Bab 19

6.5K 484 4
                                    

KUNCI kereta itu dibuka namun belum sempat pintu kereta dibuka, langkah Adel dihentikan. Adel terus menoleh lalu wajah Syed jelas berada di hadapannya.

"Awak nak apa lagi Syed!"

Syed mengeluh.

"Kau ingkari kontrak kerja kita! Macam mana kau nak bayar balik kerugian aku?" bahas Syed.

"Saya tengah kerja, saya cuba untuk kumpulkan duit," jawab Adel.

Namun Syed begitu geram dengan pandangan dingin gadis itu lalu tangannya menarik tangan gadis itu dengan kuat.

"Sakitlah Syed! Lepaskan saya!" rayu Adel.

Akhirnya, tangan itu ditepis kuat. Adel kini berselindung dibalik Nadeem.

"Kau nak apa lagi ini, Syed? Jangan kacau dia boleh tak?"

"Eh kau tak payah nak masuk campurlah, berlagak hero pula," sinis Syed.

"Adel, masuk kereta," arah Nadeem.

Adel akur lalu dia berlari masuk ke dalam keretanya dan mengunci pintu kereta tersebut. Syed ingin mengikuti jejak Adel namun dihalang oleh Nadeem.

"Kau jangan ikut dia sampai rumah dia, jangan sampai aku suruh dia buat laporan polis kau hendap dia." Nadeem memberikan amaran sambil jari telunjuknya dihalakan ke wajah Syed.

"Apa yang kau sibuk sangat eh? Kau tahu tak yang dia ada hutang dengan aku?"

"Kau tak payah berlagaklah dia suka kau, kau tunggu satu hari nanti aku sendiri yang akan rampas dia daripada kau," sambungnya.

Nadeem tertawa sinis.

"Kau cintakan dia? Tapi kenapa sikap kau seolah-olah kau hanya inginkan dia bukan cintakan dia?"

"Kau tak serik lagi sakitkan hati perempuan? Kau tak ingat ke dulu kau buat anak dara orang sampai bunuh diri sebab kau? Aku nasihat satu je Syed, jangan dekati dia kalau kau hanya nak sakitkan dia macam mana kau sakitkan hati perempuan lain. Kifarah itu sentiasa ada," pesan Nadeem lalu dia beredar meninggalkan Syed sendirian.

Syed kesal mendengar ucapan daripada Nadeem sehingga penumbuk di tangannya itu ingin sahaja diajukan ke arah wajah lelaki tersebut. Baginya, tiada siapa yang boleh menolak dia dan dia akan sentiasa tercabar dengan perempuan yang membencinya.

Telefon pintar dikeluarkan daripada saku seluar. Syed mendail satu nombor dan hubungi nombor tersebut.

"Aku nak kau laksanakan rancangan itu."

KETIKA dalam perjalanan pulang ke rumah, Adel bertembung dengan kenderaan milik ibunya. Dia melihat wajah sayu ibunya itu ketika di lampu isyarat.

Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar kepada hijau, kenderaan milik Puan Merlyna memecut dengan pantas namun ada kenderaan dari arah kiri yang masih melanggar lampu isyarat merah. Mata Adel membulat melihat kereta yang menuju ke arah kenderaan milik ibunya itu.

Satu dentuman besar dapat didengari. Kereta milik Puan Merlyna itu direntap dengan kuat sehingga terbalik sebanyak dua kali. Adel mulai panik. Tali pinggang keledar dilepaskan lalu dia melangkah keluar daripada keretanya.

Dia berlari ke arah kereta yang sudah berkecai itu. Tangan milik ibunya jelas terlihat mengalir dengan darah. Dia kemudian berteriak meminta tolong. Dadanya sesak serta seluruh tubuhnya menggeletar sebaik sahaja menyaksikan kejadian yang dasyat itu.

Pintu kereta itu ditarik kuat oleh Adel lalu tubuh ibunya itu diheret keluar daripada kereta. Orang awam yang berdekatan juga datang memberi bantuan. Seorang lelaki muda yang menghantar makanan talian itu menarik keluar tubuh Encik Aryan yang berada di sisi penumpang.

Ambulans pun tiba setelah 5 minit lalu mereka dibawa ke hospital berdekatan. Adel berjalan mundar-mandir kerana takut apa-apa terjadi kepada ibunya.

"Ya Allah, selamatkanlah ibuku."

Puan Khadijah, Nadeem dan Rinne muncul di hospital sebaik sahaja dikhabarkan oleh Adel. Rinne memeluk tubuh Adel dengan erat lalu diusap-usap tubuh gadis itu perlahan ingin menenangkan dia.

Seorang doktor menyapa Adel.

"Awak ahli keluarga lelaki yang dibawa dengan ibu awak itu ke? Itu ayah awak?" tanya doktor tersebut.

Adel terdiam sebentar sebelum bersuara. Dia kemudian menggeleng. Dahi Nadeem berkerut begitu juga Puan Khadijah dan Rinne.

"Dia bukan ayah saya. Dia tak ada keluarga dekat sini," jelas Adel.

"Saya ingin memaklumkan bahawa dia sudah menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi. Pihak kami tidak dapat menyelamatkan dia." 

Adel mengangguk faham.

Nadeem pula tertanya-tanya siapa gerangan lelaki tersebut. Apabila diingat-ingat kembali, lelaki tersebut berada di rumah ketika Adel dipukul oleh ibunya.

"Doktor, keadaan ibu saya macam mana?" soal Adel.

"Kami tengah periksa tapi nampaknya kaca cermin kereta hadapan masuk ke dalam mata dia," jawab doktor tersebut lalu beredar menguruskan pesakit lain.

Luluh hati Adel mendengar jawapan tersebut. Lututnya kemudian mencium lantai hospital tersebut. Tubuhnya yang sudah jatuh ke lantai itu ditarik oleh Rinne.

"Ya Allah, sabar Adel."

"Adel doakan ibu baik-baik je, ya?" sambung Puan Khadijah pula.

Beberapa jam kemudian, mereka dapati bahawa Puan Merlyna mengalami kecacatan pandangan iaitu buta sepenuhnya akibat serpihan kaca yang banyak mencederakan matanya.

"Allahuakbar." Tubuh kecil Adel dipeluk erat oleh Puan Khadijah.

"Sabar, nak," ucapnya lagi.

Adel menangis tersedu-sedan di dalam pelukan wanita tua itu.

"Adel kesian dekat ibu..."

[C] Akhir Tak PastiWhere stories live. Discover now