🍁 Dylm 40

1.5K 39 0
                                    


Harini Bella duduk berseorangan di rumah.
Bertemankan televisyen yang masih bergema,
Bertemankan kipas yang laju berpusing.

Tidak lama kemudian, satu susuk datang.
Ruang kosong di sebelah Bella menjadi tumpuan.
Air kosong di atas meja dihirup.

"Bel, why did you cry?"

Ya, Bella menangis. Teresak-esak dia menangis.

"Hey, come hug me."

Khai menarik Bella ke dalam pelukan. Diusapnya belakang Bella untuk menenangkan.

Tak lama selepas itu, Bella bersuara.

"I dah buat macam-macam. Even lepas Lily dah mati pun, Arif still taknak layan I...."

"Hey,you have to remember, you still have me. Kalau Arif taknak layan you, Biar I yang layan you."

Tangisan terhenti. Matanya melirik pada mata Khai yang sedikit menggoda. Dia terliur.

🍁🍁🍁

"Aduh, fon tertinggal pulak!" Sedar Arif yang sedang memandu.

Nak taknak, dia terpaksa berpatah balik. Hanya dengan satu tujuan, untuk mengambil telefon yang tertinggal di rumah Bella.

Setibanya di sana, rumah kosong tetapi tidak berkunci. Arif masih belum mengesyaki apa-apa.
Bella memang macam tu, suka sangat biarkan pintu tak berkunci. Tapi sesuatu telah menarik perhatian Arif, membuatkan langkahnya terhenti.

Kunci kereta, terletak di atas kabinet bersama gugusan kunci yang lain. Melihat sahaja reka bentuknya, dia tahu itu kunci kereta jenama Buggati.
Arif sedar, tiada seorang pun dalam keluarganya memandu Buggati. Bella pun sekadar memandu jaguar XFR je.

Itu membuatkan dia terdetik untuk naik ke tingkat atas, mencari Bella. Semakin hampir, semakin hatinya merasa sesuatu. Firasatnya mengatakan, ada seseorang di rumah ini. Selain Bella, ada orang lain yang menumpang.

Pintu Bilik Bella tidak ditutup rapat, dibiarkan terdedah sedikit. Dari celah pintu, Arif cuba mengendap. Tersentak jiwanya, resah nafasnya.
Terbeliak matanya, melihat Bella sedang tidur dengan lelaki lain. Di atas katil yang sama, di rumah ini?!

Arif tidak berganjak, malah dia terus menyergah. Pintu bilik dibuka luas, beserta hempasan yang kuat.
Dia marah, sangat marah. Dari wajahnya, penuh dengan rasa benci. Matanya merah seperti saga, api amarah menggelegak dalam jiwanya.

"APA SEMUA NI BELLA???!"

Bella tersedar. Dia kaku. Selimut ditarik menutupi seluruh badan. Sementara Khai di sebelah sudah berdiri tegak dengan boxer biru.

"A-Arif...W-what are you doing h-here....?"
Bella tergamam, suaranya terketar-ketar. Ketakutan...fikirannya mati, buntu...

"KAU TU BUAT APA? TIDUR DENGAN LELAKI LAIN?BUAT BENDE TERKUTUK DEKAT RUMAH AKU?! TAK TAHU MALU KE? KAU NI MANUSIA KE BINATANG?!"

Bella bingkas bangun, dengan selimut meleret yang masih menutupi badan.

Arif masih berdiri kaku di situ, mencerlung tajam Bella. Hanya tunggu masa untuk melahap.

"You...I..I tak tahu apa-apa..I tak sedar! Sumpah!"

Khai cepat-cepat menyarungkan seluar dan baju. Dia cuba masuk campur.

"Y-you...Please trust me...I didn't do this! Dia yang bawak I dalam hal ni! Dia yang libatkan I! I tak bersalah!"

*Pang!*

Do You Love me?Onde histórias criam vida. Descubra agora