🍁 Dylm 76

706 25 27
                                    

Sudah 2 minggu sejak percutian di atas cruise. Tarikh perkahwinan juga sudah ditetapkan. Sebulan dari sekarang, mereka akan diijab kabul. Benda baik kena la cepat-cepatkan? Betul tak?🤭

Harini, seperti yang dirancang, mereka keluar bersiar-siar. Saja, jalan-jalan amik angin. Merata KLCC mereka teroka,setiap pelosok KL mereka singgah.

Bergambar bertiga, nampak seperti sebuah keluarga. Keluarga bahagia.

Sebelum pulang, Arif singgah sebentar di KLIA. Katanya, ada urusan sikit. Tadi cuaca cantik je, tiba-tiba sahaja hujan turun. Bermula dengan renyai-renyai, akhirnya turun lebat mencurah-curah.

Ditambah dengan dinginnya aircond, suhu petang itu sejuk melampau. Boleh freeze badan dibuatnya.

"Cikgu..Nish sejuklah.."adu Nish. Dia memeluk tubuh, menahan sejuk.

"Dalam kereta papa ni takde selimut ke?"

"Takde. Tapi papa ada simpan stokin Nish, dekat dalam dashboard" Jari Nish ditunjuk tepat pada dashboard yang terdapat di depan Iman.

Dashboard dibuka, dua pasang stokin patrick merah jambu dicapai lalu dipasang pada kaki anak kecil itu. Sebelum dia menutup kembali dashboard tadi, matanya tertancap pada satu foto yang diterbalikkan.

Tangannya gatal, foto itu dicapai. Iman meneliti gambar tertera, membuatkan nafasnya terhenti seketika.

Gambar Arif bersama seorang wanita, yang mungkin seusia dengannya. Lebih mengejutkan lagi, wajah wanita di dalam gambar tersebut sama dengan wajahnya. Dari setiap sudut, mereka seolah-olah kembar seiras. Memang sama, memang serupa.

"N-Nish, n-ni gambar siapa?"

"Oooo tu gambar ibu. Eh, mana cikgu jumpa?!"

Iman diam. Jawapan Nish benar-benar membuatkan jiwanya bergetar. Satu persatu rasa sakit menusuk diri. Dia berasa dipermainkan dan diperbodohkan. Walau apapun, dia tetap ingin mendengar penjelasan daripada mulut Arif sendiri. Ya Tuhan, kuatkanlah hati ini!

Tidak lama kemudian, Arif pun tiba. Pada tangannya terdapat beberapa dokumen yang perlu dia siapkan di rumah nanti.

Arif masuk ke perut kereta, tali pinggang dipasang.

"Sorry lambat. Boss boleh pula ajak borak tadi."

Iman diam, tanpa reaksi. Badannya tegak, matanya tidak beralih daripada memandang dashboard yang sempat dia tutup tadi.

"Cikgu? Are you okay? Kenapa diam je ni?"

Iman menahan rasa. Empangan airmatanya semakin memberat. Mengenangkan kebodohan dirinya, membuatkannya lemas dalam api amarah. Arif yang selama ini dianggap ikhlas, rupa-rupanya ada agenda tersendiri. Otak Iman merangka teori.

"Nish buli cikgu eh?"

"Mane ade." Nish menggeleng laju, menidakkan. Papa ni, suka-suka hati je tuduh Nish. Merajuk lari pergi Thailand nanti baru tahu!

"Cikgu, is there any problem?"

"Arif, saya nak tanya."

"Yeah? Okay boleh je. Apa dia, cikgu?"

"Siapa perempuan dalam gambar ni?"

Arif membuntang mata apabila melihat foto yang dipegang pada tangan Iman. Mulutnya tiba-tiba terkunci, otaknya tidak dapat merangka jawapan.

Do You Love me?Where stories live. Discover now