Cinta 8

420 58 0
                                    

Langkahku laju segera bergerak ke kelas tatkala teringatkan wajah bengis Sensei Syahidan. Dia memang pantang kalau ada yang melengahkan waktu mengajarnya.

Kisah romantik basi antara aku dan Joe tadi aku simpan di dalam kotak.

Sebaik saja kertas diletakkan, Sensei Syahidan melirik ke arahku dengan pandangan atas bawah. Kenapa dia pandang sebegitu rupa? Aku sudah jadi cantik bak Puteri Raja ke?

" Err, Sensei..."

Perlahan, aku memeluk tubuh sebaik saja lirikannya tidak punya tanda tarikh luput. Terkejut, Sensei Syahidan merengus dan segera memutuskan lirikan.

" Ehem! Terima kasih!" Kalut dia tidak tentu fasal. Aku mengukir senyum senang dan terus berdiri tidak jauh dari situ kerana ada sesuatu yang ingin aku pinta dari dia.

" Hah, kenapa berdiri lagi ni? Duduklah!" Suara nyaring Sensei Syahidan itu cukup amat membingitkan telinga tapi, mahu tak mahu aku perlu juga melunaskan hajatku.

" Sensei, saya nak minta tolong sikit?"

Sekali dia, dia membawa dua bola matanya ke arahku. Dia memang tidak suka waktu dia mengajar diganggu.

" Kamu pula yang minta tolong dengan saya?"

Seperti kera sumbang, aku menyengih dan membisik, " kan, dah tolong angkat kertas—," jariku menolak helaian kertas tinggi yang aku bawa tadi dari bilik guru.

" Kamu ni, Surihana. Buatlah perangai berbudi sikit. Dah tolong Sensei tu biarlah ikhlas. Ini awak nak scam saya pula?"

" Bukan scam tapi diplomasi dua hala," aku naikkan saham sengihku sebelum hujungnya aku menambah halus," Sensei... Syahidan yang handsome."

Aku tahu, Sensei Syahidah ni ubat pujuk dia membodek saja. Kau puji sikit saja mesti dia cair macam ais bertemu bara api. Tak caya, kau tengok ya?

" Menjawab nombor satu! Ha! Apa dia?!"

Dah geram la tu agaknya. Hehe...

" Sensei, boleh tak saya nak tukar tempat duduk?"

Memang sudah lama aku menyimpan hajat untuk menukar tempat duduk memandangkan meja yang diletakkan Sensei bersebelahan dengan meja Sharifah. Entah bala apa yang aku bawa bila berjodoh dengan perempuan sombong itu? 

" Untuk apa? Apa alasan kamu?"

Sejeda bola mataku bergerak memerhatikan Sharifah yang sedang rancak berbual dengan Aidan yang hanya duduk berhadapan dengan meja kami.

" Saya... saya..."

Kalau aku cakap aku kena buli takkan Sensei nak percaya.

" Saya..."

" Sudah. Saya dah letakkan kamu semua di tempat masing - masing. Tak perlu nak ubah."

" Tapi cikgu... eh! Sensei..."

" Surihana-san, suwattekudai..."

" Sensei..."

" Suwattekudaiyo!"

" Ano, Sensei..."

" Apahal terkepit - kepit? Pergilah duduk," suruh dia dengan suara sedikit tinggi.

" Hai! Sumimasen."

Tanpa berlengah, aku melabuh duduk di kerusi yang sama, bersebelahan dengan Shahirah yang sudah memberi sengih berlagak padaku.

Surat CintaWhere stories live. Discover now