Cinta 1

2.2K 85 20
                                    

Sinaran mentari pagi yang memancar terus dari tingkap nakuh, membahang ke badanku seakan memujuk aku untuk mencelikkan mata. Aku menggeliat senang. Beginilah keadaan sebuah cerita clichê bermula.

Aku mulai mengembangkan sarang dada dan melepaskan keluhan terberat dengan author yang langsung tak kasi chance aku punya permulaan kisah gempak. Cis!

Bibirku yang terasa berkerak kering, aku jilat dengan lidah sebelum aku mengumam sendiri. Dah pagi rupanya dunia ni. Rasa sekejap sangat aku tidur tadi.

Dengan keadaan mamai yang masih belum tamat, aku mulai bercakap - cakap sendiri. Malasnya nak bangun kalau dah pagi. Boleh tak aku nak tidur lagi? Dah la masih sunyi.

Tenangnya dunia aku...

Senang hati, aku membawa kepala aku, menoleh ke arah kiri dan kanan. Kelihatan, katil - katil yang kebiasaannya didiami sekujur tubuh yang masih lena diulit mimpi semuanya sudah kosong tanpa penghuni.

Hati mulai berkira - kira. Ke mana la agaknya mereka semua ni pergi, ya? Hmm, ada perhimpunan khas ke pagi - pagi macam ni? Aku tak dengar pula ada perhimpunan pagi hari ni.

Mata mula menilik hanya sekadar cuma pada kalendar yang aku lekatkan pada dinding loker, bersebelahan dengan katil.

Oh, hari Khamis. Patutlah sunyi je...

Aku menggeliat meregangkan urat - urat yang mula berketak - ketak bunyi seraya memintal - mintal rambut.

Hari khamis biasanya...

Bagai terpukul dari mimpi panjang, mata membelalak buka.

Oi! Sekolah la!!

" Aiyoooo!!!!"

Bengang, aku menepuk dahi dek ketotolan diri. Tangkas, aku melompat dari katil dan berlari menuju ke koridor.

Membuntang mataku pabila kulihat beberapa orang pelajar perempuan sedang sibuk menuruni anak tangga.

Memang dasar tak boleh haraplah keturunan Syarifah — Wei! Author tak payah la nak carut keturunan pula! Teruk betul. Dah la aku lambat ni.

Kakiku maju melangkah ke arah ampaian, tempat aku menyidai tualaku. Tanganku menggerapai mencari kain pada tali ampaian sebelum aku tersedar ia tiada di situ.

Eh! Tuala tak ada.

Kepala laju terjenguk ke ampaian. Ah! Dasar manusia!

Terpekau - pekau, aku menggaru kepalaku yang tidak gatal cuba memikirkan di mana pula tuala tidak berkaki bertangan malah tidak bernyawa itu boleh berjalan dan melarikan diri dari ampain.

Tak logik sungguh! Lingas, kepalaku mencari di mana Si Tuala hilang. Tatkala, menjengukkan kepalaku ke tingkat bawah, bibirku terpelohong buka.

Mataku tertancap pada sehelai tuala berwarna merah jambu tersadai di atas pokok.

Atas pokok?!

Saat itu, seluruh jiwa ragaku terasa mahu menjerit! Keinginan untuk satu entiti jahat merasuk diriku terasa membuak - buak. Biar aku cekik si pelaku buli.

Siapa pula yang campak tuala aku ke bawah ni?! Aku dah kepit kemas - kemas dah semalam. Takkan angin ada kuasa taufan pula! Ini memang perbuatan khianat. Memang saja nak bagi aku lambat.

Eeee!!

Kantung paru - paru aku mengepam oksigen amarah namun, itu tidak bertahan lama sementelah aku angkat daguku tinggi.

Aku, Surihana Bakri takkan mudah - mudah mengamuk, meraung dan menangis hanya kerana tuala aku selamat tersadai di atas pokok!

Tidak sama sekali.

Usai menyiapkan diri, hujung kaki segera menyauk kasut sekolah berwarna hitamku sebelum aku merasa sesuatu yang aneh dan terasa sejuk pada permukaan kulit jari -jemari kaki.

Jadi, ketertelengan kepalaku dek keanehan rasa itu tapi mendengarkan laungan suara King Kong dari luar asrama, aku menyegerakan langkah kakiku.

Berlari turun dari tangga namun belum sempat kakiku melompat melepasi pintu pagar asrama perempuan, pengawas perempuan berbaju biru bertudung putih lebih tangkas menolak pintu, menghalang aku melangkah keluar dari situ.

" Oppp!! Op!! Jatuh! Jatuh kang!"

Segera aku mengimbangi tubuh yang sudah hampir - hampir berganjak ke belakang. Ini kalau aku jatuh, memang terkangkang la jawabnya.

" Kau ni Surihana! Lambat lagi!" Bentak dia sambil kedua - dua tangannya kemas di pinggang.

Seperti kebiasaannya, aku memaksa otot - otot bibirku untuk membuahkan senyum. " Hehehe... Selamat pagi Ainan."

Dalam doa, aku berharap mereka tidak sedar sebenarnya aku hanya mandi kerbau saja tadi. Tapi aku mestilah gosok gigi.

Gila tak gosok? Tak pasal - pasal pengsan semua umat sekolah ni nanti bila aku buka mulut. Yuks!!

Tadi sebelum keluar, aku sempat juga capai body mist Izzy dan menyemburnya pada badanku. Harum semerbak bau manis bak buah manggis tersebut hingga mencucuk lubang hidungku yang sedia lurus dan terletak cantik ini. Ewah!

Naklah bagitahu, sebenarnya nasib baik juga aku terbeli body mist tu di Mydin tempoh hari sewaktu outing. Kalau tidak berlonggoklah lalat nak bertenggek atas tubuh aku ni.

Bau apa entah, aku dah lupa. Botolnya warna ungu, agak menyengat bau dia tapi baunya manis - manis gitu.

Jauh di lubuk hati aku paling kecil, aku berharap sangat mereka hanya dapat menghirup bau wangi saja dari badanku dan bukan bau lain.

" Awak ni asyik lambat je Surihana. Tak reti nak bangun awal - awal ke?" Tegur Ainan, merangkap ketua pengawas perempuan di asrama.

Ainan, orang panggil dia ni Minah, ala— Minah, Girl's Day tu. Yang menyanyi menari lagu— err! Sorry aku tak dengar K-pop.

Jangan bunuh aku dulu, sebab aku masih suka dengan BTS. Paling aku minat yang bahagian paling banyak dia nyanyi and selalunya dia jadi jurucakap BTS. Siapa entah namanya? Lupa pula aku...

Iya iya je aku peminat BTS, kan?

Oh berbalik pada Ainan, beliau merupakan salah seorang perempuan yang disegani di dalam sekolah kerana kewibawaannya dan kebijaksanaanya. Apatah lagi dengan wajahnya yang cukup cantik bak perempuan Korea.

Lelaki mana saja tak gila bayang bila melihat dia.

Popular tu jangan ceritalah. Dari sekolah berasrama penuh aku ni beranak pinak ke sekolah berasrama penuh yang lain di serata negeri. Haa, hebat tak hebat? Tapi tetapi dia kalah.

Kenapa? Nanti aku cerita...

Surat CintaWhere stories live. Discover now