🍁 Dylm 21

1.5K 39 2
                                    


Bilik sunyi sepi, tiada suara, Hanya bunyi jarum jam berdetak saja kedengaran. Dari pantulan cermin, kelihatan seorang lelaki sedang duduk bersandar. Kedua tangannya menyilang ke dada. Wajahnya tampak tidak tenang dan resah. Matanya juga kejap-kejap pandang ke kanan dan kiri.

Dia merengus sekali, kemudian memandang tepat ke arah Bella.

"Bel, are you sure to do this?!"

"Yes."

Khai pantas bangun dari kerusi, dahinya dipicit dengan jari jemari. Resah nafasnya jelas kedengaran.

"You dah gila ke? Why you sanggup buat semua ni?!"

"Sebab kalau I tak gugurkan anak ni, Arif akan ceraikan I."

"So you buat semua ni semata-mata sebab Arif?!"

"Yes."

"Kenapa you gila kan sangat dia eh?!"

"Tu, you tak perlu tahu. Yang penting, kat depan I sekarang ni, Doktor pakar paling terkemuka, Doktor Khairil Fazren. Can you help me? Help me untuk gugurkan anak ni."

Khai merengus panjang. Dari riak wajahnya, nampak sangat dia tidak mahu menurut.

"Khai, what's wrong with you?! I asked you ni, boleh ke tak?"

"I can't.."

"Why? You ni, macam tak biasa pula dengan prosedur gugurkan anak."

"Bukan soal tu."

"Then?"

"Kalau orang lain yang minta, boleh la I buatkan. Tapi kalau you..I can't..."

"Why? Sebab baby dalam perut ni anak you?!"

Khai melabuhkan punggung di atas sofa. Mukanya diraup.

"Khai, I pernah bagitau you kan sebelum ni. What is my happiness?"

"Arif."

"Pandai pun. You kata you sayang I. So, mestilah you nak tengok I bahagia kan?"

"Risiko tinggi Bel kalau buat prosedur tu. I risau pasal you."

"Don't worry about me. Just do it."

"Fine."

"Macam ni la Khai yang I kenal. Sanggup buat apa je untuk Bella Adriana yang dia cinta."

Bella menggulum senyum penuh makna.

🍁🍁🍁

Pintu dibuka luas-luas, bagasi ditarik masuk.
Dari jauh, kedengaran satu suara menyapa.
Suara yang sangat lembut, menyentuh kalbu.

"Awak dah balik?"

"Hmm" Balas Arif, ringkas. Tali leher dilonggarkan.

Tangan kanannya dicium dengan lembut.
Bukankah itu tanda isteri menghormati suami?
Bersalam sebelum pergi, bersalam setelah pulang?

"So, how's Brunei?"

"Macam tu la. Cantik, full of gold. Disebabkan dah banyak kali pergi Brunei, sampai dah jemu."

Lily menghambur tawa. Berlagak Arif ni, tak sudah.

"Bella tau tak awak dah balik?"

Entah kenapa Lily masih peduli tentang Bella.

"Not yet."

"Lah, kenapa tak bagitau dia yang awak dah balik?"

"Petang ni la saya jumpa dia."

"Oooo okay okay. Awak mesti penat kan? Rehatlah dulu. Saya siapkan makanan."

Baru sahaja ingin mengangkat bagasi, tiba-tiba telefon Arif berbunyi.

"WHAT?!" OK I'LL COME RIGHT NOW!" Teriak Arif, wajahnya kelihatan terkejut.

"Kenape wak?" Lily menyoal,dengan nada cemas.

"Bella..."

Lily membulat mata. Apa yang berlaku pada Bella ?!

🍁🍁🍁

"Maafkan kami encik. Tapi kandungan Puan Bella tak dapat diselamatkan. Dia mengalami keguguran."

"G-gugur?"

"Ya encik. Harap bersabar."

Arif bengang. Entah mengapa, dia sukar untuk percaya kenyataan itu.

"Puan Bella okay. Cuma kandungannya saja yang gugur. Tapi, dia dah boleh balik sekarang."

"Baik, thank you doc..Khai.." Mata Arif dikecilkan, membaca tag nama yang terdapat pada kot putih Khai.

Setelah berjabat tangan, Arif pun keluar.
Dia hanya diam, ya diam. Langsung tidak bercakap.

Pintu wad ditolak perlahan. Kelihatan Lily sedang menemani Bella yang sedang terbujur di atas katil.

"Awak, doc cakap apa?" Soal Lily, ingin tahu. Bella hanya memandang, wajahnya selamba dan biasa.

"Bella is having a miscarriage."

Lily menerkup mulut. Dia terkejut, sangat terkejut.
Perlahan-lahan dia menuju ke arah katil, sebelah tangannya mengusap-usap belakang Bella. Cuba memberikan semangat.

"Bella..sabar ye.."

Bella hanya menggulum senyum.Ala-ala ikhlas. Sedangkan pada hakikatnya, senyuman itu,penuh kepalsuan.

Plan nya berjaya. Selama seminggu Arif fly ke Brunei, Bella mengambil kesempatan untuk menjalani prosedur pengguguran anak. Tanpa pengetahuan sesiapa, hanya dia dan Khai sahaja yang tahu.

Pandai juga Bella berlakon seolah-olah dia terjatuh dari tangga beberapa detik yang lepas. Boleh menang trophy the best actress drama.

Kini, Arif tidak lagi mempunyai alasan untuk menceraikan Bella. Lebih mudahlah rancangannya untuk menghancurkan Lily dan merampas semula Arif.

🍁🍁🍁

"What?!No!" Arif membentak, tanda tidak mahu.

"Awak, Bella baru je miscarriage. She needs you right now."

"You need me too, you are pregnant."

"Awak janganlah risau sangat. Saya dengan baby ok. Lagipun, mama dengan papa kan ada sini. They can take a look for me masa awak tak ada."

Arif diam, tidak memberikan jawapan.

"Arif, baliklah sana. Teman Bella untuk beberapa minggu. Dia perlukan awak, awak suami dia. Awak semangat dia."

"Haih..fine! Saya balik sana, tapi.."

Lily menjungkit kening. Ada je 'tapi' nya.

"Awak kena ikut sekali."

Do You Love me?Where stories live. Discover now