🍁 Dylm 56

657 21 4
                                    

Waktu balik sekolah,
Seperti biasa, Nish sorang² di pondok pak guard.

"Nish, tunggu papa ke?"

"Takdelah, tunggu nanny."

"Kenapa papa tak amik Nish?"

"Papa kerja. Papa pergi Dubai. "

"Wah jauhnya. Lama ke papa pergi?"

"2 minggu. "

*Pit-pit*bunyi hon

"Eh tu nanny dah sampai! "

Seorang wanita 50-an keluar dari perut kereta. Gayanya langsung tidak nampak tua, malahan mengalahkan orang muda. Walaupun bergelar datin tetapi cara pemakaiannya sederhana, tidaklah melebih sangat.

"Nish, sorry nanny lambat. Jom balik sayang. H-huh?!"

Datin Arfa sedikit tersentak apabila memandang wanita seusia 2 kali ganda muda darinya, sedang duduk di sebelah Nish.

Iman tidak tahu apa². Dia hanya senyum dan menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat.
Senyuman itu dibalas ikhlas oleh Datin Arfa.

........

Tingkap ditutup, aircond dibuka pada tahap maksimum. Sejuknya macam dalam mall.
Kereta nanny ni takdelah bersepah sangat, setakat kotak² dekat seat belakang, normal la tu kan?

Dari tadi, Datin Arfa diam je. Mungkin sedang fokus pada pemanduan.

"Nanny, kenapa nanny diam je harini?"

Datin Arfa memandang Nish dengan riak terpinga-pinga.

"Nish, nanny nak tanya ni."

"Ye nanny? Nak tanya apa?"

"Yang sebelah Nish tadi tu, cikgu Nish ke?"

"Oooo yang cantik tu? Haah. Kenapa nanny?"

Datin Arfa mengerut dahi, seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

"Papa Nish pernah jumpa dengan cikgu tak?"

"Banyak kali nanny."

Agak terkejut, tapi beliau tetap berlagak cool.

"Kenapa nanny?"

"Takde apa sayang. Harini nanny tak masak, jadi kita makan kat luar ya."

"Okay nanny."

"Nish nak makan apa? Cakap je."

"Nish nak makan ciken cop!"

"Okay jom kita beli ciken cop."

"Yeay! Terima kasih nanny!"

"Sama-sama sayang."

✨✨✨

Sejak dalam kereta, sampailah di rumah. Datin Arfa lebih banyak diam daripada bercakap. Dato' Hisyam pun pelik.

"Arfa, termenung apa?"

"Abang ni, datang tak bagi salam."

"Assalamualaikum isteriku."

"Waalaikumussalam suamiku. Kan bagus macam tu."

"Awak tu, kenapa senyap je harini? Anything problem?"

"Saya tengah fikir la bang."

"Pasal projek baru ke?"

"Ish awak ni. Takkan lah 24 jam saya fikir pasal kerja."

"Habistu, takkan fikirkan pasal saya pulak."Dia senyum nakal, saja nak menyakat Arfa.

"Memang tak la bang. Perasan je abang ni. "

"Habistu? Fikirkan apa?"

"S-saya rasa, saya jumpa pelanduk dua serupaa la bang."

"Bila masa pula awak jadi hunter ni?"

"Ish abang ni, saya serius ni. Abang main-main pula."

"Okok just kidding. Story me everything, Arfa. I would like to hear that..."

"Macam ni ceritanya bang-..."

Sehingga lewat malam mereka bercerita.
Nampak tak, betapa mereka luangkan masa bersama?😂

Entah betul atau tidak,
Atau itu hanya firasat semata-mata?

✨✨✨
Nish sedang sibuk bermain bola di halaman rumah,

"Nish, papa call ni!"

"Papa?! Nakkkkk! Nakkk cakap dengan papa!"

Telefon Arfa dirampas, cepat betul Nish bertindak. Kalau Arif call, memang Nish jadi hiperaktif. Serupa dah macam kera dapat bunga, nasib manusia je.

"Papa!!!!"

"Hye my boy!"

"I miss you papa!"

"I miss you too Nish. So, how was school?"

" Best! "

" Good to hear that. Btw papa balik lagi 3 hari. Don't you want any souvenier? "

"Nish nak papa cepat² balik sini je."

"Sure? Taknak papa bawak balik apa²?"

"Yeap."

"Nevermind la kalau macam tu. So, papa boleh cancel la plan nak belikan Nish big teddy bear ni?"

"Ehhh papa, Nish rasa Nish dah tukar fikiran la. Nish nak bear! Lupa pulak."

"HAHAHAHAAHH dah agak. Orite Nish, 3 days more and I will return to Malaysia. Wait for me okey?"

"Okay papa!"

"Btw, cikgu macam mana? Sihat?"

"Elelelelele papa ni, rindu cikgu ke tu?"

"No-no, tak. Just want to know.Cikgu tak dera Nish kan?"

"Cikgu okay je. Baik macam selalu."

"Well, I assumed that as a good news."

"Okaylah Nish, I got to go. Bye Nish! Take care! Jangan nakal², dengar cakap nanny dengan atuk okay?"

"Okay papa. Bye papa! Papa pun jaga diri juga tau! "

Panggilan dimatikan. Nish menari kegembiraan. Tak sabar nak peluk bear besar tu!

Yeay, I will got a new friend. I will named it as Mr. Bear!!!!!!

Do You Love me?Where stories live. Discover now