SECRET MAMA | L I M A

144 29 17
                                    

SECRET MAMA
[25/5/2005]

"ANYONE nampak bag kerja I kat sini tak?" Soal Aliyah setelah beberapa minit mencari bag kerja yang dibawa bersamanya tadi. Setelah beberapa hari melakukan siasatan, akhirnya dia menjumpai beberapa bukti.

"Where do you put it?" Soal Hafiz yang berada dihadapan komputer. Sekilas dia menoleh kearah Aliyah.

"Atas meja ni," jawab Aliyah. Hafiz menjungkit bahu tanda tidak tahu. Aliyah meranas rambutnya geram. Sudahlah perakam suara, bukti dan lain-lain berada di dalam bag itu.

Iman hanya memerhati dari jauh melihat Aliyah yang kehulur-kehilir mencari bukti tersebut. Dari awal hingga sekarang, hanya Aliyah mencari bukti, melakukan siasatan dan tugas-tugas lain. Sedangkan dirinya cuba menghilangkan bukti.

"Maaf Farahin," ucap Iman sebelum dia membawa bag yang berisi bahan bukti itu ke dalam kereta miliknya.

Masuk saja ke dalam rumah, terlihat Irshad yang sedang menyusuhkan Farah di sofa ruang tamu sambil menonton tv.

Pak!

"Ni bahan bukti tu, buatlah apa kau nak buat," bag diletakkan diatas meja ruang tamu. Setelah itu, dia terus saja bergerak ingin melangkah pergi.

"Iman, kau marah aku ke?" Soal Irshad, tiba-tiba.

"Kenapa?" Soal Iman.

"Pasal haritu. Aku gurau ajelah, jangan serius sangat," kata Irshad, tenang. Farah di dalam gendongan dilihat.

Iman berkerut dahi. "Yang mana satu ni?" Soalnya tak faham.

'Banyak sangat kata-kata kau yang buat aku takut. Mana satu yang kau maksudkan ni?' Soalnya dalam hati.

"Yang pasal bunuh kau tu. Aku gurau aje, takkannnlah aku nak bunuh adik aku, kan?" Irshad merenung Iman yang mahu melangkah naik itu. Bibir mengukir senyuman mengejek. Lebih kepada sinis sebenarnya.

Iman diam. Tanpa berkata apa dia terus saja melangkah naik ke atas. Tak habis-habis nak sakitkan hati aku.

Ieshad hanya tertawa sinis melihat bayangan Iman yang kian menghilang. Puas hati dapat menyakitkan hati jejaka itu. Farah yang tiba-tiba merengek itu dilihat.

"Kalau tak susu nak apa ni? Tidur? Ke eyak?" Terus saja Farah dibawa ke bilik air setelah yakin bahawa bayi tersebut baru saja melepaskan hajat.

Ralit dirinya membasuh pinggul kanak-kanak tersebut tanpa sedar beberapa orang musuhnya pecah masuk ke dalam rumahnya.

ALIYAH mendengus kesal setelah melihat CCTV di balai polis tersebut. Rambut panjangnya diraup kebelakang. Tidak sangka jejaka itu melakukan begini.

"Tahulah tu abang kau, tapi tak payahlah nak backup sangat orang yang terang-terang bersalah," bebel Aliyah sambil memandu kereta menuju ke rumah Irshad.

Sesampainya dia di kawasan perumahan orang kaya itu, Aliyah menghentikan keretanya dihadapan sebuah rumah yang paling menyerlah dikawasan situ. Seketika dahinya berkerut.

Mata memerhati sekeliling kawasan perumahan tersebut. Sunyi sepi. Lantas kaki dibawa untuk masuk ke dalam rumah tersebut.

Ding! Dong!

Beberapa orang berpakaian serba hitam yang sedang bersembunyi disetiap penjuru rumah itu tersentak. Irshad yang baru saja selesai memakaikan Farah pakaian juga turut tersentak.

Farah dibawa bersama untuk membuka pintu rumah. Belum sempat dia melakukan apa-apa, lehernya dijerut dari belakang menggunakan seutas tali.

"Kau siapa?!" Jerkah Irshad pada manusia yang menjerut lehernya. Disebabkan Farah bersamanya, dia tidak mampu melakukan apa-apa.

04 | Secret Mama (hold on)Where stories live. Discover now