SECRET MAMA | D U A P U L U H S A T U

123 25 3
                                    

SECRET MAMA
[5/7/2005]

"FAHIM!"

Jelas suara kanak-kanak memanggil membuatkan Irshad Fahim menoleh. Bibir mengukir senyuman lebar melihat seorang kanak-kanak perempuan sedang menghampiri dirinya.

"Nurfa, lama tak jumpa, hehe.." gadis itu mengambil tempat disebelah Irshad yang sedang duduk dibangku taman.

"Aik? Bukan tak boleh keluar ke?" Soal Nurfa, hairan. Serasanya, kawannya itu tidak boleh keluar dari rumah pengasuh yang menjaganya. Tiba-tiba harini terpacak ditaman.

"Aku lari," jawab Irshad bersama senyuman. Tangan menyeluk poket baju miliknya sebelum tangannya mengeluarkan sesuatu.

"Pusing belakang jap," Nurfa berkerut dahi namun turutkan saja arahan kawan baiknya itu.

Irshad terus saja mencapai rambut panjang gadis itu sebelum dia mengikat rambut lurus itu menggunakan getah yang diambil dari poket bajunya tadi. Getah bentuk rama-rama itu akhirnya tersangkut kemas dirambut kawannya itu.

"Jangan hilangkan tau!"

"Wahhh! Cantiknya! Errr, saya suka! Saya suka!" Melompat-lompat Nurfa akibat teruja. Irshad tersenyum.

"Arghh!" Senyuman Irshad mati apabila Nurfa terjatuh akibat tersalah pijak ketika melompat suka tadi.

"Woi!" Jeritan orang dewasa itu menyentakkan Irshad. Irshad menoleh kearah seorang lelaki yang mungkin adalah bapa kepada kawan baiknya itu.

"Err.. Nur.. Nurfa.." bahu gadis itu berdarah. Mungkin tercalar akibat terseret dari batu tersebut.

Lantas Nurfa dibawa pergi oleh lelaki dewasa itu meninggalkan Irshad sendirian disitu. Nafas Irshad menjadi tak keruan. Perasaan takut menguasai diri.

CERITA 15 tahun lepas kembali menjengah memorinya. Irshad mengeluh seraya menggenggam tangan Aliyah yang sedang duduk diatas pelamin sebelahnya.

Aliyah yang sedang tersenyum apabila photographer tidak habis-habis mengambil gambarnya itu tersentak apabila tangan sejuk Irshad menyentuh kulitnya. Lantas dia menoleh kearah suami disebelahnya.

Wajah lelaki itu sudah berubah riak. Nafasnya kelihat sukar dari biasa. Aliyah tahu, panic attack lelaki itu datang disaat lelaki itu memikirkan sesuatu.

"Can stop take our picture please? Kan dah ambil gambar dekat luar tadi. Please give our some space," ujar Aliyah pada photographer tersebut. Mereka mengangguk mengerti sebelum berlalu pergi untuk mengambil gambar hall, dewan makan, dan lain-lain.

"Irshad, are you okey?" Soal Aliyah dengan nada risau. Irshad mengangguk payah dengan nafas yang tidak teratur. Tangannya menggigil.

"Irshad.. calm down.. okey? Rileks.. tarik nafas.." pujuk Aliyah seraya mengusap lengan kekar suaminya itu.

"Dada aku.. sakit.. tak boleh.. nafas.." rintih Irshad dengan air mata yang tertahan. Aliyah menarik kepala Irshad untuk menyandar ke bahunya sambil tangan memeluk belakang badan lelaki itu.

"Tarik nafas sayang.. cuba rileks.. okey?" Pujuk Aliyah lagi. Mata melilar memandang sekeliling mencari kelibat Ezz Qashaf.

Kedebuk!

"Irshad!" Terjerit kecil Aliyah apabila suaminya itu jatuh terbaring di atas lantai. Serta-merta suasana yang tadinya meriah menjadi sepi untuk beberapa saat sebelum menjadi riuh kembali. Namun bukan riuh dengan keseronokkan melainkan riuh kerana panik.

"Dia kenapa tu?"

"Pengantin lelaki tu okey tak?"

"Nak call ambulans?"

04 | Secret Mama (hold on)Where stories live. Discover now