🍁 Dylm 39

1.5K 39 8
                                    

Sebujur tubuh terbaring kaku dan pucat.
Dadanya tidak lagi berombak, nafasnya juga terhenti. Kain putih menutup seluruh badan, suci dan bersih.

Itulah harinya, segala-galanya terjawab. Antara terima atau tidak, Kini Arif sedar, Lily bukan miliknya.
Allah lebih sayangkannya.

Sungguh, hati ini tidak kuat.
Men, gentle in front, cry in silent.

Dia langsung tidak menangis. Matanya mungkin merah, namun air mata langsung tidak turun membasahi pipi.

Fath banyak menasihatinya agar bersabar, ini semua ujian. Setiap yang hidup pasti akan kembali. Setiap yang datang pasti akan pergi dan setiap yang bernyawa pasti akan mati. Mati itu pasti,dunia sekadar perhentian, akhirat itulah yang kekal.
Yang masih hidup hanya menghitung hari, bila-bila saja mereka akan pulang kepada Ilahi.

Jenazah diusung ke dalam van jenazah sebelum dikebumikan di tanah perkuburan. Segala urusan hari itu sangat mudah. Tiada langsung halangan. Cuaca juga redup dan gerimis. Membuatkan hati ini makin menangis.

Usai jenazah dikebumikan, Arif pulang ke rumah. Yang hidup perlu teruskan hidup. Itulah lumrah manusia yang semua sudah tahu.

Dia duduk di laman rumah, memerhatikan burung-burung berkicauan di dahan. Senyap, hanya bisu. Segalanya senyap pada hari itu.

Fath mengambil tempat di sebelah. Turut sama memerhatikan burung-burung berkicauan,romantis.

"Dia dah pegi Fath...Dia betul-betul tunaikan janji dia..Dia betul-betul pergi tinggalkan aku.." Dari tadi sudah tahan nangis. But not now. Kalini, Arif melepaskan setiap keluhan di hati.

"Kenapa..kenapa dia..Ya Allah, aku tak kuat Fath...."

"Rif, ni semua Qada dan Qadar Allah. Kita kena terima.."

"Aku..rindu.."

"Kalau diberi pilihan..Aku lebih rela mati daripada tengok dia tinggalkan aku macam ni Fath.."

"Astaghfirullahalazim Rif! Mengucap weyh, tak elok cakap macam tu. Kau kena kuat, untuk anak kau!"

"Aku..aku...tolong sedarkan aku Fath..Sedarkan aku dari mimpi ni..Aku taknak terus hidup dalam mimpi ni lagi..Tolong kejut aku..tolong..." Arif meramas rambut, air matanya laju mengalir.

Fath berdiri dan mendakap, cuba menenangkan. Kalau dibiarkan, makin teruk jadinya.

Arif tidak dapat mengawal emosi. 9 bulan membina jalinan perkahwinan yang pada mulanya atas dasar terpaksa, kini meninggalkan kesan paling dalam.

Setiap momen,
Setiap saat masih terngiang-ngiang dalam kepala.
Saat setiap kali Lily mencerut muka menyampah,
Saat dia mencebik kerana sakit hati,
Saat dia senyum riang macam kanak2 ribena,
Saat dia struggle memasak di dapur,
Saat dia baca puisi yang ditulisnya sendiri,
Saat dia usap perut,
Saat dia makan,
Saat dia minum,
Setiap saat, tidak dapat dilupakan.

Setiap saat sangat berharga dan penuh makna.
Dia sememangnya insan terbaik yang Allah telah utuskan.
Dia lah insan yang telah mengubah Arif 180 darjah.
Dia lah insan yang telah mengajar Arif erti kehidupan.
Dia la insan yang buat Arif sedar rasa sayang, cemburu, rindu...
Dan insan itu kini sudah tiada, mungkin sudah menjadi bidadari di syurga.

Pemergiannya kerana sebuah pengorbanan..
Pemergiannya dicemburui semua..

"Aku nak dia ada kat sini Fath..Comfort aku, lap air mata aku..Peluk aku..Usap kepala aku..Aku rindu belaian dia..aku rindu sentuhan dia..Aku rindu semua pasal dia..Semua tentang Puteri Lily Dayana, aku rindu...I miss her..I miss herrr so much....."

Do You Love me?Where stories live. Discover now