Xaviera-55

73K 3.9K 573
                                    

Tiga bulan sudah berlalu dan sejak malam terakhir mereka berhubung, Haider langsung tidak boleh menghubungi isterinya. Xaviera sekali lagi mematikan telefonnya dan keadaan kembali seperti dulu iaitu isterinya hilang tanpa khabar.

Dan selepas sahaja dia pulang dari Sabah, dia masih giat mencari keberadaan isterinya. Makin lama mereka berpisah makin tak tertahan rindunya dengan Xaviera.

Badan yang baru pulang dari pejabat dihempas dengan kuat diatas sofa. Kepala direhatkan di kepala sofa dan mata dipejam menghilangkan rasa penatnya. Beginilah rutinnya, pagi di pejabat dan malam pula mencari isterinya.

Annisa yang perasan akan kepulangan Haider terus mendekati suaminya. Sia-sia je dia ikut Haider pergi Sabah, lelaki itu langsung tak peduli akan kehadirannya. Ingatkan boleh lah jalan-jalan tapi selesai je urusan Haider di Sabah, dia terus balik. Arghhhh!

"Dari tadi awak sampai?" soal Annisa dengan lembut. Jari jemarinya mengurut bahu Haider menghilangkah rasa penat seharian. Seperti biasa Haider hanya diam dan membiarkan soalan itu pergi.

"Awak.." panggil Annisa. Mata yang tadinya terpejam terbuka luas memandang kearah Annisa. Geli pula dengar suara tersebut!

"Kenapa?" balas Haider dengan kening dinaikkan keatas. Tersenyum Annisa apabila panggilannya disahut. Walaupun nada itu dingin.

"Boleh tak kalau kita pergi Sabah lagi? Saya tak sempat lah nak jalan-jalan." Pinta Annisa dengan mata dikelip-kelipkan. Haider yang melihat terus memejamkan matanya. Tak kuasa nak lihat muka gedik Annisa.

Kebetulan Tengku Faiza yang mendengar perbualan suami isteri tersebut datang menyampuk dan membuatkan kepala Haider tambah pening.

"Bawalah Annisa jalan-jalan. Kesian mummy nampak menantu mummy ni tak sempat jalan-jalan di Sabah. Mana tahu lepas balik dari Sabah korang berdua boleh bagi mummy cucu." Berbahang muka Annisa apabila disentuh hal tersebut.

"Nantilah Haider fikir." Hanya itu yang keluar dari mulut Haider. Sebenarnya dia malas mahu berduaan dengan Annisa.

"Apa nak difikir lagi. Kalau Haider tak nak bawa biar mummy yang uruskan percutian kita ke Sabah. Alang-alang tu bolehlah mummy bawa daddy jalan-jalan ambil angin sikit." Kalau mereka bercuti sekeluarga Haider pasti tak akan tolak.

...

Hari yang dinantikan oleh keluarga tersebut pun sudah tiba. Semuanya kelihatan teruja kecuali Haider yang langsung tiada semangat untuk pergi bercuti. Macam mana dia nak tenangkan diri sedangkan saat ini Xaviera langsung tidak tahu dimana keberadaannya.

"Semua dah sedia ke?" soal Tengku Faiza yang merupakan salah satu manusia yang tidak kesabaran untuk bercuti. Hanya Annisa sahaja yang mengangguk manakala yang lain hanya diam.

"Emyr dengan Fathi mana?" Haider yang berdiri disamping Ayyan menjenguk keluar pagar rumah mereka mencari kelibat dua kawannya.

Ayyan sengaja bawa Emyr dan Fathi untuk menghilangkan bosanya. Tidak lah dia sendiri nanti.

"Sekejap lagi dia orang datang." Balas Ayyan dan keadaan kembali sunyi antara kembar tersebut.

Xaviera tanpa mengetahui apa yang bakal berlaku hanya menjalankan kehidupannya seperti biasa. Sudah lama rasanya dia menyembunyikan diri dan terasa seperti resort ini seperti rumahnya sendiri.

Xaviera duduk di hadapan meja soleknya dan ditenung wajahnya yang sudah berubah cengkung. Beberapa bulan dia berada disini, seleranya jatuh mendadak. Kadang sehari dia tidak menjamah makanan kerna setiap kali dia menelan nasi pasti dia akan muntah.

Dia membelek-belek wajahnya sebelum tangan mengambil lip tint diatas meja lalu dicalitkan dibibir pucatnya. Barulah nampak seri sedikit.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now