Code 389NM : AuniMirza123

11 1 0
                                    

Berikut merupakan karya pemenang Prompt 2 FiksyenSainsMY, AuniMirza123, Code 389NM

Aku disuruh mengikut ketua doktor ke bilik mesyuarat untuk menyambut saintis tersohor itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku disuruh mengikut ketua doktor ke bilik mesyuarat untuk menyambut saintis tersohor itu. Jantungku berdegup kencang dan tanganku berpeluh. Adrenalin memuncak dan perutku memulas.

Sudah lama aku mahu bincang perkara ini, sejak 'doktor' itu muncul ...

"Haykall akan tinggalkan kau." Suara baritonnya bergema di ruangan makmal.

Lampu kecemasan bercahaya malap. Lelaki berkot itu tersenyum di sebalik bayang. Menutup separuh wajahnya.

"Elektrik terputus," tegasku, "... mesti angkara kau, kan?"

Dia tidak membalas, sebaliknya meletakkan beberapa buah botol kecil berlabel, bersama picagari di atas meja.

"Dua bahagian vaksin selsema, satu bahagian vaksin cacar ... " katanya, "... istimewa untuk kau. Campurkan, dan anak kau selamat."

Aku merenung botol-botol itu, curiga. Apabila aku menoleh, lelaki itu lesap.

"Haykall."

Aku merenung jasad kanak-kanak berumur sembilan tahun, terlantar di dalam bekas kaca.

Mirip keranda.

Kulitnya menggelupas, dan kedua-dua belah tangan dan kakinya kudung. Mulutnya tiada, kecuali garisan halus. Sebahagian rambutnya gugur.

Aku tersenyum, menahan air mata, "Haykall nak tengok kartun?"

Menyedihkan. Kami hanya dipisahkan dengan sebuah kaca tebal yang besar. Tetapi aku rasa tidak dapat membantunya langsung. Aku menekan punat alat kawalan.

"Virus JUR-793 semakin berleluasa. Sebanyak 10,398 orang telah meninggal dalam masa sebulan ..."

"... Dikatakan Profesor Hasif yang meninggal akibat letupan makmal sebenarnya diculik, dan dipaksa untuk ..."

Aku menukar saluran rancangan. Aku tahu Haykall boleh mendengar dengan bantuan speaker khas di dalam bekas itu.

"M-mak ... " suara Haykall bergetar, "... bila Haykall boleh sembuh? S-sakit ..."

Aku tidak memandangnya, mengetap mulut dengan kuat.

"Tidak apa," kataku lalu tersenyum. "Haykall tunggu sekejap sahaja lagi."

Sekurang-kurangnya mati menghilangkan sakitnya.

Aku menunduk, mengingat kata-kata rakan-rakanku. "Code; 389NM...? Strange.... Tag nama ni tak ada dalam senarai."

"Vak-vaksin ini ... macam ... ada seseorang ma-masukkan alat kawalan da-dalam ba-bakteria atau virus ... ini ..."

Bim! Bim! Bim!

Aku tersentak. Siren kecemasan pesakit berbunyi.

Jantungku hancur apabila melihat Haykall mula memucat. Nafasnya tidak normal dan mulutnya ternganga seperti ikan, mencari oksigen. Tanda terakhir; diserang sesak nafas dan mati.

Aku menekan butang merah di monitor tersedia. Selepas beberapa ketika, para doktor dan jururawat muncul.

Mereka sudah menyarung penutup mulut, sarung tangan dan pakaian berlapiskan plastik kebiruan. Aku mesti buat sesuatu ...

Bum!

Doktor dan para jururawat tersentak apabila aku merempuh masuk bersama pakaian keselamatan.

"Ke tepi," tegasku.

Aku melangkah ke arah Haykall lalu menyuntiknya dengan vaksin yang masih diuji itu. Tiba-tiba, Haykall menggigil dan tubuhnya tersentak-sentak. Haykall seakan mahu menjerit dan air matanya mengalir deras.

Semua yang ada terbeliak.

Doktor Rashid bersuara, "Doktor! Apa maksud semua ini?"

Beliau dan jururawat yang lain meluru ke arah Haykall. Bekas kaca itu bergoyang. Urat-urat mula kelihatan di wajah kanak-kanak itu.

Tiba-tiba, Haykall senyap.

"Bip ..." Mesin berbunyi. "Bip ... Bip ... Bip ..."

Pernafasan Haykall mulai normal. Matanya perlahan-lahan terpejam dan badannya berhenti menggigil.

Doktor dan para jururawat menghela nafas lega, termasuklah aku.

Syukurlah... Haykall selamat.

Suara rakanku bergema lagi. "Vak-vaksin ini kuat. Badan ki-kita perlukan m-masa dan ..."

Menyakitkan.

Aku teringatkan surat yang dihantar kepadaku sejam yang lalu.

Sayang, maaf... Haykall tidak patut terseksa sebab abang.

Antologi DudukRumah Bersama WattpadWhere stories live. Discover now