Bab 14

6.9K 552 3
                                    

SEBUAH buku dihulurkan kepada lelaki tersebut. Nadeem mengangkat wajahnya lalu dia lihat Adel yang berada di hadapannya. Kerusi perpustakaan itu ditarik dan akhirnya dia melabuhkan punggung. Wajah Nadeem ditatap olehnya. Alis yang tebal, berkulit sawo matang, bulu mata yang lentik...Sungguh dia terpesona.

"Hadiah ini untuk awak sebab pernah bagi saya buku motivasi masa saya sedih," bisik Adel dengan teruja.

Belum sempat mata coklatnya bertembung dengan mata lelaki tersebut, Nadeem terus mengelak. Dia terlihat kesal namun Adel tidak tahu apa kesalahan yang telah dilakukan olehnya.

"Kenapa awak tak nak cakap dengan saya?" bisik Adel lagi dengan bibir yang sudah dimuncungkan tanda sedih.

Nadeem menghela nafas kesal apabila teringat balik akan kejadian tempoh hari.

"Saya nak pesan satu je, jangan dekat dengan Syed." Amarannya dengan wajah yang serius.

"Kenapa? Awak cemburu ke?" usik Adel ingin bergurau.

Nadeem kemudian menutup buku yang dibacanya.

"Awak sendiri tahu dia lelaki yang macam mana tapi awak masih dekat dengan dia sampai nak kerja dengan dia. Saya nak cakap yang Syed bukanlah orang yang awak boleh bawa main-main. Dia lebih bahaya daripada apa yang awak tahu."

Gulp! Dia sedikit cuak melihat air muka Nadeem yang begitu serius. Tapi mengapa dengan Tengku Syed Hanif? Apa yang begitu bahaya? Segala persoalan sudah berlegar-legar di fikirannya. Ingin bertanya takut dimarahi pula.

"Nadeem, saya bukannya nak dekat dengan dia tapi keadaan memaksakan. Sebenarnya saya kena ganti-" Belum sempat dia menjelaskan keadaannya, Nadeem pun memotong percakapan Adel.

"Saya minta maaf tapi awak tak perlu jelaskan dekat saya. Saya bukan siapa-siapa dan awak patut berhenti cakap benda tak penting dekat saya, berdosa." Setelah mendengar ucapan Nadeem, Adel jadi sedikit kesal walaupun dia tahu dia memang salah.

Wajah Nadeem dilihat dengan pandangan ingin merajuk. Tangannya pula disilangkan. Habis muncung bibir itu.

"Allah datangkan seseorang di masa muda kita seolah-olah dia jodoh dan cinta terakhir kita namun itu hanyalah ujian semata-mata. Saya minta maaf, izinkan saya pergi dulu."

Adel pun melihat bayang-bayang Nadeem yang semakin menghilang. Dia pun mengeluh sedih dan kesal bercampur-baur di dalam hatinya. Buku yang diberi tidak diambil oleh Nadeem. Semakin retak hati gadis itu seolah-olah cintanya ditolak. Tanpa dia sengaja, air mata yang ditahan sebentar tadi itu berjurai membasahi pipi. Perempuan mana yang tidak berkecil hati walaupun ada benarnya juga.

MALAM itu, sungguh panjang doa yang dipinta oleh Nadeem. Semua curahan hatinya keluar setelah menunaikan solat isyak. Begitu berat hati itu ingin menampung rasa ragu-ragu itu. Akhirnya, dia cuba untuk meminta jawapan.

"Ya Allah, adakah benar dia merupakan ujian yang kau datangkan kepadaku? Atau dia benar-benar jodoh yang kau hadirkan untukku? Ya Allah, aku buntu. Maafkan segala dosaku sekiranya timbul perasaan senang ketika melihat yang bukan mahram sepertinya, maafkan aku juga jika hatiku senang berbicara tentang hal yang tidak penting dengannya. Sesungguhnya, pendirianku untuk menjaga ikhtilat dan pandangan sangatlah tipis. Imanku tidak teguh namun berikan aku kesempatan untuk menjaga kesucian diri. Jika benar dia jodoh yang kau hadirkan untukku maka aku berdoa agar kau pertemukan kami ketika kami sudah berjaya dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab masing-masing. Izinkan aku menjauh menjaga jarak di antara kita. Tak lupa juga, kau buanglah rasa ragu-ragu ini agar aku tahu apa pendirianku selepas ini. Sekiranya apa yang telah aku katakan pada siang tadi melukai hatinya sehingga dia menitiskan air mata, kau tenangkanlah hatinya sesungguhnya aku tidak berniat," pintanya.

Tak di sangka air mata jantannya menitis kerana doa tersebut diamati dengan serius.

"Saya harap awak faham, Adel. Menjauh untuk menjaga, maafkan saya atas jarak yang dicipta. Maaf juga atas sikap diam dan tidak peduli saya kepada awak. Justru jika akhirnya perasaan cinta muncul di hati, saya berharap ia tidak muncul dengan cara yang salah kerana Allah menciptakan jarak agar kita saling menjaga. Kemudian hari, kita akan bertemu dengan cara yang baik dan diredhai Allah Swt. Jika kita berjodoh, semoga sahaja kita bertemu dalam rancangan yang terindah." Habis basah pipinya dengan air mata yang hangat.

"Aamiin ya rabbal alamin."

Adel baring di atas katil sambil termenung melihat siling rumah itu. Peliknya dia tidak mempunyai rasa ingin menangis atau tersinggung lagi dengan ucapan Nadeem siang tadi. Biasanya dia akan teringat-ingat akan perkataan itu hingga kepalanya pusing.

"Kenapa aku tak boleh nangis? Kenapa hati aku tenang sangat ini?"

Lalu tangannya mencapai telefon pintar dan earbuds dipasang kedua-dua telinga. Lagu 'Esok Masih Ada daripada Hannah Delisha' diputarkan.

Mengertilah kasih kita sempurna, biar masa terhenti. Rinduku masih ada, walau malam berganti. Bahagia menanti lenamu, kerna esok diriku masih ada~

"Saya cintakan awak, Nadeem."

"Nadeem, kaulah manisan di dalam deritaku."

[C] Akhir Tak PastiWhere stories live. Discover now