SECRET MAMA | S E B E L A S

110 25 12
                                    

SECRET MAMA
[1/6/2005]

TUAN Putera Irshad Fahim menyiapkan dirinya untuk pergi ke kerja. Tie dibetulkan sedikit bagi mengemaskan dirinya. Mata asik memandang dirinya melalui pantulan cermin.

Selesai membelek diri, Irshad terus berlalu pergi ke katil miliknya sebelum Farah yang juga sudah bersiap itu di ambil.

"Hehehe, today Farah akan ikut kerja dengan papa, okey?" Pipi Farah diciumnya bertalu-talu.

Bag sandang bentuk unicorn dicapai bersama briefcase miliknya dan terus berlalu keluar dari bilik tidurnya.

"Yo! Kau unicorn bagai ni nak terbang ke mana weyy?" Soal Aydhan yang berada diruang tamu.

"Terbang ke tempat kerja. Bukan macam orang tu tahu menganggur je." Jawab Irshad penuh sindiran. Aydhan menjegilkan matanya menyampah.

"Kau betul ke nak bawa Farah tu? Tak nak aku jaga?" Soal Aydhan inginkan kepastian.

"Aku boleh jaga, lagipun kalau kau yang jaga entah apa-apa dibuatnya dekat anak aku." Jawab Irshad sambil memakai kasut dengan sebelah tangan dek kerana sebelah lagi sedang mendukung Farah.

"Hmph! Tak caye sangat.." ujar Aydhan, malas. Irshad hanya memekakkan telinganya saja.

Irshad terus melangkah masuk ke dalam kereta miliknya setelah meletakkan Farah di carseat. Kereta audi yang dipandu olehnya mula bergerak laju ke jalan raya meninggalkan kawasan perumahan tersebut.

ALIYAH hanya berpura-pura tidak mengerti ketika rakan-rakan sekerjanya berbual tentang kejadian dua hari lepas.

"Itulah, bukan ke tu kes bunuh? Kenapa pihak atasan tak masuk campur?" Soal Puan Juliana pada rakannya, Zainab.

"Entahnya, aku rasakan, dia orang guna cable lah supaya tak kena tangkap." Balas Zainab. Juliana mengangguk setuju.

Aliyah yang dengarkan itu tersentap. Memang guna cable pun.

"Aliyah.." Aliyah yang sedang membuat kerja di komputer itu menoleh kearah Hafiz.

"Benda kau?"

"Tak payah pura-pura lah weh, kau fikir aku tak tahu kau yang tutup kes dua hari lepas tu?" Soal Hafiz, sinis dalam nada yang berbisik.

"Apa kau merepek ni? Sanalah! Aku sibuk!"

"Sibuk apanya? Kau tengah main judi! Kau tunggu aku bagitahu ketua!"

Aliyah lantas menutup game judi sebelum digantikan dengan Microsoft word.

"Bukan judi, saja-saja je. Tak dapat duit pun," jawab Aliyah, mendatar. Hafiz senyum sinis.

"Sebab dah dapat duit dari ketua Danger Black, kan?"

"Mana ada!"

"Iyalah tu.."

"Apa bising ni?" Soal Harith yang baru saja masuk ke dalam balai tersebut.

"Dia ambil sogokkan weyy," adu Hafiz. Aliyah membesarkan mata.

"Apa kau ni sial!"

"Benda betul, kan?

"Mana ada!"

"Betul!"

"Tak!"

"Be—"

"Eh, bila kau sampai Iman? Bukan kau cuti lagi ke?" Soal Puan Zainab sekaligus mengalihkan perhatian ketiga orang manusia itu.

"Saya cuti sakit je, kak. Bukan cuti mati." Jawab Iman, acuh tak acuh.

"Eh, kau tahu tak pasal kes mayat dua hari lepas dekat jalan Cahaya?" Soal Puan Juliana ingin mengorek rahsia.

04 | Secret Mama (hold on)Where stories live. Discover now