🍁 Dylm 15

2K 50 35
                                    


"Thank you Emine, For everything .."

"Not a problem. Have a safe arrival in Malaysia. "
Selesai bersalaman, Lily memulakan perjalanan, ditemani Ekram.

"Anne, anneyi özleyeceğiz!
:Mommy, kami akan rindukan mommy!
Aynur dan Aynul berlari mendapatkan Lily. Tubuh lily dipeluk erat, mungkin ini kali terakhir mereka berjumpa.

Tidak sanggup rasanya ingin menjnggalkan dua kembar comel ini. Namun apakan daya, mereka dipisahkan dengan dua benua berbeza.

"Lets go Lily."
Perlahan-lahan Lily melangkah pergi, meninggalkan semua yang dia sayangi. 2 minggu di sini, penuh makna. Tidak akan dia lupakan sampai bila-bila.

Lily dan Ekram berjalan beriringan. Mata Lily menangkap sebungkus plastik yang dipegang oleh Ekram.

"What was that?"

"Oh yeah, Emine asked me to give this cookies to you. Eat them when you miss us!"

"Awww you guys are so sweet. I promise I would never ever forget you all."

🍁🍁🍁

*Kring kring*
90 missed call from Bella.

Arif seperti orang tiada upaya, matanya sembap. Tidak dinafikan, sejak Lily hilang, dia banyak kali menangis. Fattah yang melihat keadaan Arif juga turut bersimpati. Masih berbaki 2 hari lagi mereka di Turki. Jika dalam masa 2 hari ini Lily tidak munculkan diri, nampaknya terpaksa lah mereka serahkan semuanya kepada pihak polis.

*Chat from Bella
Biy, where are you?

Angkatlah call I kejap.

I miss you so bad.

Arif hanya meninggalkan bluetick tanpa rasa bersalah.

"Bella memang tak putus asa kan?" Soal Fath.

Soalan Fath diabaikan. Arif duduk di atas sofa. Dari sebalik tingkap, dia dapat melihat bumbung bangunan yang dipenuhi salji. Di tangannya memegang keychain bercorakkan dua pigeon. Ya,itulah keychain yang Lily pernah beli dahulu.

Itu sahaja lah kenangan dia bersama Lily. Bukan senang mereka hendak keluar bersama. Arif sedar selama ni dia tidak selalu berada di samping Lily, dan sekarang dia menyesal.

"Lily..baliklah..."

Fath merengus perlahan, penat juga melihat keadaan Arif begitu. Sudah macam orang meracau.

"Rif, aku nak keluar jap, beli makanan. Kau tu dah 5 hari tak makan. Risau pula aku."

"Agak-agak..Lily makan apa eh kat sana? Kesian dia..."

"Aku tau kau risau pasal Lily. Tapi kesihatan kau tu penting juga. Dah dah, aku keluar dulu. Pape aku call. Cau."

Selesai menyarung kasut, Fattah menarik daun pintu.
Tiba-tiba,

"Lily?!"

Arif tersentak, lamunannya terhenti sebentar. Dia bingkas bangun dan berlari menuju ke pintu.

"Lily!"

Langkah Arif terhenti tatkala dia ternampak Ekram di sebelah Lily. Bermacam-macan perkara bermain dalam kotak fikirannya.

"A-apa semua ni?" Soal Arif, dia terpinga-pinga.

"Arif, we need to talk." Nada Lily,tegas.

Do You Love me?Where stories live. Discover now