🍁 Dylm 68

701 23 7
                                    

Pagi masih muda, semua masih nyenyak tidur.
Iman sudah bersiap, beg tangan dijinjing.
Perlahan-lahan dia membuka pintu ruang depan, niat taknak kejutkan orang² di rumah itu.

"Cikgu?"

"Huh? Ya Allah Nish, terkejut cikgu. Awalnya Nish bangun."

"Nish pergi toilet tadi. Cikgu nak pergi mana?"

"Cikgu nak pergi sekolah jap. Nak amik barang."

"Cikgu pergi naik apa?"

"Teksi maybe? Atau bas?"

"Lah kesian cikgu. Kejap Nish kejut papa."

"Eh eh, takpe². Shhh tak payah kejut papa. Papa tengah tidur tu. Cikgu taknak kacau papa."

Nish menguap, masih mengantuk. Teddy bear di tangan dipegang erat.

"Nish mengantuk lagi ni. Pegi sambung tidur. Kejap lagi cikgu balik."

"Okay. Hati² tau cikgu. Kalau ada orang bagi cikgu gula², cikgu jangan amik. Papa kata, tu orang jahat."

"Hahahahah iyer sayang. Dah, pergi tidur."

"Bye bye cikgu."

"Bye Nish."

Iman keluar. Tiada siapa yang tahu dia keluar, kecuali Nish.

Jam menunjukkan pukul 10:30 pagi. Arif baru bangkit dari tidur. Setelah membersihkan diri, dia turun untuk sarapan.

Nish juga bangun awal harini. Sebenarnya mereka rancang nak keluar bersiar² harini. Maklumlah dah lama terperap kat rumah. Plan nak pegi Sabah haritu pun dah cancel sebab kes Iman.

"Nish, cikgu mana?"

"Cikgu? Oooo cikgu dah keluar pagi tadi."

"Keluar?"

"Haah."

"Pergi mana?!"

"Pergi sekolah. Cikgu kata nak amik barang."

"Pukul berapa cikgu keluar?"

"8 pagi tadi. Cikgu kata nak pegi kejap je, tapi sampai sekarang tak balik² lagi."

Arif bingkas bangun, kunci kereta dicapai.

"Arif, nak pergi mana?"soal Datin Arfa yang baru sahaja siap membancuh air.

"Arif ada hal jap ma. Kejap lagi Arif balik. Ma tolong tengok-tengokkan Nish tau."

"Okay. Take care sayang."

"Orite ma."

✨✨✨
"Lambat pula bas ni.."
Jam tangan diperhatikan, sudah hampir pukul 11.
Dah 30 minit dia menunggu, satu bas pun tak lalu.

Tiba² satu Honda merah berhenti di depannya. Di bawah panas terik, Honda merah itu memang mengilau.

Iman kenal dengan pemilik kereta tersebut. Ya, sangat kenal. Orang yang dulunya dia sayang, kini sudah dibenci. Orang itu kini betul² di depannya, dengan riak yang langsung tidak menunjukkan rasa bersalah.

Do You Love me?Where stories live. Discover now