Lepaskan Kamu : Eyra_Shazleyra

17 2 0
                                    

Berikut merupakan karya pemenang Prompt 3 FantasiMYEyra_Shazleyra, Lepaskan Kamu.

Berikut merupakan karya pemenang Prompt 3 FantasiMY, Eyra_Shazleyra, Lepaskan Kamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alangkah ... bosannya hidup ini.

Walaupun aku memang sekolah setakat SPM, kemudian menjadi pembantu tok yang berjualan kuih, tapi hidup dalam keadaan sekarang - tidur, bangun, makan - memang terasa membosankan.

Mata memang malas mahu dibuka. Satu makhluk tiba-tiba muncul pada pandangan. Aku kelipkan mata berkali untuk menghadam sebelum tersentak. Spontan tubuh terbangkit dari baringan sebelum terjun dari katil lalu bersembunyi.

Makhluk apakah itu? Sejak bila ada di sini? Kepalaku berpaling ke muka pintu bilik mahu memanggil kakak. Tapi satu suara yang tiba tiba kedengaran menambah kejutan.

GNOME : Beauty. Jangan takut. Ini aku.

AKU : Aku? Siapa? Eh! Macamana kau boleh bercakap?

GNOME : Ini aku Beauty. Xander.

AKU : Xander?

Gnome batuan itu tersenyum sebelum mengangguk. Aku teragak menghampiri dengan selimut yang membalut diri.

AKU : Apa awak buat kat sini? Eh! Tak. Macamana awak boleh jadi makhluk ... batuan ni? Awak kena sumpah lagi?

Gnome kedengaran tertawa. Lebih tepat, suara garau Xander yang kedengaran.

Oh! Husky!

AKU : Awak buat apa kat sini? Macamana awak boleh datang sini?

GNOME : Dengan bantuan White Witch.

AKU : Pula? (Biji mata aku naik ke atas)

GNOME : Beauty, kenapa kau tinggalkan aku?

AKU : Tinggalkan awak? Err...

Aku terimbas kisah lalu. Saat pancaran cahaya yang membiaskan wajah sebenar Xander. Bila ia menghilang, 'beast' sedang mengalami perubahan bentuk secara langsung di depan semua. Tapi saat aku mengerdipkan mata, diri sudah kembali ke ruang ini. Bilik ini.

GNOME : Puas aku mencari kau, Beauty. Ke sana ke mari.

AKU : Untuk apa, Xander? Kita ... tak mungkin dapat bersama.

GNOME : Tak sudikah kau menjadi permaisuriku, Beauty? Bersama menaiki takhta kerajaan yang bakal dilepaskan King Stevan.

AKU : Saya ... tak layak, Xander. Tak layak untuk menjadi permaisuri tu semua. Nak memerintah kerajaan? Saya sekolah setakat SPM aje.

GNOME : Sekolah? Apakah itu?

AKU : Sekolah. Macam Wizard School.

Gnome terdiam seperti menghadam.

GNOME : Tak ada yang lain mampu menjadi pendampingku, Beauty. Hanya kau seorang. Hanya kau yang tak pernah gentar mengadap 'beast' yang menakutkan.

AKU : Xander ... kita ...

GNOME : Ikut aku, Beauty.

Gnome mencapai tanganku. Gara-gara terkejut, aku tersentap lengan kuat sehingga dia tumbang ke belakang. Terkial-kial kedua kaki dan tangannya mahu bangkit kembali.

Segera aku membantu. Tapi sempat juga tertawa. Comel!

AKU : Maafkan saya, Xander. Saya tak sengaja.

GNOME : Aku ... mencintaimu, Beauty.

AKU : What? 

Oh seramnya.

GNOME : Ikut aku. (Sambil tanganku kembali dia capai)

AKU : Xander!

Namun ayatku tak mampu bersambung menyedari diri sedang bersila di atas rerumputan hijau. Dan Xander dengan wajah tampannya ada di depan mata. Tersenyum.

Kacak!

AKU : Xander. Pulangkan saya. Kita ... tak mungkin mampu bersama. Awak dan saya berlainan ... err ... keturunan. Saya rakyat kebanyakan takkan mampu menjadi permaisuri kerajaan ini.

GNOME : Tidakkah kau juga cinta padaku, Beauty?

AKU : Cinta?

GNOME : Saat kau menangis hiba, sumpahan yang membalut diri ini terlucut. Kerana cinta suci yang lahir dari hatimu merungkai segala.

AKU : Xander... semua tu takkan berlaku. Kita ibarat... same sky but different time.

GNOME : Beauty?

AKU : Maafkanku... melepaskanmu...

Antologi DudukRumah Bersama WattpadWhere stories live. Discover now