SECRET MAMA | S E P U L U H

116 23 14
                                    

SECRET MAMA
[31/5/2005]

ALIYAH berlari masuk ke dalam hospital setelah mendapat panggilan dari Irshad bahawa Farah terpaksa ditahan ke wad sementara waktu.

"Irshad!" Irshad yang sedang duduk menunggu dihadapan kaunter di lobi hospital itu menoleh kearah suara yang memanggilnya. Irshad menjungkit kening memandang wajah Aliyah.

"Apa?"

"Farah macam mana? Dia okey? Apa musuh awak buat kat dia? Ada apa-apa kecederaan serius ke? Dia dah makan? Apa jadi dekat sana malam tu? Awak—"

Tidak sempat Aliyah mengajukan soalan lagi Irshad terus menarik lengan Aliyah dan ditarik supaya duduk ke atas kerusi disebelahnya sebelum Irshad mengepung Aliyah menggunakan kedua tangannya ke dinding dibelakang lerusi. Wajah Irshad sengaja dirapatkan ke wajah Aliyah.

Aliyah terdiam sambil merenung ke dalam mata Irshad dengan pandangan terkedu dan terkejut. Wajah mereka amat dekat sekarang sehingga membuatkan jantung ke dua orang manusia itu berdetak hebat.

"Maaf, encik tapi—"

"She is my wife," pintas Irshad tanpa mengalihkan pandangan walau seinchi pun supaya nurse yang menegur mereka itu pergi tanpa wak sangka. Nurse itu mengangguk mengerti seraya melangkah pergi.

Mendengarkan kata-kata Irshad itu membuatkan wajah Aliyah diserbu darah merah. Anak matanya dilarikan dari terus merenung wajah Irshad.

"M-macam mana dengan Farah?" Soal Aliyah, gugup. Irshad sengaja menjungkit bahu sambil merenung wajah Aliyah dengan teliti. Dia seakan pernah lihat wajah ini, di mana ya?

"Kita.. pernah jumpa ke?" Soal Irshad, tiba-tiba. Aliyah berkerut dahi.

"Hari-hari kita jumpa, kan?" Soalnya blur. Irshad menggeleng.

"I mean before this,"

Aliyah cuba berfikir sejenak. Ada ke? Rasanya pertemuan kali pertama mereka adalah di balai polis sebelumnya pula tak ada. Ke dia yang lupa?

"Tak adalah weyy, I rasa first meet kita waktu kat balai tu aje," jawab Aliyah, jujur. Sudah habis dia mengkerah otaknya untuk mengingati wajah Irshad sebelum perjumpaan kali pertama. Tapi langsung tiada. Maksudnya dia dan Irshad tidak pernah bertemu.

Irshad menjauhkan badannya dengan Aliyah. Dia membetulkan duduknya supaya lebih selesa. Kembali memandang wajah polos Aliyah.

"Muka kau macam someone. Tapi aku tak ingat siapa." Irshad memicit dahinya sendiri. Aliyah menjungkit bahu.

"Macam mana keadaan Farah? Teruk ke?"

"Okey jelah budak tu. Cumanya tekak dia luka sikit je sebab banyak meraung." Jawab Irshad, malas.

"Lah? Kata teruk sampai ditahan wad?" Aliyah berkerut dahi. Kalau dia tahu semuanya baik-baik saja, lebih baik dia tak payah bersusah payah berkejar ke sini.

Mendengarkan soalan Aliyah, Irshad segera meraba poket seluarnya mencari telefon bimbit miliknya. Tiada.

"Shit!" Irshad bangun dari duduknya dan berlalu pergi. Aliyah juga bangun dan mengikuti langkah Irshad dengan tertanya-tanya.

Bam!

Irshad menghentak meja makan dikantin hospital itu dengan kuat dan selamba. Hampir semua yang berada di kantin itu menoleh kearah meja makan mereka. Farah yang tadinya tertidur pulas di dukungan Azyiel juga terkejut dan kembali menangis dengan suara yang serak.

"Eh bodoh! Dahlah budak ni sakit tekak!" Sembur Aliyah seraya mengambil Farah yang sudah menangis itu. Segera dia kembali menidurkan kanak-kanak itu.

"Mana telefon aku?" Soal Irshad, tenang. Azyiel menjungkit bahu.

04 | Secret Mama (hold on)Where stories live. Discover now