Xaviera-71

120K 4.2K 2.2K
                                    

Setelah pulang dari tanah perkuburan, Haider terus naik dan mengurungkan dirinya dibilik dimana Xaviera menghembuskan nafas terakhirnya.

Air mata dari tadi tak henti mengalir. Tak dia sangka Xaviera sekali lagi meninggalkannya namun kali ini isterinya pergi tanpa kembali.

"Viera, kenapa kau pergi lagi? Kenapa kau tinggalkan aku lagi?" rintih Haider dengan lemah. Dia tak kuat untuk menjalani kehidupannya tanpa ada Xaviera disisinya.

"Viera, kau dah janji tak akan tinggalkan aku. Kenapa kau mungkir janji?"

Haider melangkah mendekati meja yang ada diluar balkoni bilik tersebut. Semalam dia perasaan Xaviera ada memegang buku nota. Mungkin itu buku yang sentiasa menemani Xaviera dikala dia sunyi.

Haider mengambil buku tersebut lalu diselak helaian pertama. Disitu kelihatan tulisan Xaviera yang sangat kemas dan cantik. Betul buku ini penuh dengan luahan Xaviera.

Haider tak mampu untuk baca diari tersebut. Dia terasa sakit sangat membaca apa yang ditulis oleh isterinya. Kenapa Xaviera hanya memendam perasaannya? Kenapa Xaviera tak luahkan dengan dia? Dia seperti suami yang tak berguna untuk seorang wanita yang bernama Xaviera.

"Kenapa Viera? Kenapa tak luahkan dengan aku?" Dipeluk erat buku tersebut seakan dia memeluk tubuh ramping isterinya.

Tengku Faiza juga sudah tak terkata dengan kehilangan Xaviera. Rasanya semalam dia baru sahaja dipeluk oleh anak muda itu, tapi kenapa hari ini dia pergi tinggalkan mereka.

Dan yang membuatkan dia tak akan maafkan dirinya selama-lamanya apabila dia belum sempat meminta maaf kepada Xaviera atas apa yang telah dia lakukan kepada Xaviera. Ya Allah, banyaknya kesalahan yang dia telah lakukan.

"Abang." Panggil Tengku Faiza.

Tengku Aryan hanya diam termenung kehadapan. Dia pun masih terkejut dengan pemergiaan Xaviera. Baru sahaja kelmarin mereka berdua berbual dengan gembira kenapa hari ini menantunnya pergi meninggalkannnya.

"Abang." Tertoleh terus kepala Tengku Aryan kesisinya. Tengku Aryan terus menarik masuk Tengku Faiza kedalam pelukannya.

"Apa saya dah buat abang? Viera dah pergi tinggalkan kita semua. Saya berdosa sangat dengan Viera." Luah Tengku Faiza dengan tangisannya.

"Kita dah tak boleh buat apa-apa Faiza. Nak menangis sampai keluar air mata darah pun tak ada guna. Viera dah pergi. Selamanya." Balas Tengku Aryan dengan sebak.

"Saya...." Sakit dada Tengku Faiza mengingat kembali bagaimana layanannya terhadapa Xaviera. Dan yang paling dia tak boleh lupa apabila dia menolak untuk membuat suap ayam. Sedangkan itulah makanan terakhir yang dia nak makan.

"Saya berdosa sangat abang dengan Viera. Apa saya nak buat? Saya nak minta maaf dengan Viera abang."

Ayyan yang kebetulan lalu di depan bilik Tengku Aryan mendengar luahan mummnya. Tak tahulah dia nak cakap apa, tapi semuanya dah terlambat. Mummnya nak menyesal, Xaviera dah tak dengar rintihan semua tu. Dia dah masuk ke alam lain dah dan mungkin sedang bermain di taman syurga ketika ini.

Tertoleh kepala Ayyan saat dia melihat langkah Annisa yang cuba mengetuk pintu dimana Haider sedang berada. Perempuan satu ni memang tak memahami lah.

"Boleh tak kau bagi masa dengan Haider? Dia tengah sedih kehilangan isteri dia. Jangan kau nak tambah lagi beban dia dengan kepura-puraan kau." Dingin suara itu menyapa di telinga Annisa.

"Apa maksud awak? Kepura-puraan apa?" Soal Annisa dengan kedutan didahinya.

"Kau fikir aku tak tahu ke apa yang kau dah buat dengan Xaviera selama ni. Kau nak aku bongkar satu persatu?" Ayyan menaikkan keningnya keatas dan satu senyuman yang terukir membuatkan Annisa sudah tak senang berdiri.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now