Surat : Balas Dendam

96 15 3
                                    

" Ini?"

Koyak.

" Ini? Ini, belum cukup? Nak sembunyikan apa lagi?"

Rabak.

Lima jari kemas dan ketat terkepal. Perasaanku yang bercampur gaul dalam pelbagai warna itu aku salurkan semuanya ke dalam buku lima.

Aku berkeputusan untuk terus diam membisu dan setiap lorek luak luka yang dia sedang tanggung, aku gagahkan diri untuk menelannya.

Sungguh, kalau Tuhan tidak punya hukum pada makhluk di hadapanku ini sudah lama aku membawanya pulang di dalam pangkuanku.

Ah! Sudahlah bermadah.

Aku memang pengecut.

Wanita yang paling aku peduli dalam dunia menangis meratap di hadapan aku dengan penuh luka di tubuh. Tapi, tiada apa yang aku mampu buat.

Jantan tak guna.

Aku melangkah pergi bukan kerana aku mahu dan penat dengan kedegilan wanita itu. Itu sememangnya dia dan kedegilan itu sedikit pun tidak merubahkan roman rasaku tapi yang melukakan dia itu.

Tak mungkin aku akan lepaskan dia sebegitu saja. Malam ini, selagi tidak berdarah buku lima, selagi itu aku takkan pulang.

Bunyi hempasan pintu besi almari baju (locker) menyentapkan beberapa orang yang sedang bersenang lenang melepaskan gerah masing - masing.

Petang itu memang agak membahang panasnya. Sama panas dengan hati aku.

Silap hari bulan aku boleh buat kerja gila dengan membakar satu aspura ini dengan api kebencianku.

" Oi, relax la brother! Kau pehal? Tertelan tulang ikan?" Tegur salah satunya dengan tawa besar dan itu diberanakkan beberapa orang yang lainnya.

Aku yang hanya berkemban itu menoleh separa tubuhku pada si tukang tegur. Angkuh, aku hanya memberi satu jelingan tidak senang.

" Lahai, ada orang panas hati rupanya...," Luncai itu sudah faham dan bernekad pulang dengan labu - labunya.

Aku pula masih cuba mencari asbab untuk melepaskan amarah dan waktu itu entah macam mana Tuhan seperti merahmati akan maraknya api yang ada di dalam sarang hatiku.

Baldi basah yang seharusnya diletakkan di bilik air tiba - tiba boleh pula ada di dalam dorm. Katil budak hingus berkaca mata empat itu memang sudah lama nak kena dengan aku.

Selamba, aku bergerak dan dengan sekali sepak, baldi kedai dua ringgit itu pecah dan jatuh bergolek setelah selamat berlanggar dengan besi kaki katil besi.

Penghuni dorm Alpha itu masing - masing berkerumun melihat ketidakwarasanku.

Cukup waras sudah. Kalau tidak si Mata Empat itu dahulu yang aku kerjakan.

Ketakutan, dia bergerak mengambil segala baju basahnya dan disumbatkan kembali ke dalam bakul yang pecah itu. Aku dengan bercekak pinggang hanya memerhati bisu saja.

" Sorry, bang Aidan! Saya tak sengaja bawa masuk sebab lupa nak isi sabun," terang dia cuba menyelamatkan diri tapi sayangnya aku sudah cukup amat berapi hari ini.

" Kau yang mana satu? Bodoh ke cacat?" Cerlunganku terus saja dia tepis.

Dia diam membisu. Tubuhnya kuncup seperti bunga layu. Saat itu, keiblisanku mampu menghidu ketakutan yang menyelubungi dia.

" Aku tanya. Kau yang mana satu? Bodoh ke cacat?" Kali ini aku bergerak dekat dengan lelaki itu, cuba saling mendada.

Masing - masing diam tidak terkutik. Ada juga yang menolak warga dorm lain dari menjenguk kejadian yang sedang berlaku.

" Sorry, Bang! Sungguh saya tak sengaja."

" Bodoh ke cacat?"

Luncai bangun dari pembaringan dan cuba meleraikan pertelingkahan bodohku.

Bodoh?

Heh.

Tidak bagi aku.

Sekali lagi aku bertanya tapi kali ini aku berjaya memulas kolar baju bulat lelaki itu dan aku paksa kedua - dua matanya naik memerhatikan tampang mukaku.

" Sudahlah, bro. Sudahlah..."

Luncai sudah kemas menolak dadaku.

" Jawablah. Aku tanya..."

Aku tak mungkin melepaskan peluang keemasan sebegini.

" Dan, budak tu dah minta maaf. Cukuplah. Kita pun dah senior, bro."

" Oi, Dan! Kau jangan mulakan bodoh ke cacat, Dan. Jangan buat peristiwa lama berulang. Tak ambil SPM kau nanti."

" Bro! Relax, bro. Benda kecil je tu."

" Astaghfirullahalazim, Dan! Sabar!"

Rakan - rakan dari dorm lain yang berjaya memanjat dinding kadbod tidak putus - putus memujuk. Sayangnya,
pendengaranku sudah Setan pekakkan. Aku nekad aku mahu pecahkan cermin mata budak hingusan ini.

Keparat ini cukup berani berbual dengan Surihana. Kalau lama dulu aku tahu, memang tak selamat sungguh hidup jantan ni.

Bunyi tawa kecil Surihana. Senyum Surihana. Riang Surihana. Itu aku punya, bangsat!

Celaka!

Buku lima sudah aku naikkan tinggi. Tinggal aku mahu lepaskan saja.

Masing - masing mulai panik kalau - kalau aku mahu memulakan perang itu lagi.

" Dan!"

" Oi, kau tahan dia! Mati juga budak tu nanti! Oi!!"

Kecoh!

Hanya angkara aku.

Bunyi tapak kaki anak - anak jantan yang entah apa menganggu benak fikiran di luar koridar meletus kencang dengan cukup kuat.

" Bang! Sumpah! Saya minta maaf!"

" Maaf kepala bapak kau! Arghh!!!"

" Allah!"

Tiga saat lagi memang retak tengkorak budak ni aku kerjakan. Dan waktu itu, aku takkan berhenti sampai nyawa dia tercabut dari tubuh.

ARGHHHHH!!!!!!

OI!! JANGAN!!

" Bro, kau okay tak?"

Nashriq.

Surat CintaWhere stories live. Discover now