Xaviera-64

73.6K 3.9K 1.4K
                                    

Seusai majlis tersebut, Tengku Faiza membawa Annisa menuju ke dapur. Ada sesuatu yang dia nak bagitahu menantu kesayangannya.

"Mummy kenapa?" kata Annisa dengan muka yang cukup penuh tanda tanya. Terburu-buru dia bawa lari masuk dapur.

"Tadi mummy ada terdengar perbualan Haider dengan Xaviera. Mummy dengar yang Haider tu nak anak tapi mungkin bini pertama dia tu mandul jadi sampai sekarang belum ada isi." Tengku Faiza mula membuka cerita.

"Jadi?"

"Kalau Nisa nak dapat perhatian Haider, bagi dia anak. Confirm Haider akan beri perhatian sepenuhnya dengan Nisa." Jawab Tengku Faiza dengan nada perlahan. Tak nak orang lain mendengar perbualan mereka.

"Mummy, kami tidur sekatil pun tak, inikan nak bagi dia anak. Mustahil mummy." Annisa menggelengkan kepalanya dengan permintaan Tengku Faiza.

Macam mana nak bagi dia anak sedangkan Haider tu memang langsung tak pernah tidur bersama dengan dia.

"Itu Nisa tak payah risau. Tahulah apa mummy nak buat. Tapi mummy nak tanya ni." Terjongket kening Annisa menanti persoalan yang akan keluar dari mulut Tengku Faiza. Berdebar pula rasanya.

"Nisa sedia dah ke nak ada anak?"

"Siapa je yang tak nak anak mummy. Nisa nak tapi tulah, Haider yang tak sudi." Kelihatan sedih menghiasi wajah Annisa.

"Nisa jangan risau. Lepas ni, mummy yakin yang perut Nisa tak lama lagi akan berisi." Ujar Tengku Faiza bersama dengan senyuman yang sangat mencurigakan.

...

Annisa mengorak langkah masuk ke bilik tidurnya. Sepanjang kakinya menaiki tangga, jantung sudah laju berdegup kencang. Dia takut sekiranya rancangan mummy tak berjalan dengan lancar.

Sebelum dia mengetuk pintu, Annisa menarik nafas sedalam-dalamnya. Cuba menenangkan irama jantung yang semakin laju berdetak. Setelah dia merasakan tenang, tangan mula memulas tombol pintu.

"Awak." Panggil Annisa dengan suara yang cukup lunak.

Meremang bulu roma Haider mendengar suara tersebut. Macam hantu pula yang memanggil namanya.

"Kau nak apa?" dingin sahaja suara itu menyahut. Annisa mencebirkan bibirnya apabila layanan lelaki itu tak pernah nak romantik macam mana dia layan Viera.

"Tak apa. Sekarang kau jual mahal, lepas ni kau tak akan lari dari genggaman aku."

"Saya ada buatkan awak minuman. Mesti awak penat seharian, kan?" dihulurkan gelas kaca yang berisi air sirap.

Haider yang memang haus tanpa banyak bicara terus menelan air tersebut. Licin! Tak tertinggal setitik pun.

Setelah beberapa minit Haider menelan air tersebut, badannya terasa sangat panas dan peluh juga mula membasahi dahinya.

"Apa kau dah bagi dekat aku ni perempuan?" marah Haider dengan keras.

Annisa yang melihat perubahan Haider sudah kecut perut. Dia pun tak tahu apa yang Tengku Faiza masukkan kedalam air tersebut.

"A-apa maksud awak? Saya tak bagi apa-apa pun." Sumpah! Telan liur dia melihat wajah Haider.

"Sh*t!" maki Haider apabila keinginin dalam dirinya itu semakin membuak-buak.

Haider ingin melangkah keluar dari bilik tersebut. Dia tak boleh bersama dengan Annisa. Takut apa yang dia tak diingini terjadi. Kalau dengan Viera dia tak kisah tapi bukan dengan Annisa.

"Awak nak pergi mana?" ditarik lengan Haider apabila tangan itu sudah mula memulas tombol pintu.

"Jangan halang aku Nisa. Aku merayu dengan kau." Haider sudah tak tahan. Dia yakin minuman tadi dimasukkan sesuatu sehingga membuat dia seperti orang tak keruan.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now