aku! Kalau aku tergolek tadi macam mana?!" Shahirah yang tercabut kasutnya itu mengamuk geram sambil dia menyumpah seranah.

Dalam kekalutan, dia memakai semula kasut yang terlucut dengan menunjah - nunjah hujung kasut bukti rasa yang terbuku di hati.

Orang yang melihat mula bergegas ke arah kami berdua. Yang paling depan, mestilah si Mawas Hitam. Takut sangat awek dia termeninggal kat sini.

" Okay tak ni? Sakit ke?" Suara risau Aidan mengetuk gegendang telinga. Hmm, baguslah... jadi teman lelaki mithali.

Aku tetap masih berusaha untuk bangun. Sementara itu, aku memperbetulkan tudung sekolahku yang hampir tercabut dari kepala.

Beg yang senget, aku betulkan dahulu. Kemudian, aku hulur tanganku pada seseorang tapi sayang tiada siapa yang sudi menyambutnya.

" Oh okay! Tak apa - tak apa. Aku boleh bangun sendiri."

Ye je kau, Surihana! Kaki kau tu terseliuh teruk kot. Ada hati nak bangun sendiri.

Orang lain mulai menoleh ke arahku. Mata mereka separuh mencerlung mungkin sudah membuat spekulasi lagak Melodi TV3.

" Kau ni tak reti turun tangga ke apa?! Mata tu letak dalam tong sampah la agaknya," perli si Mawas bila dia cuba memeriksa keadaan teman wanitanya.

" Kau ni, Suri. Cuai tak habis. Tengoklah, kaki Shirah dah terseliuh. Kau tahu kan, dia kapten bola jaring sekolah. Sudahlah dua minggu lagi kita orang ada MSSM. Kau memang sengaja nak cederakan dia, kan?" Kata Fatiyah padaku lagak mak cik jual pisang goreng sedang membawang.

Wah, sedapnya kau menuduh...

Perlahan, aku gagahkan diri dan memegang pada palang tangga dan menarik badanku supaya berdiri. Aku yang sudah dapat membaca keadaan terus saja membuat wajah kosong. Sakit yang menyengat, aku tahan sehabis boleh.

" Kalau aku sengaja, tak mungkin aku akan jatuhkan diri aku sendiri. Baik aku tolak je dia dari tangga ni," ujarku memprotes tanpa sedikit pun aku memandang setiap satunya.

Aku sedar, pasti mata - mata di hadapanku membolak balikkan mata mereka semacam menyampah amat bila aku cakap begitu.

" Tengoklah tu. Cakap pun berlagak. Cuba kau bersopan sikit. Kau ingat diri kau bagus sangat ke?" Aidan memancungkan pandangan sinis seraya menggelengkan kepalanya.

" Habis, aku nak cakap macam mana? Nak suruh aku sujud dekat kaki dia ke?" Tempelak aku berani.

Aidan diam.

" Haa, bagus sangat kalau kau boleh sujud dekat kaki, Sha. Dah banyak dosa kau buat pada dia. Kau memang berdengki dengan Sha daripada dulu, kan?"

Kata - kata itu aku semat di dalam hati. Dosa apa?

" Aku nak berdengki apa? Tak ada benda yang aku hadaplah dengan korang semua! Aku, selama ni pun hidup sendiri. Ada pun aku kacau korang? Kau, Aidan...," suaraku sedikit pecah tapi kuat aku tahankan jiwaku.

Meskipun bergetar, aku tetap menutur, " aku..."

" Aku tak pernah minta pun kau kacau aku, Edan."

Sebaik saja sebaris nama itu aku sebut, Aidan mengangkat dagunya lantas dia cari wajahku. Air mukanya berubah dan maksudnya tidak mampu aku baca.

" Aku tak pernah gembira pun dengan apa yang terjadi antara kau dan aku."

" Kau, Shahirah. Aku tak pernah sepanjang aku berada di sini, aku tak pernah bencikan kau. Apatah lagi nak berdengki dengan kehadiran kau, Sha."

Masing - masing terdiam bisu. Mungkin terlalu kejut dengan getar suara dari rengkungku yang beralamat hujan. Mungkin ada yang menunggu benteng lereng air mataku tumpah ke pipi.

Tapi, syukur. Hari ini sudah cukup aku menangis. Sudah cukup Joe melihat jujuran air mataku tadi. Aku mendabik dada. Lantaklah, asalkan maruah aku tidak dipijak - pijak sebegini rupa.

" Amboi, angkuhnya. Kau...," Aidan menahan lengan Shahirah, mahu wanita itu berhenti.

Shahirah pula mendengus tak puas hati. Sudahnya, amarah itu terus dilepaskan pada lelaki tinggi lampai itu.

" Ha! Bela la perempuan ni! Bela! Benci orang sampai nak membunuh!"

" Shera!"

" What! Tak nampak? Tak nampak apa dia buat? Korang semua nampak tak apa dia buat tadi?!" Suara gegar Shahirah mengisi ruang koridor sekolah dan kebanyakkan mereka segera mengangguk bersetuju dengan Ratu tercantik di sekolah itu.

" Nampak! Dan! Tadi aku nampak si Suri ni sengaja tolak badan dia. Itu kalau Sha tak pegang palang tangga, aku rasa dah ke hospital tadi."

Ah! Ada penyokong pula.

Aidan mengangguk kecil dan kemudiannya, dia pandang Surihana, " lepas ni kau aku hantar ke bilik kaunseling. Mana tahu fius kepala kau rosak."

Kejap. Kauseling? Aku kena ke klinik la gila! Bukan bilik kaunseling!

" Haah la, Dan. Sha pun rasa, Suri ni ada fius rosak. Dia ni selalu sangat berdengki dengan Sha dengan kawan - kawan Sha. Tak boleh nampak kita orang senang langsung."

Aidan mula menoleh ke arahku dengan muka bengis, " kita dah nak habis sekolah pun, Suri. Kau berdua tak boleh berbaik langsung ke? Tolonglah, cukup buat masalah dalam sekolah ni," Suruh Aidan serupa dia bapak aku.

Aku menepuk tangan tiba - tiba. Wahh, hebat betul lakonan couple Mawas ni. Menyampah sangat aku tengok.

Seorang muka handsome dan seorang lagi muka cantik. Menariknya, perangai macam Syaitan dua - dua.

Orang ramai termasuk dari tingkatan lain sudah mula berkerumun di tepi - tepi koridor. Nak tengok drama segi tiga la tu.

Jujurnya, aku malu. Ini bukan yang aku mahu tapi aku sedar, hanya aku sendiri yang mampu selamatkan diri aku sendiri.

" Okay, mana bilik kauseling? Mana? Aku pun dah tak sabar nak keluar dari sekolah ni. Duduk rumah sakit mental lagi bagus. Rasa rimas semacam je bila duduk dalam sekolah ni. Lebih - lebih lagi kena berdepan dengan manusia macam korang berdua. Paling - paling dengan kau, Aidan!"

Aidan meninggikan suara, " Kau jangan cakap sebarangan, Surihana!"

Surat CintaWhere stories live. Discover now