SECRET MAMA | S E M B I L A N B E L A S

95 17 3
                                    

SECRET MAMA
[15/6/2005]

MATA yang terasa berat itu cuba ditahan daripada tertidur. Tersenguk-senguk kepala Irshad menahan ngantuk yang hampir menguasai dirinya. Jam ditangan dipandang sekilas. Pukul 3 pagi weyy.

"Nurse memang buat kerja membabi buta ke apa? Tak nampak ke pesakit punyalah ramai macam nak mati, mana dokter dengan nurse ramai-ramai?" Bebel Irshad setelah hampir 3 jam dia menunggu gilirannya dipanggil.

Dia pergi ke hospital pada pagi buta ini kerana anaknya yang tiba-tiba saja demam panas. Alang-alang tu dia ingin menjemput Iman pulang ke rumah setelah beberapa hari merempat dekat hospital ni. Patutnya dia dah boleh balik semalam, tapi dia amat malas ingin menjemput adiknya itu pulang kerumah. Maka, bermalamlah jejaka itu di hospital.

"Kenapa masa-masa macam nilah, Ezz kena austation?" Bebel Irshad lagi, geram. Ezz terpaksa menyelesaikan kerjanya di Bali dua hari yang lepas dan akan pulang pada dua hari ke depannya. Manakala Azyiel pula harus menguruskan cawangan hotel terbaru di negeri Sabah.

Aydhan pula entah hilang ke mana selepas membantu dirinya bertenang diruang tamu tempoh hari. Langsung tak ada jejak dimana dia menghilangkan diri.

Farah yang sudah berhenti merengek itu dipandang sebelum dia merasa suhu badan bayi tersebut. Dah tak panas seperti tadi. Suhunya kembali normal.

"Pergh! Tunggu dokter panggil, dari anak aku yang sakit ni pun dah sihat. Mampus kau oranglah yang tengah nazak tu, tinggal malaikat maut panggil je," bebel Irshad seraya membetulkan bag sandang yang berisi barangan Farah.

Gadis bertudung hijau tua yang berada disebelah Irshad itu tergelak kecil mendengar bebelan jejaka itu. Irshad menoleh apabila mendengar suara tawaan dari orang sebelahnya. Mata menjeling menyampah.

"Apahal kau gelak-gelak?" Soal Irshad, menyampah. Aamara berhenti ketawa sambil mengukir senyuman.

"Tak adalah, kelakar dengar apa yang awak kata tu. Betul lah, lambat betul nak dipanggil ni. Saya 4 jam dah tunggu. Tadi rasa macam nak mati, sekarang rasa okey pula," jawab Aamara, lembut.

"Hospital suasta pun boleh ramai macam ni eh?" Soal Aamara apabila tiada balasan dari Irshad. Irshad menjungkit bahu.

"By the way, comelnya anak awak. Mana ibu dia?" Soal Aamara sambil mencuit sedikit pipi tembam Farah.

"Non of your busisness," jawab Irshad, dingin. Dia rasakan gadis disebelahnya ini hanya ingin mengambil perhatiannya. Menyampah.

"Nama saya Aamara Suraya. Panggil je Mara." Irshad menjulingkan matanya keatas sebelum dia sekali lagi memeriksa suhu Farah. Setelah memastikan anaknya itu baik-baik saja, lantas Irshad bangun dan berlalu pergi meninngalkan Aamara.

Aamara hanya memandang sosok tubuh Irshad yang berlalu pergi itu dengan ekor mata. Senyuman yang tadinya menghiasi bibirnya perlahan-lahan pudar.

"Saya nak tengok anak saya je, tak boleh ke?" Soalnya sendiri. Perasaan sebak dipendam. Namun dalam masa yang sama dia gembira melihat bayi tersebut hidup dibawah jagaan orang yang baik-baik saja.

Pintu bilik wad Iman dirempuh kasar. Tidak sedar diri bahawa dia sedang mendukung bayi. Dasar kagak guna.

Iman yang sedang tertidur itu dipandang sekilas sebelum dia menyentuh dahi adiknya itu bagi memeriksa suhunya agar kekal normal. Tak panas, tak sejuk. Okey dah boleh heret dia buat kerja.

Lantas punggung dilabuhkan diatas kerusi bersebelahan dengan katil hospital sebelum dia merenung kearah wajah Farah. Bayangannya kembali terlintas pada gadis yang menegurnya tadi.

"Nama saya Aamara Suraya. Panggil je Mara."

"Mara.." ucapnya sendiri. Dia seakan pernah dengar nama tu. Dimana ya?

04 | Secret Mama (hold on)Where stories live. Discover now