Sejiwa Naga : ninazfaa

24 3 0
                                    

Berikut merupakan karya pemenang Prompt 4 FantasiMY, ninazfaa, Sejiwa Naga.

Berikut merupakan karya pemenang Prompt 4 FantasiMY, ninazfaa, Sejiwa Naga

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

Bangun sahaja dari tidur, pandanganku disapa oleh pintu bilik. Namun, pintuku tidak terlihat seperti biasa. Cahaya yang seakan-akan aurora, kini menghiasi pintu tersebut.

Tombol pintu masih terlihat normal.

Berbekalkan harapan yang tinggi menggunung untuk bertemu Jun dan EiJun semula setelah tujuh bulan tidak bersua muka, aku memberanikan diri untuk memulas tombol tersebut.

Cahaya yang menyilaukan mata, terpapar sejurus pintu ... aku buka.

Lima saat kemudian, cahaya itu mulai memudar. Terlihat sebuah istana yang amat aku kenali.Aku menoleh ke belakang, memerhati sekeliling bilikku. Entah mengapa, perasaan sayu menyapa benakku.

Enggan melayan perasaan, aku pantas melangkah masuk ke 'dunia' yang amat aku rindui itu.Setelah aku melalui gerbang pintu, aku tiba sepenuhnya di dunia sana.

Tidak seperti dahulu, di badanku masih tersarung baju tidurku tadi.

Tiba-tiba, seekor naga yang sedang mengeluarkan api dari mulutnya, menyapa pandanganku.

***

Terlihat orang ramai berlarian, cuba menyelamatkan diri.

Apakah ini? Apa yang sedang terjadi?

Aku berlari apabila naga keluarkan lagi apinya. Bumbung istana sudah banyak yang terbakar. Para tentera terlihat sedang cuba memadamkan api yang marak membakar.

Tiba sahaja di pintu utama istana, mataku disapa oleh suami tercinta.

"Jun!" Aku berlari mendapatkannya.

Jun nyata terkejut dengan kehadiranku.

"Lashira ... kau ... pulang. EiJun ..." Wajah Jun terlihat amat risau.

"Kenapa dengan EiJun? Di mana putera kecilku?" aku menyoal, juga risau.

Mata Jun mengarah ke taman bunga.

Aku mengekori jejak matanya. Pandanganku disapa oleh seorang anak lelaki, berusia lebih kurang tujuh tahun.

"Kenapa dengan anak itu?" aku menyoal Jun.

"Itu ... anakmu ... anak kita ... EiJun."

Aku terpana mendengar kata-kata Jun.

"Dan naga yang sedang menyerang itu ... adalah soulmatenya."

Sekali lagi, aku terkejut mendengar penjelasan dari suamiku.

"Mengapa soulmatenya bertindak ganas?" Sedih menyapa hatiku. Apa yang telah terjadi pada puteraku?

"Kerana membesar tanpa kasih seorang ibu ... EiJun sering membentak. Soulmate naga ganas telah terhasil dari perasaan itu."

Hampir sahaja tubuhku longlai menyapa tanah. Namun, sempat ditangkap oleh Jun. Airmataku menitis tanpa dipinta. Aku cuba cekalkan hati, lantas mula melangkah bersama Jun ... mendekati EiJun.

Wajah anakku dipenuhi calar dan luka. Mukanya juga terlihat bengis menyinga.

"Pergi! Jangan ganggu aku! Pergi!" Dia memarahi dan menghalang pekerja istana dari mendekatinya.

Sakitnya hatiku tika ini.

Aku berlari, lantas memeluk EiJun.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku!" Dia meronta.

Namun, tidak aku endahkan. Aku terus memeluknya, erat.

Naga soulmate miliknya mengubah arah, mendekati kami berdua. Naga itu bersedia untuk menghamburkan api.

"Maafkan ibu! Ibu janji takkan pernah tinggalkan kamu lagi!" Berulang kali aku melafas.

EiJun mulai tenang, lalu jatuh pengsan. Tubuhnya rebah di pelukanku.

Setahun sudah berlalu. Baru kini terbongkar, kenapa aku mampu masuk ke 'dunia' Jun.Aku rupanya ialah kerabat diraja.

Aku ialah pewaris sebenar Kerajaan Lightellia. Aku dihantar ke dunia pendua, agar terselamat dari perang yang terjadi 20 tahun lalu.

Penjagaku, FeiYan yang telah mengirim buku kepadaku dahulu telah ditimpa kecelakaan, dan meninggal. Kerana itulah, aku tidak lagi menerima sebarang buku.

Portal yang membawa aku ke sini ialah hasil ciptaan anakku, EiJun. Hasratnya yang menebal ingin bertemuku, telah memungkinkan segala ini berlaku.

Impianku kini, ingin hidup bersama mereka ... hingga ke akhirnya.

Nama sebenarku ... Permaisuri XiaoSui.

Antologi DudukRumah Bersama WattpadOù les histoires vivent. Découvrez maintenant