A Dan Z : -earlord-

28 2 0
                                    

Berikut merupakan karya pemenang Prompt 1 FanFiksyenMY, -earlord-, A Dan Z.

Berikut merupakan karya pemenang Prompt 1 FanFiksyenMY, -earlord-, A Dan Z

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Adakah mereka kembar atau pelanduk dua serupa atau ... itu memang dia?

"Hello?"

Penghantar makanan itu melambai tangannya di hadapan ku yang masih berdiri kaku di pintu.

"Are you Zach Herron? Why Don't We?"

"I've been caught?"

Penghantar makanan itu menggaru belakang tengkuknya. Tak mungkin! Aku terpaku.

"What? It's real!" Aku menekup mulut aku tidak percaya dengan apa yang terjadi di hadapan aku kini.

Zach Herron hanya menayangkan senyuman kacaknya yang mampu membuatkan aku angau mungkin berpanjangan untuk beberapa minggu akan datang!

"Hai, I'm Zach Herron. What is your name? Are you a student or an employee?" tangan dihulurkan dan aku sambut dengan gementar.

"I'm Ara and I'm studying at university. Kenapa awak buat kerja penghantar makanan?" Laju laju aku membalas.

I'm the luckiest girl!

"Saya rasa awak tahu Herron Restoran milik keluarga saya bukan?"

"Erm, ya tapi ..."

Memang selalu aku berkunjung ke Herron Restoran ketika balik dari universiti ataupun hujung minggu untuk buat tugasan yang diberikan pensyarah bersama beberapa rakanku. Herron Restoran sudah beroperasi hampir tiga tahun dan pada tahun ketiga ini, baru mereka mulakan perkhidmatan penghantaran makanan untuk para pelanggan.

"Sesekali. Lagipun kami sedang hiatus untuk buat album baru. Saya tiada buat kerja sangat, jadi saya tolong keluarga saya."

"Awak sibuk ke sekarang? Awak ada nak hantar makanan orang lain?" soal aku. Takut juga kalau aku mengganggu kerjanya dengan temu ramah aku ini.

"Tidak. Oh ya, awak buat dua pesanan, ada sesiapa ke selain awak dalam rumah?"

"Saya ajak kawan teman makan sekali dengan saya, tapi dia tak dapat datang pula. Awak nak makan sekali dengan saya?"

Tak salah cuba nasib kan?

Zach Herron memberikan jawapan positif. Aku menyuruhnya menunggu di gazebo di halaman rumah sementara aku menyediakan hidangan ini ke pinggan serta membuat air.

Harap-harap tiada siapa ganggu 'dinner date' kami ini!

Aku pancung nanti!

Ketika aku hendak mengangkat dulang, tiba-tiba sahaja dia menahan tangan aku.

Oh my God! He touched my hand!

Nak luluh jantung aku. Berdegup bukan main lagi. Risau pula kalau dia dengar nanti.

"Biar saya angkat, awak bawa air," ujarnya lembut di telinga aku. Tuhan!

Ketika kami duduk di gazebo, aku dapat rasakan aura kejanggalan antara kami.

"Jemput ma ... makan," ujar aku perlahan.

Dia mengambil sudu dan garpu.

"Awak minat kumpulan kami?" Tiba-tiba sahaja dia menyerang dengan soalan itu.

"Ya, saya mula kenal kumpulan awak daripada lagu Free."

Dia memberikan senyuman kacaknya lagi. "Back then we only had just a few fans."

"I'm the one of them until now."

"So, antara kami awak minat siapa?"

"Awak! Walaupun awak muda empat tahun daripada saya."

"Seriously! I thought you were younger then me?"

"Hey, don't be silly."

Kami ketawa bersama dan meneruskan makan sambil berbual beberapa topik.

Langit kian gelap.

Aku memandangnya yang sedang mencuci pinggan manakala aku hanya memerhati dari kaunter pulau. Macam suami aku sahaja lagaknya.

Mak nak kahwin!

Sesudah itu, dia kena balik. Memang kena balik! Aku menghantar pemergiannya. Sempat kami berbalas pelukan dan mengambil gambar berdua.

Aku mahu ceritakan pada kawan aku!

I love you Zach Herron!

Antologi DudukRumah Bersama WattpadWhere stories live. Discover now