Xaviera-11

78.7K 4.2K 1.1K
                                    

Termenung dia di hadapan pinggan mangkuk yang belum bercuci memikirkan kata-kata Haider sebentar tadi. Selepas sahaja mereka sarapan, Xaviera menawarkan diri untuk membersihkan meja makan.

Kata-kata Haider sangat menghantui dia. Suara itu asyik terngiang-ngiang sahaja dari tadi.

"Hinanya saya didepan mata awak sampai awak tak nak ada anak dengan saya," sakit sangat memikirkan apa yang dikatakan oleh Haider.

"Eh! Sampai tahun depan lah pinggan aku tu tak bersih-bersih kalau perangai kau nak berangan je!" kuat sahaja suara Tengku Faiza kedengaran.

"Mummy," Xaviera menoleh sekejap kebelakang sebelum dia mula sibukkan diri membersihkan pinggan kotor yang ada di singki.

"Malang betullah anak aku dapat isteri pemalas macam kau ni. Semua kau tak reti nak buat." Dengan kasarnya dia menolak badan Xaviera ketepi lalu dia ambil alih untuk membersihkan pinggan tersebut.

"Mummy, biar Viera buat. Mummy pergi lah rehat dekat depan."

"Barulah tu terhegeh-hegeh nak tolong aku. Tadi apa je kau buat? Mengelamun fikirkan jantan lain?"

Haider yang mendengar suara kuat mummnya terus bergegas masuk ke dapur. Kelihatan mummy sedang memarahi Xaviera.

"Menyusahkan betul lah perempuan ni!" serabut betul dia dengan Xaviera ni.

"Mummy kenapa ni?"

Tengku Faiza terus menoleh memandang anaknya. Mukanya memang nampak sangat tak puas hati dan geram.

"Bawa isteri Haider ni jauh dari pandangan mummy. Dekat sini bukannya nak membantu, curi tulang adalah." Kata Tengku Faiza dengan nada yang nyaring.

"Haider minta maaf mummy," Haider terus menarik tangan Xaviera untuk keluar dari dapur. Takut lama-lama dekat sini, ada yang dibaling pisau nanti.

"Kau ni buat malu je lah. Boleh tak kau tunjuk rajin sikit depan mummy. Kau tu bukan menantu pilihan, jadi pandai-pandailah nak ambil hati mummy aku," ditolak kasar kepala Xaviera.

"Maaf," Xaviera hanya mampu menundukkan kepalanya. Tak berani nak berbalas pandang dengan Haider.

"Itu je lah yang kau tahu. Maaf! Maaf! Maaf! Lepastu nanti buat lagi,"

"Ingat eh! Lepas ni kalau kau malukan aku lagi, siap kau aku kerjakan." Kepala Xaviera ditolak sekali lagi dan kali ini tolakan itu lebih kuat daripada sebelumnya.

Bibir Xaviera sudah bergetar menahan tangisan. Kenapa dia biarkan Haider tolak kepalanya? Kenapa dia tak lawan?

Ayyan menghampiri Xaviera. Dia lihat tadi macam mana kejamnya Haider layan isteri sendiri.

"Jangan nangis." Lembut sahaja suara Ayyan kedengaran. Air mata yang dia tahan tadi akhirnya tumpah. Tak tahu dia menangis sebab Haider atau sebab Ayyan.

Ayyan menggaru keningnya. Dia mana lah pandai pujuk perempuan. Selalunya kalau dia buat perempuan menangis, dia tinggalkan je tapi takkan dia nak buat macam tu dengan Viera.

Ayyan menarik hujung lengan baju Xaviera lalu dia bawa wanita itu keluar menuju ke halaman belakang.

"Air mata kau tak layak untuk lelaki dayus macam Haider." Suara itu menunjukkan bahawa dia tak suka dengan perlakuan kembarnya. Dia tak sangka Haider boleh sekejam seperti ini.

"Saya dah tak tahan dengan Haider. Saya tulus cintakan dia tapi ini yang saya dapat."

"Aku minta maaf bagi pihak Haider." Ayyan pun malu ada kembar yang berperangai seperti iblis.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now