Xaviera-63

74.4K 3.9K 839
                                    

Selepas malam tersebut, Haider sudah mula bergilir-gilir meluangkan masa bersama isteri-isterinya. Berdasarkan perbincangan mereka bertiga, Haider akan bersama dengan Annisa sebulan dan selepas itu Haider akan tinggal dengan Xaviera selama sebulan. Begitulah rutin mereka.

Kebetulan hari ini mereka diminta berkumpul di rumah Tengku Aryan kerna Tengku Faiza ada mengadakan majlis kesyukuran sempena perkahwinan Haider dan Annisa. Sebelum ini, Tengku Faiza tak sempat buat majlis resepsi perkahwinan Haider dan Annisa kerna anaknya itu buang tebiat tak nak majlis yang megah.

Xaviera juga dari tadi hanya didapur menemani Mak Yam yang sibuk membuat juadah untuk malam ini. Terfikir juga Xaviera, kenapa disaat dia ada barulah Tengku Faiza nak buat kenduri macam ni? Seperti Tengku Faiza mengejek dia pula.

"Kenapa mengeluh ni Viera?" tegur Mak Yam. Dari tadi matanya melihat wajah sedih menghiasi Xaviera.

Xaviera menggelengkan kepalanya lalu dia memberikan senyuman kepada Mak Yam. "Tak adalah.."

"Kenapa Mak Yam nampak Viera kurus sangat? Muka tu cengkung dah Mak Yam tengok, ni tangan dah tinggal tulang." Mak Yam mengangkat tangan anak muda itu yang hanya kelihatan tulang sahaja.

Dari awal lagi dia hendak bertanya namun dia tidak berkesempatan kerana terlalu sibuk menguruskan makanan untuk majlis hari ini.

"Mana ada lah. Bukan Viera memang kurus macam ni ke?" balas Xaviera lalu tangannya sibuk membersihkan pinggan-pinggan yang akan digunakan nanti.

"Memang lah tapi ini dah terlebih Mak Yam nampak." Mak Yam masih tak puas hati dengan perubahan Xaviera. Memanglah Xaviera kelihatan kurus sebelum ini tapi saat ini dia nampak sangat yang berat badan Xaviera turun mendadak.

"Kan kita dah berbulan tak jumpa, tu Mak Yam nampak Viera kurus macam ni."

"Ke Viera mengandung?" terkejut dia mendengar apa yang dikatakan oleh mak yam.

"Siapa mengandung? Mak Yam?" sampuk seseorang di muka pintu dapur. Tertoleh kepala mereka berdua kearah suara tersebut.

"Apa pula Mak Yam yang mengandung. Isteri kamu lah yang mengandung." Jawab Mak Yam bersama dengan senyuman.

"Kau mengandung ke Viera?" kelihatan mata itu bersinar-sinar melihat kearah isterinya. Selalunya apa yang orang tua kata ni betul. Dia yakin Mak Yam pasti nampak perubahan dalam diri Xaviera.

"Tak, saya tak mengandung..." Xaviera menggelengkan kepalanya menandakan perut dia memang tak ada isi.

"Pergi periksa dulu. Muka Viera Mak Yam tengok pucat. Ini mesti simptom orang mengandung."

Xaviera sudah menggelengkan kepalanya menidakkan andaian tersebut. Dia pucat bukan sebab mengandung tapi sebab lain.

Alahai Mak Yam ni.

"Jom Viera, kita check." Ajak  Haider dengan penuh semangat.

"Saya tak mengandung awak." Xaviera sudah bertegas menafikan hal tersebut. Dia tahulah dirinya macam mana. Ini memang bukan sebab mengandung.

"Kau tunggu sini, aku ambil pregnancy test dekat atas." Haider tidak mempedulikan Xaviera. Kakinya laju dibawah naik ke bilik untuk ambil alat tersebut.

Xaviera yang melihat wajah kegembiraan suaminya sudah menelan air liurnya dengan kesat. Adoii, dia tak nak kecewakan Haider.

"Jom Viera." Terdongak kepalanya mendengar ajakan tersebut. Laju gila Haider lari ambil alat tu.

Haider menarik tangan Xaviera menuju ke tandas dapur. Tak sabar dia nak dengar berita yang isterinya sedang mengandung anaknya.

"Jangan teruja sangat tau." Pinta Xaviera. Kesian pula dia tengok wajah teruja Haider. Ni kalau dia tahu memang kecewa habis.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now