Xaviera-44

68K 3.9K 2.1K
                                    

Selepas sahaja mereka makan dekat luar, Haider terus naik ke bilik kerna perutnya meragam dan tinggallah Xaviera dibawah.

Tak lama selepas itu, Haider turun semula. Dia baru sahaja dapat panggilan dari daddy. Katanya daddy nak jumpa, ada benda nak dibincang.

"Viera..." panggil Haider yang sedang menuruni tangga.

Xaviera terus sahaja melihat ke arah tangga. Kelihatan Haider seperti terburu-buru.

"Aku nak keluar sekejap." Kata Haider memandang kearah isterinya.

"Nak kemana?" hairan dia kerna mereka baru sahaja balik. Takkan nak keluar lagi.

"Daddy telefon aku tadi, katanya ada benda yang nak dibincangkan." Balasnya dengan kaki laju sahaja bergerak ke rak kasut.

Xaviera turut mengekori suaminya dari belakang.

"Jangan balik lewat sangat."

"Tak jadi keluar lah kalau macam ni." Sebenarnya dia pun berat hati nak tinggalkan Xaviera tapi daddynya memaksa dia untuk datang.

"Janganlah! Kesian daddy, mana tahu benda yang dibincang tu penting." Walaupun berat tapi Xaviera perlu membenarkan suaminya pergi berjumpa dengan Tengku Aryan.

"Aku pergi sekejap je tau. Lepas ni terus kunci pintu." Arah Haider dengan tangan mengelus lembut rambut Xaviera.

"Hati-hati." Xaviera mengambil tangan Haider lalu dicium kekura suaminya.

Haider membalas dengan memberikan satu ciuman di ubun-ubun Xaviera lalu dia melangkah masuk kedalam keretanya.

Xaviera hanya memerhati kereta tersebut pergi sehingga hilang dipandangannya dan barulah dia masuk kedalam rumah.

...

Pemanduan Haider berubah arah apabila dia mendapat panggilan dari Tengku Faiza meminta untuk dia pergi ke rumah abi Annisa kerana mereka membuat perjumpaan disana. Haider sudah tidak sedap hati apabila arahnya diminta untuk pergi kesana. Jangan cakap yang....

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam, masuk Haider." Kedengaran suara Encik Rizuan dari dalam.

Betul apa yang bermain difikirannya, perjumpaan kali ini pasti ada kaitan dengan videonya yang viral.

"Ada apa nak jumpa?" soal Haider meminta kepastian.

Kedengaran keluhan berat keluar dari mulut Encik Rizuan manakala Tengku Aryan hanya memberikan pandangan kosong dan Tengku Faiza memandang Haider dengan pandangan tajam.

"Beginilah, abi yakin kamu pasti tahu sebab kita berjumpa." Jawab Encik Rizuan dengan tenang.

"Apa yang kamu dah buat dengan anak perempuan abi?" Encik Rizuan terus sahaja berterus terang.

"Abi, itu semua Haider buat semata-mata untuk selamatkan Annisa. Haider tak ada niat lebih daripada itu." Jelasnya.

"Abi faham untuk keselamatan tapi kenapa Haider? Kenapa bukan yang sejantina dengan Annisa? Tak pun kenapa tak panggil doktor. Rasanya abi ada nampak ambulance dekat tapak perkhemahan tu, kan?"

"Maafkan Haider. Haider langsung tak boleh fikir untuk tunggu pasukan perubatan datang. Lagipun abi dah amanahkan untuk Haider jaga Annisa dan Haider betul-betul dalam keadaan terdesan." Ujarnya dengan lemah.

"Maaf!" lantang suara Puan Ayu menyapa digegendang telinga mereka.

"Kalau lah maaf Haider tu boleh kembalikan Annisa seperti dahulu, baru umi boleh maafkan. Tahu tak dari semalam Annisa kurungkan diri dalam bilik. Tak makan, tak minum dan seharian menangis dekat dalam bilik."

 HAIDER LUTHFAN Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum