🍁 Dylm 51

634 25 0
                                    

"Nish, dah siap lom?"

"Kejap papa, Nish nak pakai topi."

"Haish, papa tunggu dalam kereta je la."

Disebabkan harini cuti, jadi mereka akan pergi ke rumah daddy Lily. Dah lama tak balik sana, mesti daddy rindu nak jumpe cucu.

Tan Sri Mohd.Zainal, ahli perniagaan terkemuka masa kini. Beliau juga merupakan rakan akrab Papa Arif. Bapa kepada dua anak yang sudah pulang ke Rahmatullah. Kini, hanya tinggal sendiri, di rumah agam.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

"Grandpa!!!!"jerit Nish, berlari memeluk kaki lelaki itu.

Arif hanya tersengih melihat program jejak kasih tersebut. Tuan Zainal masih kuat, walau umur sudah mencecah 60.

"Eh ada fishhh!!!!" Nish cepat² melangkah masuk ke rumah setelah dua pasang matanya menangkap akuarium besar di dalam.

"Assalamualaikum daddy."

Setelah bersalaman, Arif dijemput masuk.

Ruangan dalam rumah gelap,
Ruang tamu gaya wainscoting, berkonsepkan Dark Teal Color, tampak elegan. Arif dan Dato' Zainal duduk menghadap, bertemankan teh panas dan potongan kek warna-warni. Sambil Arif menjamah minuman, sambil matanya tertumpu ke arah Nish. Leka betul dia mengira bilangan ikan yang terdapat dalam akuarium, satu demi satu spesies disebut. Inilah hasilnya kalau kecik² suka tengok dokumentari. Otak cerdik mengalahkan saintis.

"Bila tengok Nish, daddy teringat kat Lily."

"Dulu masa Lily kecik, dia suka sangat tengok ikan-ikan dalam akuarium tu."

Arif sengih, dapat dia bayangkan betapa comelnye Lily masatu.

"Bile difikirkan balik, daddy menyesal sangat sebab tak luangkan masa dengan family daddy dulu. Now, bila semua dah pergi, baru daddy sedar betapa sunyinya hidup daddy."

"Daddy.. it's okay. Bende memang tak boleh elak, jangan seksa diri daddy dengan rasa serba salah tu."

"Daddy minta maaf sebab paksa korang berdua kawin dulu. Sejujurnya, Lily menangis siang malam bila daddy cakap dia bakal kawin dengan kamu. Dia kata dia takut, dia tak kenal kamu, macam mana kamu nak jaga dia nanti?Kamu suka ke dengan dia nanti?

Arif tersentak. Dia langsung tidak pernah terfikirkan hal itu.

"Mula² daddy ingatkan nak batalkan je perkahwinan tu. Tapi, Lily refuse. Dia kata dia ikut je aturan ni, dan dia akan cuba jadi isteri yang baik untuk kamu."

"And she's true, she's really did it daddy. She's really being a good wife to me, But more than she thought."Arif mencelah, ikhlas dia mengatakan.

"Lily's presence in my life, is one of the greatest awards I have ever received. You guys did the best decision. Don't feel guilty, sebab Arif bahagia sangat hidup dengan Lily."

Mata tua Dato' Zainal bergenang, ternyata dia sudah berjaya mendidik Lily. Walaupun sibuk, tetapi tanggungjawab dalam mendidik anak tidak sesekali diabaikan.

"Grandpa, What is the name of that orange fish? I forgot!"

"Sword tail."

"Haa sword tail! Tq grandpa!"

Nish sambung observation.

"Arif, daddy nak cakap sikit ni."

"Woah, it looked serious matter. What is it daddy?"

"Arif tak terfikir ke nak carikkan ibu untuk Nish?"

Tubuh Arif mengeras, dahinya berkerut.

"Daddy faham Arif masih sayangkan Lily. Daddy tak paksa pun untuk Arif lupakan Lily. Tapi Nish, dia perlukan kasih sayang seorang ibu.."

"He has me. I can afford love for him."

"Arif, sekarang memanglah Nish nampak tak kisah. Sebab dia budak² lagi. Tapi dunia masa depan, banyak cabaran. Dia akan rasa down bila tengok semua orang ada ibu, excepted him."

"I can't daddy. I still loves her. No one could replace her.."

"Arif, found someone else in future doesn't mean we didn't love someone in the past. Tapi untuk mengisi kekosongan dan menyempurnakan hidup kita. "

"Haih...I don't want to betray her,daddy."

"Arif, daddy ni ayah Lily. Ayah kandung dia. Daddy tau apa impian dia. Impian dia nak melihat orang yang dia sayang bahagia. Daddy yakin, Lily mesti taknak Arif meratap pemergian dia macam ni. Im sure she wants you and Nish happy. "

"Tapi kami dah pun happy daddy. "

"Pernah tak Arif tanya, apa yang Nish nak?"

"What do you mean?"

"Nanti kalau free, Arif cuba tanya Nish, apa yang dia nak."

"I've already give everything to him daddy. Apa lagi yang tak cukup?"

"Arif, listen to me..ada satu benda yang tak boleh diganti dengan harta."

"What is that?"

"Arif tanya Nish sendiri, and Arif akan tahu. "

✨✨✨
Arif dan Nish pulang, kini rumah kembali sunyi.
Imbas kembali,

"Macam mana sekolah harini? Seronok tak?"

"Seronok! Ada cikgu cantik, kawan -kawan pun best!"

"Cikgu cantik?"

"Haah, nama cikgu tu cikgu Iman. Cikgu baik, cikgu selalu teman Nish kalau papa amik lambat."

"Wah, bagus betul cikgu Nish tu."

Nish sambung melihat ikan. Suka betul dengan ikan.

"Tapi kan grandpa, Nish pelik la."

"Pelik kenapa tu?"

"Kawan-kawan Nish semua balik dengan ibu ayah. Kenapa Nish balik dengan papa je?
Kenapa ibu tak pernah amik Nish balik sekolah? Grandpa tau tak ibu pergi mana?"

Dia kaku, tidak mempunyai jawapan. Betapa cucunya itu mengharap, dapat berjumpa dengan insan yang digelar 'ibu'.

"Daddy, kalau Lily pergi dulu, daddy tolong tengok-tengokkan family Lily ya. "~Lily

Itulah kali terakhir dia berjumpa Lily, sehari sebelum Lily kemalangan. Mata Lily penuh dengan impian, harapannya untuk melihat Arif dan anak dalam kandungannya bahagia sangat besar.

Wajah terakhir Lily yang dilihat adalah semasa puteri bongsunya itu terlantar kaku di hospital. Seperti jasad yang tidak bernyawa.

"Lily, I'll make sure your dreams will comes true..."

Do You Love me?Where stories live. Discover now