Xaviera-38

74.1K 4K 489
                                    

Haider diam sahaja memandang isterinya. Riak wajahnya langsung tak berubah. Kosong sahaja.

"Pukul lah saya..."

Haider terus mengangkat tangannya dan membuatkan Xaviera memejam matanya.

Xaviera menunggu sahaja bila pipinya ditampar tapi sepertinya tak ada apa-apa yang berlaku. Baru sahaja dia nak buka mata, terasa sentuhan lembut di tepi bibirnya.

"How can I hurt you when I'm already in love with you..."

Xaviera terus sahaja membuka matanya. Automatik pandangan mereka saling berlanggar. Wajah Haider yang tadinya tegang dan kosong kini sudah bertukar lembut.

"Sakit ke?" soalnya dengan mata hanya memandang ke arah bibir isterinya.

Xaviera langsung tak bergerak. Dia diam membisu melihat tindakan Haider. Kerna tak ada jawapan Haider mencium sekilas bibir isterinya.

"Masih sakit?" Xaviera secara tak sengaja menganggukkan kepalanya. Haider rapatkan lagi mukanya namun dia terus sahaja mengemam bibirnya.

Haider tersenyum sahaja. Rambut isterinya diselitkan ke belakang. Dia nak nampak puas-puas muka cantik Xaviera.

"Rehatlah, aku nak mandi dulu." Katanya dan secara tak sengaja dia tersentuh lutut Xaviera yang terluka disebabkan terjatuh tadi.

"Auchhh.." terasa pedih pula tempat yang disentuh oleh Haider.

Haider melihat lutut Xaviera yang masih berdarah. Dia terus sahaja keluar mencari kotak kecemasan di bilik sebelah.

Xaviera yang merasa pedih, menuip lututnya biar ada sejuk sikit. Tadi tak pula dia sakit, sekali kena sentuh baru terasa pedihnya.

Haider masuk semula ke dalam bilik bersama kotak kecil yang berada ditangannya. Dia duduk ditempatnya tadi lalu dia ambil kaki Xaviera dan diletakkan di pahanya.

"Tahan tau," katanya. Xaviera menganggukkan sahaja kepalanya.

Tak lama dia bersihkan darah di lutut Xaviera, luka itu dibalut dengan pembalut luka.

"Kau rehat dulu, aku nak mandi."

...

Xaviera bangun secara mengejut. Dia melihat jam di meja, sudah jam 7:30 pagi bererti dia dah lambat. Dia terus sahaja turun dari katil nak bersihkan diri tapi dia terduduk semula disebabkan pening yang serang tiba-tiba.

"Aduh, masa ni lah nak pening." Bebelnya.

Dia tarik nafas yang panjang kemudian dia berdiri perlahan-lahan. Peningnya sudah hilang membuatkan kakinya laju sahaja melangkah masuk ke bilik mandi.

Selepas mandi dia keluar bilik untuk mencari suaminya. Rasanya Haider tak kerja, tapi rumahnya sunyi sahaja.

"Haider.." panggilnya.

Dia turun ke bawah mencari di ruang tamu dan dapur tapi ruang bawah kosong dan sepi sahaja.
Dia naik semula ke tingkat atas dan dia mula mencari kelibat suaminya dibilik lain selain bilik tidur mereka.

Bilik kerja, kosong.

"Mana dia ni?"

Xaviera meneruskan lagi langkahnya ke bilik lain dan dari jauh Xaviera dapat melihat satu bilik yang mana pintunya terbuka sedikit.

Laju kaki Xaviera melangkah ke bilik tersebut. Tangan menolak pintu tersebut dengan mata memandang kesekitar ruangan bilik itu.

Xaviera dapat melihat banyak lukisan-lukisan cantik yang tergantung didinding. Tak kalah juga lukisan yang berada di standing frame.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now