SECRET MAMA | L A P A N

120 22 8
                                    

SECRET MAMA
[29/5/2005]

TERCUNGAP-CUNGAP nafas mereka berempat selepas berperang sakan diruang tamu itu. Hanya Iman yang duduk dengan tenang diatas lantai jauh dari tempat keempat manusia itu berperang.

"Tak adil! Kenapa Iman tak kena juga!" Bangkang Aydhan, tak puas hati.

"Dia tak salah, kenapa nak kena hukum?" Soal Irshad, sinis.

"Tak salah apanya? Dia yang kutuk kau waktu kau mabuk semalam!" Fitnah Aydhan. Irshad menoleh kearah Iman yang 10 meter jauh dari mereka.

"Aku baru sedar pagi tadi," jawab Iman membela diri. Irshad menoleh kearah Aydhan kembali sambil menjungkit kening.

"Okey stop! Aku ada benda nak cakap pasal Farah!" Jerit Ezz yang sudah penat bertekak. Irshad yang sedang menarik rambut Aydhan itu menoleh kearah Ezz.

"Apa dia?"

"Aku dah dapat lokasi Farah." Kata Ezz, serius.

"Kat mana?" Soal Irshad seraya mengambil tempat disebelah Ezz.

"Busuk babi! Kau tak mandi ke bodoh?!" Jerit Ezz menahan geram. Irshad menayangkan riak seposen.

"Cepatlah, kat mana? Aku nak atur strategi." Ezz menjulingkan matanya keatas.

"Betul dah lokasi yang Iman bagi haritu. Cuma dekat bahagian dalam lagi sikit je." Jelasnya serius. Irshad mengangguk.

"Siapkan senjata, kita gerak malam ni." Irshad bangun dari duduknya dan terus berlalu pergi.

Irshad melangkah masuk ke dalam biliknya sebelum mencapai telefon bimbitnya berada di atas meja sisi katil.

Nombor Aliyah ditekan sebelum telefon ditekapkan ke telinga.

"Kau kat mana?" Soal Irshad.

"Neraka." Balas Aliyah, mamai.

"Awal masuk neraka."

"Nak apa?" Soal Aliyah, malas.

"Cover aku malam n,"

"Okey."

"Kau asal mamai ni? Tak pergi kerja ke?" Soal Irshad, pelik.

Tut.. tut.. tut..

Panggilan dimatikan oleh Aliyah tanpa membalas soalan Irshad. Irshad berkerut dahi.

ALIYAH yang baru saja bangun dari tidurnya mula gelabah. Ini semua salah Hafiz! Kalau dia tak ajak aku pergi club semalam, tak adanya aku bangun lewat! Lantas dia berlari menyiapkan diri untuk ke kerja.

Masuk saja ke dalam kereta, Aliyah termenung seketika. Bukankah harini dia off day?

"Kau memang sial Irshad." Makinya geram sebelum kembali turun dan masuk ke dalam rumah. Telefon yang berbunyi dicapai.

Bangsad (Irshad)
+Kenapa matikan call?

You
+harini tak kerja.

Terus telefon miliknya dicampak jauh dari tempatnya duduk sekarang. Sangat malas untuk bangun dari menukar pakaian. Arghh! Kenapa malas itu wujud?

"Aku patut tidur je tadi tanpa hiraukan panggilan si bangsat tu." Kata Aliyah sambil berbaring diatas sofa miliknya diruang tamu itu.

Mata kembali dipejam. Namun tidak sempat dia terlelap, telefonnya berbunyi lagi. Aliyah mendengus geram sebelum mencapai telefon bimbit miliknya.

04 | Secret Mama (hold on)Where stories live. Discover now