Nana : flizwn

23 1 0
                                    

Berikut merupakan karya pemenang Prompt 4 FanFiksyenMY, flizwn, Nana.

"Telah ku cuba memintal kasihmuBiar menjadi ikatan abadiNamun apa daya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Telah ku cuba memintal kasihmu
Biar menjadi ikatan abadi
Namun apa daya..."

Terbatuk Han apabila sampai ke nada yang tinggi. Pemain MP3 dimatikan. Kunci kereta dicapai.

"Malasnya!" Dia menjerit di pintu balkoni apartmen. Kalau bukan kerana bau enak dari rumah jiran sebelah menghantui deria baunya setiap kali waktu berbuka hampir menjelang, memang dia pesan makanan atas talian saja. Boleh meroyan dia dibuatnya.

Tapi ... kalau dia keluar beli lauk pun, dia bukannya pandai memasak. Han menepuk dahi berkali-kali. Kawan serumahnya pula sudah tiga hari bermalam di rumah emaknya. Untunglah senegeri dengan mak dalam waktu PKP ni.

"Hello, jiran! Nak ke mana tu?" Terdengar satu suara menegur dari balkoni apartmen sebelah.

Han menoleh. Rasanya jiran sebelah ni makcik yang dipanggil Maksu, tapi merdu pula suaranya.

Seketika dia bagai disumpah menjadi batu.

"Nana?" Spontan nama manja selebriti yang terkenal dengan senyuman manisnya terpacul di bibir.

"Saya baru masak puding roti untuk juadah berbuka. Nak rasa?"

Han tidak menjawab. Wanita yang dipanggil Nana itu ketawa lepas. Mengerti lelaki itu terkejut.

"Ya, saya Siti Nordiana. Yang hari-hari awak pasang lagu saya tu. Maksu saya selalu cerita pasal awak. Tak salah rasanya saya nak belanja awak makan, kan?"

Suara lunak Nana membawa dia kembali berpijak di alam nyata.

"Bukan awak tengah viral ke sebab hilangkan diri dari minggu lepas? Instagram awak pun tak ada update apa-apa." Gugup Han bertanya.

"Oh, yang tu ..." Wajah Nana berubah mendung. "Biasalah, kehidupan kan? Jadi, awak nak tak puding roti?"

Menyedari Nana mahu mengubah topik, Han pantas mengangguk.

"Sekejap eh!" Nana menghilang di balik pintu.

"Alamak!" Han menepuk dahi sekali lagi. Dia kurang gemar puding roti.

Ketika mereka bertukar bekas di antara pagar balkoni, Han termangu-mangu memikirkan apa yang hendak dibalasnya. Takkan nak pulangkan bekas kosong?

Malam itu ketika selesai tarawikh, dia diketawakan oleh Nana dan Maksunya gara-gara dia memulangkan berisi kopi 3-in-1.

"Bujang ..." Han memberi alasan.

Maksu membancuh kopi itu dan mereka duduk bersama di balkoni masing-masing, dipisahkan pagar sambil berbual menikmati angin malam.

"Ok tak puding tadi?" soal Nana.

"Sebenarnya saya alergik roti."

"Alergik roti?" Serentak Nana dan Maksu bersuara.

"Secara psikologi." Han tersengih. "Lagi-lagi roti hujung."

"Roti hujung ni, special. Jauh terpisah, lama-lama bertemu juga sebab orang makan yang tengahnya saja. Bak kata pepatah, kalau jodoh tak ke mana." Lain macam ulasan Maksu. Nana mencubit lengan Makciknya.

"Apapun, terima kasih," ucap Han.

"Hari-hari dengar awak pasang lagu saya. Bila dengar awak susah payah menyanyi, saya rasa saya patut hargai peminat macam awak ni."

"Eh, saya suka dengar sebab lagu-lagu awak mengingatkan zaman study dulu."

"Oh, ingatkan sebab awak minat saya." Nada suara Nana merendah.

"Eh, tapi saya memang minat awak!"

"Mana satulah budak ni." Maksu menggeleng.

Han ketap bibir. Kekok rasanya melepak dengan Nana yang biasa dilihat di kaca televisyen. Matanya menangkap renungan Nana sebelum mereka tertawa bersama.

Entah apa yang kelakarnya namun dia terasa bahagia. Biarpun dalam balkoni berbeza, seakan-akan mereka sedang berbual di sebuah meja sambil menikmati kopi yang sama, tanpa sempadan.

Antologi DudukRumah Bersama WattpadWhere stories live. Discover now