Wabak 200 Tahun : SuriMawarneKaidar

9 0 0
                                    

Berikut merupakan karya pemenang Prompt 1 FiksyenSainsMY, SuriMawarneKaidar, Wabak 200 Tahun.

Berikut merupakan karya pemenang Prompt 1 FiksyenSainsMY, SuriMawarneKaidar, Wabak 200 Tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terkedip-kedip mata Adelia. Dia pasti dia bukan berada di biliknya sendiri. "Aku di mana?" Adelia terus terduduk. Bilik berdinding batu itu kelihatan suram dan gelap. Katilnya dilapisi jerami dan ditutup dengan kain guni kasar, namun cukup untuk memberikan sedikit haba. "Doktor Parker, doktor sudah bangun? Doktor Harvey mahu doktor temaninya bersarapan.""Sebentar. Saya mahu bersiap." Entah bagaimana, automatik Adelia menjawab. Siapa Dr Parker?Adelia bingkas bangun, mengemaskan katil seadanya. Dia segera mengelap muka dengan sehelai sapu tangan yang ditemui di dalam poket dan segera bergerak ke ruang makan. Dr Harvey telah sedia menunggu di situ."Selamat pagi doktor."Dr Harvey mengangkat kepala dan mengerutkan dahi. "Wah, kau bangun dalam keadaan waras? Tidak mabuk seperti selalu?" Lelaki tua itu ketawa terbahak-bahak sehingga bergoyang perutnya. Adelia mengambil tempat. Pembantu rumah segera menghidangkan roti keras dan secawan arak. Ah, memang minuman ruji dunia itukah?Akhirnya Adelia hanya menjamah roti yang sangat keras, tanpa minum setitik pun air. Melalui perbincangan dengan doktor tua itu, Adelia faham bahawa dia berada di Eropah, pada tahun 1300 yang sedang dilanda wabak.

Antologi DudukRumah Bersama WattpadWhere stories live. Discover now