SECRET MAMA | T I G A

184 37 21
                                    

SECRET MAMA
[13/5/2005]

"TIADA benda serius yang berlaku, cuma terhentak dan kepala terkena serpihan kaca, kau jangan risau," jelas Ezz, mendatar. Irshad menjeling malas.

"Aku tak cakap aku risaukan dia pun!"

"Ouh, okey," Irshad mendengus kasar. Lantas badan direbahkan diatas sofa yang berada di dalam bilik kesihatan dirumah banglo miliknya itu.

Rambut diraup malas kebelakang. "Farah mana?" Soalnya pada Ezz.

"Dia dengan Iman, dekat library," jawab Ezz, malas. Ipad ditangan dipandang bagai mahu tembus.

"Ni perempuan ni kau nak buat apa? Asal kau hantar ke aku? Kenapa bukan dekat hospital?"

"Banyak cakaplah kau ni," Irshad bangun dari duduknya dan berlalu keluar dari situ. Ezz menjegilkan mata menyampah. Mata terpandang kearah wajah mulus gadis yang dibawa oleh ketunya itu.

"Aku macam pernah tengok muka kau ni, tapi di mana ya?" Berkerut dahi Ezz ingin mengingati kembali siapakah gadis ini.

Irshad melangkah masuk ke dalam library mini yang tersedia dirumahnya itu. Mata mencari-cari bayang Iman. Seketika matanya tertancap pada Iman yang sedang mendodoikan Farah atas lantai.

"Macam tak ada kerusi dalam ni sampai bersila bawah ni," tegurnya seraya bersila dihadapan Iman.

"Aku tak selesa nak tidurkan dia kalau duduk atas tu," jawab Iman, mendatar. Irshad hanya diam tidak membalas.

"Macam mana kes tadi?" Soal Irshad sambil tangan mengambil Farah yang berada di dalam dukungan Iman.

"Settle, aku habiskan semua. Aku minta dia orang serahkan kes ni pada aku, nanti pandai-pandailah aku buat," jawab Iman, lancar. Irshad mengangguk. Suasana antara mereka berdua mula menyepi. Irshad sibuk merenung wajah Farah. Sesekali dia mengacah bayi tersebut. Manakala Iman hanya menyibukkan diri dengan buku.

"Kau dah nak 30, tak nak kahwin ke Shad?" Soal Iman, tiba-tiba. Irshad mengerling sekilas wajah tak berperasaan Iman.

"Suka-suki akulah. Tak kahwin pun aku dah ada anak," jawabnya malas.

"Kau tak fikir ke siapa budak ni?" Soal Iman, curiga.

"Maksud kau?"

"Yelah, kau tak akan tak nak cari asal-usul budak ni? Entah siapa mak bapaknya, entah baik ke tidak, mudah betul kau sayangkan dia—"

"Shut up Iman, jangan masuk campur urusan aku," dingin Irshad memintas.

"Masuk campur? Aku cuma tak nak budak ni rosakkan hidup–"

"Aku kata diam! Berani kau ingkar arahan aku, dik? Jangan masuk campur urusan aku. Urusan aku, hal aku. Urusan kau, hal kau. Teruskan dengan sibuk tentang life sendiri berbanding sibuk life orang!" Suasana antara mereka berdua kembali menyepi. Suasana mula berubah tegang.

Uwek! Uwek! Uwek!

Akibat kejanggalan tersebut, Farah mula melepaskan teriakkan ketakutannya. Lantas Irshad memujuk dan bangun dari duduknya untuk melangkah keluar dari library tersebut.

"Jangan layan sangat perasaan tu, turun kejap lagi, makan," kata Irshad sebelum dia terus saja melangkah keluar dari bilik tersebut.

Irshad melangkah turun untuk ke dapur. Terdengar suara riuh-rendah yang berasal dari dapur membuatkan dahinya berkerut. Bukankah Azyiel balik malam dan Aydhan keluar tadi? Siapa yang membuat riuh ni?

Masuk saja ke dalam dapur, terlihat susuk tubuh dua orang manusia yang sedang bertengkar.

"You siapa?! Mana jalan keluar? I nak balik!" Tengking gadis itu, bengang. Ezz menggaru keningnya penat.

04 | Secret Mama (hold on)Where stories live. Discover now