Xaviera-65

76.8K 4K 1K
                                    

Keesokan paginya, Xaviera membantu Mak Yam menyediakan sarapan. Lebih tepatnya mereka berdua membantu Tengku Faiza menyediakan sup ayam untuk Annisa.

Kata Tengku Faiza, Annisa mengidam sup ayam jadi demi menantu kesayangan dia sanggup bangun awal dan masak untuk Annisa dan bakal cucunya.

Dari tadi, Xaviera seperti halimunan. Dia langsung tak ditegur oleh Tengku Faiza dan akhirnya dia mengalah. Dia membawa diri menuju ke ruang tamu menyertai Tengku Aryan yang sedang membaca surat khabar.

"Daddy, boleh Viera duduk?" Xaviera terlebih dahulu meminta izin kepada Tengku Aryan sebelum dia melabuhkan punggungnya.

Tengku Aryan mengangguk perlahan sebelum matanya dialihkan semula ke surat khabar yang berada ditangannya.

"Daddy sihat?" takut-takut dia hendak bertanya soalan tersebut. Aura Tengku Aryan sangat menyeramkan tak macam dulu.

Tengku Aryan hanya menganggukkan kepalanya tanpa memandang kearah Xaviera.

Melihat respon Tengku Aryan membuatkan Xaviera terus mendiamkan dirinya. Takut pula nanti dia tanya banyak, Tengku Aryan muak dengan soalannya.

Lama mereka berdua berdiam diri sehinggalah Xaviera dengar bunyi surat khabar ditutup. Mata terus memandang kearah Tengku Aryan dimana Tengku Aryan juga sedang memandangnya.

Xaviera tersenyum kekok kearah lelaki tua itu namun pantas bibirnya dikemam apabila tiada balasan dari orang tua tersebut.

"Viera sihat?" tergamam Xaviera dengan soalan yang keluar dari mulut Tengku Aryan.

Lamanya dia tak dengar suara lembut Tengku Aryan. Bergenang air matanya mendengar nada keprihatinan tersebut.

Xaviera menganggukkan kepalanya dan senyumannya tidak boleh disembunyikan. Lebar senyumannya menyapa di bebola mata Tengku Aryan.

"Sihat. Viera sihat daddy." Seusai dia berkata sedemikian, laju air matanya kegembiraannya mengalir membasahi pipinya.

Tengku Aryan pun sebak melihat air mata yang jatuh di pipi Xaviera. Sebenarnya dia tak marah dengan Xaviera hanya kecewa sahaja. Dan cukuplah dia bersikap kebudak-budakkan yang nak merajuk bagai.

"Kenapa daddy nampak muka Viera pucat?" Dia tak puas hati dengan jawapan Xaviera. Jelas-jelas wajah itu pucat dan tak bermaya. Xaviera terus menghapus air matanya bersama dengan senyuman.

"Viera demam sikit je tapi dengar suara daddy dah buatkan Viera sihat." Tergelak Tengku Aryan mendengar jawapan Xaviera. Ada-ada jelah menantunya ni.

Xaviera juga turut ketawa bersama dengan Tengku Aryan. Ya Allah! Senangnya hatinya melihat layanan Tengku Aryan yang seperti dulu.

Terima kisah Ya Allah beri aku kesempatan untuk berbaik semula dengan daddy. Akhirnya doa yang dia panjatkan sudah dimakbulkan.

...

Tak tahu apa perasaan Xaviera ketika ini melihat bagaimana layanan Haider kepada Annisa. Untungnya Annisa dapat layanan yang baik daripada Haider dan juga Tengku Faiza.

Dari jauh dia dapat melihat bagaimana lembutnya Haider memimpin Annisa menuju ke meja makan. Kelihatan Annisa juga sedikit lemah dah tak bermaya. Kesian pula dia dengan Annisa.

"Ya Allah! Nisa, kenapa turun? Mummy boleh hantarkan makanan dekat atas." Risau Tengku Faiza melihat keadaan Annisa.

"Nisa tak nak susahkan mummy, lagipun Nisa dah naik lemas asyik terperuk dekat bilik." Balas Annisa bersama dengan senyuman yang sangat lemah.

"Sini duduk. Pelan-pelan ya." Sebegitunya perhatian Tengku Faiza kepada Annisa. Kalaulah dia pun dilayan macam tu kan bagus. Nak juga dia rasa tangannya dipegang oleh Tengku Faiza. Sentuhan seorang ibu.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now