Dia Notice_me : flizwn

26 2 1
                                    

Berikut merupakan karya pemenang Prompt 4 RomantikaMY, flizwn , Dia Notice_me.

Namun sebelum anda membacanya, kami ingin mengajak anda ke sini, sana dan situ dahulu untuk mengikuti kisah Cik Mangkuk Tingkat ini dari awal. 

Aku berlari anak mengejar si kembar Hannan dan Hani yang masih bertatih belajar berjalan di atas pepasir halus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku berlari anak mengejar si kembar Hannan dan Hani yang masih bertatih belajar berjalan di atas pepasir halus.

"Jom ambil gambar!" Dia mendekatiku, menarik Hannan dan Hani ke dalam dukungannya dengan mudah dan duduk di atas batuan besar di tepi pantai. Melihat si kembar ketawa bila diagah-agah oleh dia, hatiku terasa bahagia.

Zahirah menghampiri kami sambil membawa kamera di tangan.

Klik!

"Pandai kau ambil gambar!" puji Zahirah sambil menatap skrin digital pada kamera. Si kembar yang masih dalam dukungan dia pun sibuk menarik-narik kamera.

Aku memandang keluarga kecil di hadapanku.

Siapa sangka Zahirah akan berjodoh dengan Akram si kawan Encik Notice_me sedangkan aku masih single but not available.

Aku tinggalkan mereka, menelusuri tepian pantai. Kenangan 2 tahun lalu menggamit memori.

Apabila Encik Notice_me ataupun Hazim namanya, sudah mula stabil di dalam wad, kata Akram, Hazim tidak memberi jawapan tentang soalanku. Entah kerana aku salah bertindak atau mungkin Hazim tidak berniat serius dalam hubungan kami, aku tak pasti.

Kini aku berpindah ke Sarawak atas permintaan ayah yang bimbangkan aku.

"Aryana, mana kau?" soal Zahirah di hujung talian.

"Sorry, aku balik dulu. Jumpa di rumah," pesanku. Zahirah dan Akram datang menziarahiku semalam dan menumpang tidur di rumah ibu ayahku.

"Hah, balik? Ayang, dia balik rumah!" Terdengar suara Zahirah memberitahu suaminya.

Aku matikan panggilan sebelum ketawa sendiri. Aku janji nak belanja mereka minum petang tadi tapi tak bersemangat pula rasanya. Melihat Akram mengingatkan aku pada kenangan lama.

"Assalamualai..." Aku terpaku di depan pintu rumah.

Suara ayah memanggil aku tidak kedengaran lagi. Dia yang sedang duduk di sofa membuatkan aku tergamam.

Encik Notice_me!

Rasa nak marah bila tahu mereka berpakat mengenakan aku. Hazim datang sekali dengan Akram dan Zahirah dan ayah pun tahu tentang itu!

Hai, Cik Mangkuk," tegurnya bila ayah beri ruang kami bersembang.

Ah, pastinya dia ingat tentang hal itu. Aku mendiamkan diri, sengaja menderanya. Sakit hati dipermainkan begini.

"Saya minta maaf sebab tak beri jawapan. Sebab waktu tu saya sendiri putus asa untuk hidup. Tapi ayah awak hubungi saya melalui Zahirah. Sebab itulah Zahirah dan Akram boleh berjodoh. Mereka selalu bertemu."

Aku jeling Zahirah yang baru tiba, tersengih duduk di sebelahku.

"Ayah awak banyak beri sokongan moral untuk jalani rawatan. Bukan kerana awak, tapi kerana tanggungjawab. Saya makin sembuh cuma maaf sebab ambil masa yang lama untuk sampai di sini. Saya kena stabilkan hidup saya dan adik-adik saya. Saya tak boleh terburu-buru menerima awak sebagai tanggungjawab saya."

Merah padam wajahku menahan malu bila dia kata begitu. Rasa macam perigi cari timba saja.

Tapi betul juga katanya. Ramai yang terjejas kerana kejatuhan ekonomi akibat serangan virus itu.

"Bila dah 2 tahun awak masih begini, saya putuskan untuk datang meminang awak. Jadi, di sinilah saya hari ini."

Aku pandang anak matanya. Tanpa sedar, aku teresak sendiri. Zahirah memelukku erat.

"Abang, anak kita menangis!" Terdengar suara mak di balik langsir.

Cis, mengintai!

"Setujulah tu..." Ayah tersenyum simpul sambil menepuk bahu Hazim.

"Lama sungguh si mangkuk nak bertemu tingkatnya."

Kami ketawa bersama mendengar ulasan Akram.

Finally, we are here... forever.

Antologi DudukRumah Bersama WattpadWhere stories live. Discover now