SECRET MAMA | T I G A B E L A S

101 24 6
                                    

SECRET MAMA
[5/6/2005]

FARAH yang sudah siap dimandi itu di letakkan di atas katil miliknya. Aliyah mengikat rambutnya cara pony agar memudahkan kerjanya.

Aliyah? Bagaimana si kecil itu boleh ada di rumah gadis ini? Semuanya kerana dia memenangi taruhan semalam bersama si bapak budak ni.

Irshad pulang dari bersiar-siar bersama Farah di taman.

"Bro, awek mung datang." Irshad menoleh kearah Azyiel yang berada di ruang tamu. Kening di jungkit.

"Dia kat dapur." Farah dihulurkan pada Azyiel sebelum dia berlalu pergi ke dapur.

"Aliyah Nur Farahin! What are you doing here? Tak malu ke datang rumah lelaki?" Soal Irshad, dingin dan bengang.

Aliyah yang sedang menyuci piring di dalam sinki itu menoleh.

"I datang nak ambil Farah. I dapat cuti tiga hari." Mintanya selamba.

"Kau fikir aku akan bagi ke? Kau siapa nak ambil Farah?" Soal Irshad menayangkan wajah jengkel

"Ada nampak macam I kisah ke? I nak Farah!" Irshad mengajuk kata-kata Aliyah seraya melangkah pergi dari dapur itu meninggalkan Aliyah.

"Irshad!" Aliyah mengejar Irshad. Azyiel yang berada di ruang tamu itu hanya memandang kearah Aliyah yang sedang menaiki tangga mengejar langkah besar Irshad.

"Irshad!" Lengan Irshad ditarik kasar. Irshad menoleh sebelum menarik tangannya kembali.

"Bolehlah, I duduk sorang. Nak juga ada kawan. Boleh main dengan Farah." Irshad merengus. Mata memandang sekilas kearah pintu bilik yang sudah lama tidak dibuka kerana kunci sudah hilang. Lantas dia mendapatkan idea.

"Kalau kau dapat buka pintu yang berkunci tanpa menggunakan apa-apa termasuk kunci, aku akan serahkan jagaan Farah dekat kau."

Sengaja Irshad mencabar Aliyah dengan cabaran yang sedikit memerlukan tenaga agak gadis itu tidak dapat jagaaan Farah.

Aliyah senyum sinis. "Apa? Apa? Gimana? Gimana?"

Klak!

Dengan sekali tolakkan, pintu yang tadinya berkunci itu sudah terbuka luas. Aliyah tersenyum sinis manakala Irshad terkaku.

Lantas dia menepuk dahinya sendiri apabila teringatkan bahawa gadis itu seorang polis. Sudah tentu-tentu dia pakar bab-bab begini.

"Okey fine! Ambil Farah dekat Azyiel,"

Pipi Farah dicium bertalu-talu akibat kegeraman. Terkekek-kekek si kecil itu ketawa suka.

"Hmmm! Wanginya anak mama ni!" Farah di dukung dan dibawa turun ke bawah. Telefon bimbit dicapai sebelum dia membuka whatsapp.

Berkerut dahinya membaca mesej Irshad.

_______________________________________

Irshad Bangsat

+Kau tak pergi kem dengan Iman ke wey

You

-tak. Tu lelaki je. Perempuan nanti.

+ok

_______________________________________

Aliyah lantas menutup telefon miliknya tanpa membalas mesej Irshad. Dia kemudian sibuk mengemas rumah manakala Farah bermain dengan mainan miliknya di dalam satu cage.

04 | Secret Mama (hold on)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora